Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
feature 1

Haier L+ Washing Machine Kini di Malaysia — Mesin Basuh AI Cuci & Kering Pakaian dalam Masa Kurang Sejam

Mesin basuh AI terbaru Haier yang cuci & kering pakaian dalam masa 59 minit.

Kalau anda jenis yang suka semua benda cepat, senang, dan berteknologi tinggi, mesin basuh terbaru dari Haier ni mungkin jawapan untuk hidup yang lebih chill.

Secara rasmi memasuki pasaran pada 22 Mei 2025, Haier L+ Washing Machine merupakan mesin basuh all-in-one dengan fungsi cucian dan pengeringan pintar, dipacu oleh teknologi AI dan pam haba.

Ia bukan saja boleh cuci dan keringkan pakaian, malah boleh buat semua ni dalam masa kurang dari 1 jam.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

“One & Done” — Cuci dan Kering dalam 59 Minit

Dengan Dual Engine Three Inverter dan Super Drum Plus bersaiz 607mm, mesin ni boleh memuatkan langsir, comforter, baju kerja, baju anak semua sekaligus.

Nak cuci 12 helai baju? Tak sampai sejam pun dah siap dan siap dengan fungsi pengering terus.

Jimat ruang, jimat masa.

Nak cuci pakaian lembut? Ada fungsi I-Refresh untuk baju yang tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh seperti blazer atau sut, cuma guna wap dan udara suam je.

Bau hapak pun boleh hilang!


AI Smart Wash dan Smart Dosing

Mesin ni automatik baca berat cucian, tetapkan jumlah air, dan dos sabun/pelembut ikut keperluan.

Tak perlu agak-agak lagi dah.

Malah, ia boleh kenal pasti 26 jenis kotoran dari dakwat, kuah kari, sampai lipstick.

Jadi kalau anda tertumpahkan kopi atau tertumpah sos masa makan di sofa, no worries sebab semua boleh settle dengan mesin basuh AI ni.


Paparan Besar, Operasi Senyap

Buat anda yang suka tengok apa jadi dalam mesin basuh, L+ datang dengan skrin LCD 10.1 inci yang terbesar dalam pasaran setakat ni.

Operasi mesin basuh ini pun senyap sebab ada Direct Motion Motor yang stabil dan tahan lama.

Tambahan lagi, mesin ni ada fungsi UV sterilisation dan Ultra Fresh Air yang boleh kekalkan pakaian segar sehingga 12 jam, jadi memang perfect kalau anda jenis suka tinggal baju dalam mesin sebab terlupa.


Harga dan Promosi

Haier L+ Washing Machine dijual pada harga RM16,599, tapi kalau anda cepat, ada promo pelancaran:

  • Pavilion Bukit Jalil, 22–25 Mei 2025: Harga promo RM12,999 + rebat Touch ’n Go hingga RM2,000.

  • Kedai terpilih, 26 Mei – 31 Ogos 2025: Rebat Touch ’n Go hingga RM1,000.


Kalau anda memang peminat teknologi rumah pintar, atau nak upgrade mesin basuh yang dah lama di rumah tu, L+ Washing Machine ni memang berbaloi untuk anda pertimbangkan.

Dengan segala ciri AI dan reka bentuk moden, tak mustahil ia bakal jadi “game-changer” untuk gaya hidup urban di Malaysia.

End of Article