Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ipad vs tablet

iPad vs Android Tablet: Mana Tablet Terbaik untuk Anda?

Perbandingan iPad vs Android tablet untuk bantu anda pilih tablet paling sesuai.

Dalam pasaran tablet hari ini, dua nama paling dominan adalah iPad dan Android tablet.

Tapi, kalau anda perlu pilih antara iPad atau Android tablet, mana satu lebih sesuai untuk anda?

Sama ada anda merupakan seorang pelajar, profesional kreatif atau pengguna kasual, kami akan bandingkan kedua-duanya secara terperinci dari sudut prestasi, ekosistem, harga dan pengalaman penggunaan.

Tablet kini bukan sekadar untuk hiburan, tetapi ia sudah pun menjadi alat penting untuk pembelajaran, kerja jarak jauh, dan alat untuk penghasilan kandungan.

Tapi dengan pelbagai model dan variasi, membuat pilihan yang tepat boleh jadi agak mencabar, kan?

Jadi kami akan bantu anda fahami beza iPad dan tablet Android dan kenal pasti model paling sesuai ikut gaya hidup dan bajet.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Apakah Tujuan Penggunaan Anda?

Untuk Pelajar

iPad menawarkan pelbagai aplikasi pendidikan berkualiti serta sokongan Apple Pencil untuk nota digital.

Android tablet pula ada lebih banyak pilihan budget-friendly yang mana ia sesuai untuk pelajar sekolah atau universiti yang hanya perlukan fungsi asas.

Untuk Profesional dan Kerja Jarak Jauh

Kedua-duanya menyokong Google Workspace dan Microsoft Office, tetapi iPad memberi kelebihan dari segi kelancaran multitasking dan integrasi dengan peranti Apple lain.

Namun, Android tablet lebih fleksibel, terutama untuk anda yang bekerja dalam ekosistem Windows.

Untuk Kreatif dan Artis Digital

iPad Pro dan Apple Pencil adalah kombinasi terbaik untuk pelukis digital dan pereka grafik.

Tapi jangan pandang rendah terhadap tablet Android premium seperti Galaxy Tab S9 dengan S Pen dan sokongan aplikasi seperti Clip Studio dan Adobe Fresco yang sangat mantap.

Untuk Hiburan

Dari segi paparan dan audio, iPad dan Android tablet yang premium sama hebat.

Bezanya, Android menawarkan skrin AMOLED dan variasi saiz yang lebih banyak, sesuai untuk streaming dan untuk anda yang nak baca e-book.


Ekosistem & Sokongan Aplikasi

App Store vs Google Play

App Store dikenali dengan kawalan kualiti yang ketat dan koleksi aplikasi pendidikan serta kreatif yang stabil.

Google Play lebih terbuka, tapi kebolehpakaian aplikasi mungkin berbeza mengikut jenama tablet.

Ketersambungan Peranti

Untuk pengguna Apple sedia ada, iPad dapat disambungkan dengan lancar ke iPhone, Mac dan AirPods.

Android tablet pula mudah disambung dengan peranti Windows, smart TV dan aksesori universal.

Sokongan Kemas Kini

Apple sokong kemas kini peranti sehingga 5–6 tahun.

Android pula bergantung pada pengeluar.

Untuk Android, Samsung dan Pixel antara jenama yang paling konsisten dalam menawarkan kemas kini dalam jangka masa lama.


Rekaan Fizikal & Pengalaman Penggunaan

iPad tampil dengan rekaan aluminium unibody yang ringan dan elegan.

Sementara itu, Android tablet datang dengan pelbagai reka bentuk dari bajet ke premium.

Dari segi pengalaman pengguna, iPadOS terasa lebih lancar dan smooth semasa penggunaan, tapi antaramuka Android moden juga semakin kemas dan responsif.


Spesifikasi & Prestasi Harian

iPad dengan cip M1 atau M2 memberikan prestasi kelas desktop, walaupun pada model Air.

Android tablet high-end seperti Galaxy Tab S9 Ultra pula dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2 dan menyokong multitasking dengan paparan skrin besar.

Untuk penggunaan biasa atau harian seperti melayari web, YouTube dan Google Docs, tablet Android mid-range sudah mencukupi.

Bagaimanapun, kalau anda seorang pengguna tegar atau perlu menggunakan peranti ini secara harian untuk melakukan tugasan, iPad menawarkan konsistensi jangka panjang.


Paparan & Audio

Skrin Retina iPad sangat terang dan tepat warnanya, jadi ia sesuai untuk photo editing dan penstriman.

Untuk tablet Android pula ada yang menggunakan panel AMOLED, menyokong HDR dan kadar segar semula (refresh rate) tinggi.

Kedua-dua platform menawarkan pembesar suara stereo dan model premium menyokong Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih immersif.


Aksesori & Ekstra

Stylus & Keyboard

Apple Pencil (Gen 2) mempunyai kadar responsif tinggi dan tepat, tapi ia perlu dibeli secara berasingan.

Sementara itu, Android tablet seperti dari Samsung biasanya datang terus dengan stylus dan kadang-kadang dengan keyboard dalam satu pakej semasa pembelian.

Sambungan & Peranti Tambahan

iPad Pro kini menggunakan USB-C, tapi masih terhad dari segi sokongan peranti.

Android tablet pula lebih fleksibel dan mudah disambung ke pemacu USB, paparan HDMI atau hub USB-C.


Storan, Sambungan & Bateri

iPad tidak menyokong kad microSD, jadi anda perlu pilih storan dalaman yang mencukupi dari awal.

Android tablet pula ada kelebihan tersendiri dengan slot microSD untuk tambah storan pada bila-bila masa.

Kedua-duanya menawarkan varian Wi-Fi, LTE dan 5G.

Dari segi bateri pula, prestasi kedua-duanya setanding, tetapi dari segi pengecasan pantas lebih banyak ada pada Android.


Harga, Nilai & Pilihan Model

Harga & Kos Tambahan

iPad bermula sekitar RM1,500 dan boleh cecah sehingga RM6,000+.

Tapi jangan lupa kos aksesori seperti Pencil dan keyboard yang akan menambahkan lagi bajet anda.

Android tablet pula bermula serendah RM400 hingga RM5,000+, dengan lebih banyak pilihan mengikut bajet.

Nilai Jual Semula

iPad biasanya lebih senang dijual semula dengan nilai yang tinggi.

Manakala Android tablet bergantung kepada jenama — Samsung dan Xiaomi antara yang lebih stabil.


Kesimpulan dan Ringkasan

iPad sesuai untuk:

  • Profesional kreatif, pelajar seni digital

  • Pengguna yang sudah berada dalam ekosistem Apple

  • Mereka yang pentingkan sokongan jangka panjang

Android Tablet sesuai untuk:

  • Pelajar & pengguna bajet

  • Mereka yang mahu lebih fleksibiliti

  • Penggunaan kasual untuk streaming, media sosial, bacaan

Tips Beli Tablet:

  • Semak promosi pelajar dan trade-in

  • Beli dari pusat rasmi atau rakan kongsi sah

  • Bandingkan kos total termasuk aksesori

Akhir kata, pilihan terbaik bergantung pada gaya hidup dan keutamaan anda.

Bezakan keperluan, bukan jenama.

Sama ada anda pilih iPad atau Android tablet, pastikan ia memberi nilai dan pengalaman terbaik untuk tahun-tahun akan datang.

Kalau anda nak tahu bila waktu terbaik untuk beli iPad pada harga yang berbaloi, boleh baca sini: Masa Terbaik Beli iPad Murah di Malaysia: Tip & Panduan Lengkap

End of Article