Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
optimizing storage

Tips Rahsia Mengoptimumkan Storage dan Memori Smartphone

Optimalkan storage & RAM smartphone anda dengan hapus cache, pindah media, dan gunakan aplikasi pengurusan fail

Telefon pintar adalah alat penting dalam kehidupan harian kita, digunakan untuk bekerja, berhibur, dan berhubung dengan orang lain.

Namun, semakin lama digunakan, semakin cepat pula ruang storage dan memori telefon anda penuh, di mana ia menyebabkan prestasi handphone semakin merosot walaupun telefon tersebut merupakan telefon terbaik.

Jadi, bagi membantu anda, kami menyediakan panduan ringkas dan efektif untuk mengoptimumkan storage serta memori telefon pintar anda agar sentiasa lancar dan berfungsi dengan baik.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Kenapa Storage & Memori Penting?

Storage adalah ruang yang digunakan untuk menyimpan data seperti aplikasi, foto, video, dan fail lain.

Memori (RAM) pula bertanggungjawab untuk memastikan aplikasi berjalan lancar dan multitasking tanpa gangguan.

Jika storage phone penuh, anda tidak boleh memasang aplikasi baru atau menyimpan foto dan video, jadi ia akan mengganggu sedikit aktiviti harian anda jika anda perlu mengambil gambar atau video.

Manakala, jika RAM penuh, telefon akan menjadi perlahan atau lag, aplikasi tersekat-sekat, malah telefon boleh mengalami crash secara tiba-tiba.

Jadi dia komponen ini adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran sesebuah smartphone untuk digunakan seharian.


Semak Penggunaan Storage & RAM

Sebelum mengoptimumkan telefon anda, semak terlebih dahulu berapa banyak storage dan RAM yang telah digunakan.

Pergi ke tetapan telefon, biasanya dalam bahagian "Storage" atau "Memory" untuk melihat penggunaan ruang semasa dan aplikasi mana yang paling banyak menggunakan memori telefon anda.

Dengan ini barulah anda tahu sama ada storage atau memori anda perlu dibersihkan ataupun tidak.

Kemudian, sekiranya anda perlu memadam atau mengurangkan storage dan memori telefon anda, boleh lakukan perkara-perkara berikut:

Hapus Cache & Fail Sementara

Cache dan fail sementara yang disimpan aplikasi boleh mengambil ruang besar tanpa disedari. Untuk membebaskan ruang ini:

  • Pergi ke tetapan telefon.

  • Pilih aplikasi.

  • Hapus cache secara manual atau gunakan aplikasi pembersih seperti Files by Google atau CCleaner.

Jika anda pengguna iPhone, boleh ikut langkah video di bawah:

Lakukan rutin ini secara berkala, contohnya seminggu sekali untuk memastikan ruang sentiasa mencukupi.

Padam Aplikasi & Fail Tak Digunakan

Aplikasi yang tidak digunakan hanya membazir ruang storage anda.

Semak aplikasi yang jarang anda gunakan, padam atau uninstall aplikasi tersebut.

Begitu juga dengan fail besar seperti video, foto, dokumen lama yang sudah tidak relevan lagi.

Padamkan atau pindahkan ke tempat lain.

Pindahkan Media ke Cloud atau SD Card

Untuk gambar dan video penting tetapi tidak mahu dipadamkan, pindahkan ke storan cloud seperti Google Photos, Dropbox, atau iCloud.

Selain itu, anda juga boleh memindahkan fail ini ke kad SD jika telefon anda menyokong penggunaan kad SD.

Ini membantu menjimatkan ruang storage dalaman telefon.

Gunakan Aplikasi Pengurus Fail & Storage Analyzer

Aplikasi seperti Files by Google atau Storage Analyzer membantu mengenal pasti aplikasi dan fail yang paling banyak mengambil ruang.

Ia memudahkan anda memilih apa yang perlu dipadamkan atau dipindahkan, sekaligus menjimatkan masa dan usaha.

Reset & Factory Reset Sebagai Pilihan Terakhir

Jika setelah melakukan semua langkah di atas telefon masih perlahan atau storage masih penuh, anda boleh cuba 'factory reset'.

Ini akan menghapus semua data dalam telefon dan menjadikan telefon seperti baru semula.

Pastikan anda backup data penting sebelum melakukan tindakan ini.


Tips Elak Storage Penuh Kembali

Untuk memastikan masalah storage phone penuh tidak berulang, amalkan tips berikut:

  • Kerap padam cache dan fail sementara.

  • Tetapkan backup automatik ke storan cloud.

  • Elak memuat turun aplikasi yang tidak perlu.

  • Gunakan aplikasi versi Lite yang lebih ringan dan kurang mengambil ruang.

  • Tetapkan had storan maksimum untuk aplikasi seperti WhatsApp agar fail tidak terkumpul tanpa kawalan.


Kesimpulan

Mengoptimumkan storage dan memori smartphone bukanlah tugas yang sukar tetapi ia sangat berkesan untuk mengekalkan prestasi telefon pintar anda.

Tidak kira sama ada anda menggunakan telefon gaming atau telefon murah sekali pun, inilah cara yang paling mudah dan jimat untuk memastikan telefon bebas lag.

Dengan amalan mudah ini, anda boleh terus menikmati penggunaan telefon yang lancar, responsif, dan efisien tanpa gangguan akibat ruang penuh.

End of Article