Harga iPad memang mahal, tapi sebenarnya ada cara nak beli iPad pada harga yang lebih rendah berbanding beli di Apple Store rasmi atau authorized reseller.
Tak perlu susah-susah, kami kongsi tip untuk dapatkan iPad murah dengan harga yang berbaloi.
Sama ada untuk belajar, bekerja, atau sekadar hiburan santai, lebih baik kalau dapat beli iPad pada harga diskaun.
Tapi, bila masa terbaik nak beli iPad dengan harga yang lebih jimat di Malaysia?
Jangan risau, kami dah siapkan panduan lengkap ini untuk anda!

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
1. Tunggu Musim Sale Besar

Kalau anda nak iPad murah dekat Malaysia ni, waktu terbaik ialah semasa:
-
11.11, 12.12 & 10.10 sale
-
Black Friday & Cyber Monday (November)
-
Mid-Year Sale (Jun)
-
Back to School Sale (Mac - April)
Contohnya, masa 11.11, Lazada & Shopee pernah tawarkan diskaun hingga RM400 untuk iPad Gen 9 & iPad Air, lengkap dengan penghantaran percuma.
Jadi, rajin-rajinlah alertkan diri dengan notifikasi aplikasi e-commerce supaya tak terlepas deal menarik ini.
Memang nampak macam bukan tip, tapi percayalah ramai yang tak tahu cara nak dapatkan diskaun yang banyak melalui cara ni.
2. Selepas Model Baru Dilancarkan
Setiap kali Apple lancarkan iPad baru, biasanya pada September atau Oktober, harga model lama akan jatuh. Contohnya:
-
Bila iPad 10th Gen keluar, harga iPad 9th Gen turun RM300–RM500.
-
Lepas iPad Pro M2 keluar, iPad Pro M1 second-hand atau baru pun jatuh harga.
Kalau anda cari iPad murah untuk pelajar, model lama ini sangat sesuai — cukup untuk nota, Google Docs, Zoom meeting, dan edit gambar yang simple yang tak memerlukan cipset baru pun untuk lakukan tugasan tu.
3. Pertimbangkan iPad Refurbished atau Second Hand

Kalau bajet cukup-cukup makan, boleh cari:
-
iPad murah second dari seller trusted di Shopee, Carousell, atau kedai telefon tempatan.
-
Apple Certified Refurbished (kalau nak lebih selamat, beli dari Apple atau reseller sah).
Sebagai contoh, iPad Air second-hand (256GB) boleh didapati sekitar RM1,700–RM2,000 berbanding harga baru RM2,799.
Tapi perlu pastikan cek bateri, skrin, dan minta warranty kedai sekurang-kurangnya 1–3 bulan.
4. Cari Promosi Bundle Atau Bank
Kadang-kadang bank atau syarikat telco akan buat promosi:
-
Bayar ansuran 0% dengan kad kredit
-
Diskaun bila guna kod bank tertentu (contoh: Maybank, CIMB)
-
Bundle iPad + Apple Pencil dengan harga jimat
Contohnya, Machines Malaysia pernah tawarkan bundle iPad + Pencil dengan potongan RM200.
Sesuai kalau anda nak setup “all-in-one” tanpa pening kepala cari aksesori secara berasingan.
5. Bandingkan Harga Dari Pelbagai Kedai

Jangan malas untuk bandingkan harga di:
-
Shopee Mall
-
Lazada Mall
-
Machines, Switch, Senheng
-
Telco seperti Maxis, Celcom (kadang-kadang ada promo plan)
Ada masa perbezaan harga boleh mencecah RM200–RM500, terutama bila ada clearance sale di kedai fizikal.
Kesimpulan
Nak cari iPad murah dekat Malaysia ni memang perlukan timing dan kesabaran.
Sama ada anda tunggu sale besar, beli selepas model baru keluar, cari iPad murah second, atau pantau promo dari telco atau bank, semuanya boleh bantu anda jimat dan dapatkan iPad pada harga yang lebih murah.
Untuk pelajar yang cari iPad murah, kami syorkan fokus pada model lama seperti iPad 9th Gen atau iPad Air 4, di mana iPad model ini masih cukup power untuk tugasan harian.
Jadi, rancang betul-betul, dan beli pada masa yang tepat untuk dapatkan deal terbaik!
Kalau anda nak lihat senarai iPad terbaik di Malaysia, boleh baca lanjut di sini: 6 Apple iPad Terbaik & Berbaloi Untuk Beli 2025