Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Alliance Bank Event

JomCharge dan Alliance Bank Lancar Kad Kredit Maya Pertama di Malaysia, Tawar Ganjaran Eksklusif

JomCharge, rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) terkemuka di Malaysia, dengan kerjasama bersama Alliance Bank telah melancarkan kad kredit maya pertama negara yang dikhususkan untuk pengecasan EV.

Usaha ini memperkenalkan cara pembayaran yang lebih lancar serta ganjaran eksklusif kepada para pemilik EV.

Melalui kerjasama ini, pengguna JomCharge boleh memohon Kad Kredit Maya (Virtual Credit Card, VCC) Alliance Bank secara langsung melalui aplikasi JomCharge.

Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Terima Kredit RM100 Bagi Permohonan Berjaya

Sebagai galakan, setiap permohonan yang berjaya akan menerima kredit JomCharge bernilai RM100, membolehkan pengguna menikmati faedah segera.

Selain itu, pemegang VCC Alliance Bank akan menerima rebat sebanyak 20% untuk semua sesi pengecasan di lebih 3,000 lokasi pengecasan yang tersenarai dalam aplikasi JomCharge.

Tambahan lagi, pengguna juga akan memperoleh 8x mata ganjaran Timeless Bonus Points untuk setiap sesi pengecasan yang dibayar menggunakan kad ini.

Seratus Peratus Digital!

Kad ini adalah sepenuhnya digital, tidak memerlukan kad fizikal, dan diintegrasikan terus dalam aplikasi JomCharge untuk memudahkan pengguna menjejak serta mengurus perbelanjaan pengecasan mereka sambil menikmati pelbagai kelebihan.

Pengarah Urusan EV Connection, Ir. Lee Yuen How berkata, “Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting dalam ekosistem EV negara. Kad kredit maya pertama yang dikhususkan untuk rangkaian pengecasan EV ini bukan sahaja memudahkan pengalaman pengecasan, tetapi juga memberikan ganjaran eksklusif kepada pengguna.”

Permohonan Kad Kredit Maya Alliance Bank untuk JomCharge kini dibuka secara eksklusif melalui aplikasi JomCharge.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi Alliance Bank.

End of Article