Siapa je yang tak excited nak raya kan? Habis terbayang semua juadah raya serta momen indah berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara.
Kalau hari raya pertama biasanya kita akan pakai baju raya tradisional, macam mana pula dengan raya kedua dan seterusnya?
Nak round satu kampung pada hari raya kedua dan ketiga, jadi mestilah nak outfit yang selesa sebab cuaca dekat Malaysia ni panas!
Tidak kira berapa banyak rumah yang anda perlu kunjungi sepanjang bulan syawal, gaya dan style kenalah seiring dengan keselesaan.
Kalau anda pening nak pilih outfit yang sesuai dengan cuaca Malaysia ni, koleksi raya UNIQLO menawarkan pilihan terbaik untuk make sure anda kekal segar, bebas bergerak, dan bergaya.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Raya Tanpa Rasa Melekit dengan AIRism & Cotton Linen
Kunci utama untuk kekal selesa sepanjang hari adalah memilih fabrik yang sesuai.
AIRism dan Cotton Linen dari UNIQLO merupakan pilihan tepat kerana kedua-duanya direka untuk memberikan pengudaraan yang baik, mengurangkan peluh, dan memastikan badan anda tidak ‘ketibas’ serta kekal segar walaupun dalam cuaca panas.

MITOS: Pakai banyak lapisan akan membuatkan anda lebih panas.
Itu semua mitos je sebab dengan AIRism sebagai inner anda, ia sebenarnya membantu menyerap peluh dan mengeringkan peluh lebih cepat.
Secara tak langsung, rasa tak selesa disebabkan kelembapan pun berkurang, jadi anda dapat kekal segar sepanjang hari.

Ditambah pula dengan Cotton Linen yang ringan dan jenis breathable, anda boleh je bergerak bebas tanpa rasa heavy atau melekit pada badan.
Hari Kedua Raya? Kekal Bergaya dengan Denim & Modest Collection
Kalau Hari Raya pertama lebih bertemakan baju tradisional, Hari Raya kedua dan seterusnya pula merupakan masa untuk kita bereksperimen dengan gaya yang lebih moden.
Denim UNIQLO merupakan pilihan versatil yang boleh digayakan dengan kurta moden atau baju kurung untuk penampilan kontemporari yang lebih santai.

Bila sebut denim tentu anda fikir ‘berat’ nak pakai, tapi denim dari UNIQLO ni ringan dan boleh memberi keselesaan sepanjang hari, sesuai untuk anda yang perlu bergerak dari satu rumah ke rumah lain.
Bagi yang mengutamakan gaya sopan dan anggun, Modest Collection dari UNIQLO menawarkan potongan longgar dan fabrik yang ringan.

Memang sesuai dijadikan outfit untuk ke Rumah Terbuka atau sebagai outfit pakaian yang sesuai untuk kaum bukan Melayu pergi ke majlis Hari Raya.
Nampak minimalis dan elegan kan? Barulah mencerminkan kesederhanaan dalam berpakaian.

Polo & Core T: Gaya Kasual yang Tetap Nampak Kemas
Bagi anda yang mahukan gaya lebih santai dan nampak rapi, Polo dan Core T dari UNIQLO adalah jawapannya.
Ia merupakan pilihan ideal jika anda perlu menghadiri majlis santai atau berkumpul dengan rakan-rakan dan keluarga dalam suasana yang lebih kasual.

Dengan rekaan yang ringkas dan elegan, Polo dan Core T menonjolkan konsep UNIQLO Lifewear – di mana anda yang memakai pakaian tersebut, bukan pakaian yang 'memakai' anda.
Pelbagai pilihan warna yang anda boleh pilih dan tentunya dapat dipadankan dengan tema warna raya bersama keluarga.
Keselesaan & Gaya Bersatu dalam Koleksi Raya UNIQLO
Sepanjang beraya tentulah kita mahu kekalkan gaya dan dalam masa yang sama mahu kekal selesa sepanjang hari.
Dengan AIRism, Cotton Linen, Denim, Modest Collection, dan Polo, anda boleh nikmati musim perayaan ini dengan penuh gaya dan selesa.

Sama ada untuk Hari Raya pertama atau lawatan sepanjang Syawal, UNIQLO memastikan anda kurang rasa panas dan bahang, bebas bergerak, dan tampak menawan.
Jadi, kenapa perlu kompromi antara gaya dan keselesaan? Pilih je outfit Raya yang ringan, breathable, dan sesuai untuk cuaca Malaysia.

Layari laman web UNIQLO sekarang atau kunjungi stor berdekatan untuk cuba sendiri koleksi Raya yang pastinya menjadi pilihan utama untuk perjalanan balik kampung dan Hari Raya anda!