Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
byd sealion 7 launch new

BYD SEALION 7: SUV Elektrik Flagship di Malaysia

Nikmati promosi tempahan awal dan program trade-up eksklusif untuk pemilik BYD.

Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Peminat kereta elektrik di Malaysia terus ditawarkan dengan pelbagai pilihan atau model yang menarik, dan kali ini kembali ke giliran BYD pula dengan pelancaran BYD SEALION 7.

Sime Darby Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, melancarkan kenderaan SUV elektrik premium yang menawarkan gabungan prestasi tinggi, gaya mewah, dan ciri serba guna.

Model flagship ini dijangka menjadi pilihan utama dalam segmen SUV elektrik di Malaysia.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, menyatakan, BYD SEALION 7 menggabungkan kuasa dan keselesaan, sesuai untuk pemandu yang mementingkan prestasi tanpa kompromi.

Sementara itu, Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Asia Tenggara, menambah bahawa pelancaran ini adalah sebahagian usaha mereka untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.


Program Trade-Up Khas Untuk Pemilik BYD

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, Sime Darby Motors dan BYD turut melancarkan program trade-up khas bagi pemilik BYD yang ingin menaik taraf kepada model SEALION 7.

Model ini ditawarkan dalam dua varian — Premium (RM183,800) dan Performance (RM199,800), dengan pilihan warna termasuk Cosmos Black, Aurora White, Atlantis Grey, dan Shark Grey.

Pelanggan yang membuat tempahan sebelum 17 November 2024 juga berpeluang mendapatkan pengecas rumah percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi BYD.

End of Article