Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ulike pop-up store

Kedai 'pop-up' Ulike Beri Pengalaman Futuristik Buat Peminat

Pelbagai aktiviti menarik untuk tempoh dua minggu buat peminat Ulike!

Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Buat para wanita di luar sana tentunya sentiasa mengikuti trend terkini produk kecantikan yang mampu beri pengalaman berbeza semasa menjalan rutin kecantikan.

Tanpa perlu menunggu lama untuk rasakan pengalaman baharu penggunaan produk kecantikan, Ulike melancarkan kedai ‘pop-up’ yang dinanti-nantikan bertempat di IOI City Mall Putrajaya.

Kedai 'pop-up' ini adalah hasil sokongan yang ditunjukkan oleh peminat rentetan daripada kejayaan pelancaran cawangan fizikal pertamanya di SOGO KL.

Ulike yang juga dikenali sebagai jenama Peranti Penyingkir Bulu di Rumah Nombor Satu Dunia 2022, mengajak peminatnya untuk menyertai sesi mencuba produk baharu mereka dan melihat pelbagai promosi menarik dengan mengunjungi kedai 'pop-up' Ulike.

Selain itu, ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai selama tempoh masa dua minggu bermula 27 Mei hingga 9 Jun 2024, dan anda turut berpeluang beramah mesra dengan beberapa bintang ternama di Malaysia seperti Neelofar, DeFam, Phei Yong dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Hannah Delisha selaku artis jemputan untuk beauty class di kedai 'pop-up' Ulike turut berkongsi pengalaman menggunakan produk Ulike Air 10 Ice Cooling IPL Hair Removal.

"Saya dah guna alat ni untuk beberapa lama, dan alat ni memang tak rasa sakit bila pakai. Sesuai untuk dijadikan alat rutin kecantikan di rumah atau semasa travelling," ujarnya semasa berkongsi pengalaman menggunakan produk terbaharu dari Ulike.

Sementara itu, Ulike juga turut mengadakan kerjasama dengan Sa Sa Malaysia dalam mempromosikan produk terbaharu Ulike.

Menerusi kerjasama tersebut, produk kecantikan dari Ulike ini juga boleh didapatkan di Kedai Rasmi Sa Sa Malaysia yang terpilih.

End of Article