Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kelengkapan umrah

10 Kelengkapan Umrah Untuk Lelaki Dan Wanita 2024

Pastikan anda sediakan segala kelengkapan sebelum berangkat ke tanah suci.

Bagi umat Islam yang mahu menunaikan Umrah, pasti terasa debarannya dan sedikit runsing kerana perlu melakukan pelbagai persediaan, lebih-lebih lagi jika ini persediaan umrah kali pertama.

Selain persediaan rohani, mental dan fizikal, persediaan barang kelengkapan Umrah juga antara perkara yang penting.

Buat anak-anak yang ibu bapanya sedang membuat persediaan ke Umrah, inilah masanya untuk membantu mereka melakukan persiapan Umrah.

Pertamanya, anda boleh bantu dengan buatkan satu checklist Umrah atau list barang Umrah yang perlu dibawa ke sana.

Kemudian, anda boleh bantu beri panduan untuk beli barang keperluan Umrah yang terbaik, sama ada keperluan Umrah lelaki atau kelengkapan Umrah wanita.

Kalau anda tak tahu nak cari di mana keperluan Umrah wanita atau barang Umrah lelaki, boleh cari secara atas talian dahulu.

Jom lihat senarai kelengkapan Umrah yang patut anda sediakan, dan boleh juga dapatkan pakaian Umrah lelaki yang sesuai.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Kelengkapan Umrah

Kain ihram
Kain Ihram Lelaki Dewasa & Kanak-Kanak 100% Cotton
Kain Ihram Lelaki Dewasa & Kanak-Kanak 100% Cotton
From
RM28.89
Check Kain Ihram Lelaki Dewasa & Kanak-Kanak 100% Cotton price below:

Antara kelengkapan Umrah yang wajib bagi lelaki, kain Ihram perlu dipakai semasa tawaf Kaabah.

Untuk kain Ihram ini anda akan dapat 2 keping kain bagi setiap set, dan ia juga menawarkan kain Ihram untuk kanak-kanak.

Kain Ihram ini diperbuat 100% daripada cotton, jadi kainnya tebal dan lembut, selesa semasa memakainya.

Walaupun ianya tebal, kain Ihram ini tidak panas semasa memakainya, jadi sesuai untuk musim panas dan sejuk.

Anda juga boleh basuh kain Ihram ini sekiranya kotor dan mahu memastikan ia dalam keadaan bersih semasa melakukan ibadah.

Jika anda bersaiz besar, boleh dapatkan Ihram bersaiz jumbo (40x110), sesuai untuk lelaki bersaiz besar.

Telekung
Telekung Umrah (Hitam & Putih)
Telekung Umrah (Hitam & Putih)
From
RM35.01
Check Telekung Umrah (Hitam & Putih) price below:

Buat kaum wanita pula, anda memerlukan telekung yang selesa dipakai semasa menjalankan ibadah Umrah.

Sebaiknya, bawa dua pasang telekung dan dapatkan telekung yang mempunyai poket berzip untuk memudahkan simpan barang penting.

Boleh dapatkan telekung yang kami cadangkan ini kerana ia mempunyai lace yang cantik dan poket.

Material telekung ini adalah dari Silky Japanese Cotton yang sangat sejuk, lembut & selesa. Anda tidak terasa panas semasa memakainya.

Selain itu, kain juga tidak mudah renyuk dan tidak berbulu, serta mempunyai jahitan bergetah di kepala untuk kekemasan dan keselesaan.

Bahagian dagu pula jenis stretchable, mudah untuk disesuaikan dengan semua bentuk muka dengan selesa.

Bagaimanapun, ini hanya bahagian top sahaja dan tidak hadir bersama dengan bahagian bottom.

Kasut untuk tawaf
Kasut Tawaf Umrah Haji Tapak Getah
Kasut Tawaf Umrah Haji Tapak Getah
From
RM23.88
Check Kasut Tawaf Umrah Haji Tapak Getah price below:

Anda pasti memerlukan persediaan untuk membuat tawaf semasa mengerjakan Umrah, jadi anda memerlukan sepasang kasut yang selesa untuk berjalan lama.

Boleh dapatkan kasut tawaf untuk Umrah ini yang memiliki tapak getah untuk keselesaan anda.

Kasut ini dihasilkan dengan bahan quick-dry nylon, jadi ia cepat kering sekiranya basah atau selepas anda membasuhnya.

Selain untuk kegunaan Umrah, anda juga boleh gunakannya sebagai kasut untuk melakukan aktiviti berenang atau aktiviti sukan air yang lain. 

Semasa memakainya, kasut ini benar-benar padan dengan kaki anda dan boleh melindungi kaki anda.

Pastikan anda memilih saiz yang betul untuk mengelakkan kaki anda sakit.

Tasbih digital
Zikr Lite Bluetooth Smart Tasbih Digital Ring OLED Display
Zikr Lite Bluetooth Smart Tasbih Digital Ring OLED Display
From
RM47.50
Check Zikr Lite Bluetooth Smart Tasbih Digital Ring OLED Display price below:

Semasa melakukan Umrah tentunya kita mahu perbanyakkan zikir kita, jadi tasbih digital ini mungkin akan memudahkan lagi ibadah anda di sana.

Tasbih digital ini mempunyai paparan OLED yang membolehkan anda melihat sudah berapa banyak zikir yang dibacakan.

Selain itu, ia juga boleh disambungkan ke telefon menerusi aplikasi khas, membolehkan anda membuat tetapan jumlah zikir serta mendapat notifikasi waktu solat.

Menariknya, tasbih ini menyerupai bentuk cincin dengan pelbagai warna menarik seperti hitam, cokelat, putih, graphite, dark green atau silver.

Memang sangat bermanfaat buat anda semasa melakukan ibadah Umrah, dan jika bateri habis boleh dicas dengan mudah.

Jubah
HAURABELLE - Qamra Set Ironless (Jubah+Khimar)
HAURABELLE - Qamra Set Ironless (Jubah+Khimar)
From
RM76.11
Check HAURABELLE - Qamra Set Ironless (Jubah+Khimar) price below:

Untuk kaum hawa, tentunya anda memerlukan jubah untuk dipakai semasa berada di tanah suci nanti.

Tujuan memakai jubah ini juga kerana ia mudah dipakai dan dapat menutup aurat dengan kemas.

Jubah dari Haurabelle ini pula hadir bersama dengan Khimar, jadi anda tidak perlu membeli tudung atau hijab lain untuk dipakai bersama dengan jubah ini.

Selain itu, jubah dan khimar ini selesa dipakai dan juga sopan untuk dipakai semasa menunaikan ibadah Umrah.

Paling penting, fabrik yang digunakan ringan, tidak panas dan tidak perlu digosok, jadi dapat jimat masa anda.

Tambahan lagi, jubah ini mempunyai zip sorok, poket baju pada sisi kanan untuk memudahkan anda simpan barang.

Zip lengan bagu juga adalah jenis mesra wuduk.

Anak tudung
Siti Khadijah Classic Inner Neck
Siti Khadijah Classic Inner Neck
From
RM58.00
Check Siti Khadijah Classic Inner Neck price below:

Selain daripada jubah atau tudung yang selesa, menggunakan anak tudung yang selesa juga penting agar anda tidak terasa panas atau rimas.

Boleh dapatkan anak tudung atau inner Siti Khadijah ini untuk dipakai bersama dengan tudung anda.

Inner ini diperbuat daripada SPF 40+ polyester spandex yang ringan dan jenis breathable yang tidak meninggalkan rasa melekit walaupun berpeluh.

Fabrik inner ini juga jenis lembut dan ia melekat pada kulit anda walaupun semasa pergerakan yang aktif.

Selain itu, kain inner ini juga jenis menyerap kelembapan dan cepat kering, jadi anda tidak akan terasa basah walaupun sedang berpeluh.

Warna inner juga kekal warna asal walaupun selepas berkali-kali dicuci.

Portable bidet
500ML Portable Bidet Spray
500ML Portable Bidet Spray
From
RM9.86
Check 500ML Portable Bidet Spray price below:

Tentu bila travel ke luar negara atau pergi ke negara yang asing kita risau jika tiada kemudahan air pancuran di dalam tandas.

Jadi untuk memudahkan anda, boleh dapatkan portable bidet spray ini untuk digunakan di dalam tandas.

Saiz 500ML cukup untuk digunakan sekali dan boleh diisi dan disimpan dengan mudah dalam beg yang disediakan.

Anda boleh pilih antara warna hijau, ungu dan merah jambu.

Sejadah travel
Siti Khadijah Ottoman Sejadah Travel
Siti Khadijah Ottoman Sejadah Travel
From
RM79.00
Check Siti Khadijah Ottoman Sejadah Travel price below:

Sejadah travel juga boleh jadi salah satu barang keperluan untuk pergi mengerjakan Umrah kerana ia mudah dilipat dan dibawa.

Jika anda bawa sejadah travel, anda boleh solat di mana sahaja anda mahu sepanjang berada di tanah suci.

Selain itu, sejadah travel daripada Siti Khadijah ini juga mudah dilipat kecil dan boleh disimpan di dalam poket anda.

Sejadah ini juga mempunyai material yang lembut dan selesa semasa anda bersujud, dan bahagian bawah adalah jenis kalis air.

International adaptor
Aukey Universal Travel Adapter With USB-C and USB-A Ports
Aukey Universal Travel Adapter With USB-C and USB-A Ports
From
RM129.00
Check Aukey Universal Travel Adapter With USB-C and USB-A Ports price below:

Antara barang yang penting juga untuk dibawa semasa mengerjakan Umrah, Universal Adapter kerana tak semua negara mempunyai kepala charger yang sama macam Malaysia.

Anda boleh dapatkan Universal Adapter dari jenama Aukey ini kerana ia merupakan antara jenama yang dipercayai.

Adapter ini boleh digunakan dalam lebih 150 negara termasuk negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, dan negara-negara Timur Tengah.

Ia mempunyai Dual USB Ports yang boleh digunakan secara serentak, 1 USB-C dan 2 USB-A yang boleh mengecas dengan laju.

Selain itu, adapter ini juga mempunyai ciri keselamatan seperti Built-in fuse protect, Built-in Spare Fuse dan juga LED Power Indicator.

Sarung tangan muslimah (handsock)
Handsock Plain Premium
Handsock Plain Premium
From
RM8.50
Check Handsock Plain Premium price below:

Selain tudung dan anak tudung, anda juga mungkin memerlukan sarung tangan muslimah atau handsock untuk digunakan bersama.

Sarung tangan ini akan melengkapkan lagi penutupan aurat anda sebagai seorang muslimah semasa mengerjakan Umrah.

Sarung tangan ini mempunyai potongan yang fit dan juga material yang lembut, Korean Moss Crepe yang berkualiti.

Selain itu, ia juga tidak panas dan tidak membuatkan kulit tangan terasa gatal, jadi anda akan kekal selesa sepanjang memakainya.

Paling penting, sarung tangan ini tidak mengembang walaupun dibasuh berkali-kali. Bolehlah anda terus menggunakannya selepas pulang dari Umrah.

Ubat-ubatan
Set Al Safar 6 Dalam 1 Penjagaan Diri Haji & Umrah
Set Al Safar 6 Dalam 1 Penjagaan Diri Haji & Umrah
From
RM52.20
Check Set Al Safar 6 Dalam 1 Penjagaan Diri Haji & Umrah price below:

Jika anda tidak tahu nak sediakan barang kelengkapan apa untuk persediaan pergi Umrah, anda boleh juga dapatkan set Al Safar 6 dalam 1 ini.

Dalam set ini anda akan dapat:

  • Krim Pelembap
  • Pelembap Bibir
  • Deodoran
  • Ubat Gigi
  • Krim Tumit
  • Cecair Sabun Ihram

Dengan semua barang penjagaan diri yang ada dalam set ini, anda tidak perlu risau untuk mencari atau mengemas satu persatu barang tersebut.

Apa yang bagus, set ini turut ada krim tumit, sesuai untuk sesiapa sahaja yang sedang mengerjakan Umrah atau Haji kerana perlu kerap berjalan.


Apa Itu Umrah?

Umrah merupakan satu ibadah yang dilakukan oleh umat Islam di kota suci Mekah, bertempat di Arab Saudi.

Ibadah ini boleh dilakukan tidak kira masa sepanjang tahun, berlainan dengan ibadah Haji yang memiliki waktu tertentu dalam tahun Islam.

Ibadah Umrah melibatkan ziarah ke beberapa tempat suci di sekitar Mekah, termasuk Masjidil Haram (Ka'bah), Masjid Nabawi di Madinah, dan Gunung Arafah. 

Bagi melengkapkan ibadah Umrah, anda perlu melengkapkan beberapa rukun Umrah seperti memakai ihram bagi lelaki, melakukan tawaf mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh kali, Sa’i dengan berjalan antara bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali dan Tahalul iaitu memotong rambut sebagai tanda berakhirnya status ihram dan selesainya umrah.

Umrah bukan ibadah wajib seperti Haji, bagaimanapun ia merupakan ibadah yang dituntut kerana dapat mendekatkan lagi seorang Muslim dengan ajaran Islam yang sebenar.


Cara Mengerjakan Umrah (Rukun Umrah)

Sudah tentu setiap umat Islam perlu tahu rukun Umrah agar apabila sudah mendapat jemputan mengerjakan Umrah, ibadah tersebut dapat dikerjakan dengan sempurna dan diterima.

Berikut adalah rukun-rukun Umrah yang harus dipenuhi:

  1. Perlu dimulakan dengan ihram, iaitu niat untuk melaksanakan Umrah, yang diucapkan di miqat (batas masuk ke Tanah Suci) bersama dengan mengenakan pakaian ihram. Selain itu, ihram juga merupakan pakaian khusus yang terdiri dari dua lembar kain yang tidak dijahit, biasanya berwarna putih bagi laki-laki dan pakaian syar'i bagi perempuan.
  2. Setelah memasuki Masjidil Haram di Mekah, langkah pertama adalah melakukan Tawaf, yaitu mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh kali. Tawaf dimulai dari Hajar Aswad (batu hitam di sudut Ka'bah) dan dilakukan melawan arah jam.
  3. Kemudian, setelah menyelesaikan Tawaf, langkah selanjutnya adalah melakukan Sa'i, iaitu berjalan antara bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Sa'i dimulai dari bukit Safa dan diakhiri di bukit Marwah.
  4. Tahalul adalah langkah terakhir Umrah di mana seorang Muslim memotong rambutnya atau menggunting sedikit sebahagian rambutnya. Tahalul menandai berakhirnya status ihram dan selesainya Umrah.
  5. Paling penting adalah Tertib, iaitu anda perlu ikut rukun Umrah secara tertib dan tidak boleh melangkah rukun Umrah antara satu dengan yang lain, jika tidak anda akan dikenakan Dam atau denda.

Itulah lima rukun Umrah yang harus dipenuhi oleh setiap Muslim yang melakukan ibadah Umrah. 

Penting untuk memahami setiap rukun dengan baik dan melaksanakannya dengan penuh kekhusyukan agar dapat menjadi umat Islam yang lebih bertakwa.

End of Article