Tak dapat dinafikan, dengan basikal exercise boleh memberikan anda pelbagai manfaat kesihatan.
Antaranya dapat menguatkan betis, kaki, pinggul dan melatih otot-otot di teras, belakang dan glute.
Tambah pula, basikal gym atau basikal senaman untuk kurus ini dapat meningkatkan sistem kardiovaskular dan membakar kalori dengan lebih cepat.
Jadi, dengan adanya alat senaman basikal di rumah, anda tak perlu lagi buang masa dan wang untuk menyewa basikal di gym.
Bagi memudahkan pencarian anda, kami kongsikan senarai jenama dan harga basikal senaman atau spinning bike terbaik dalam rumah yang berkualiti.
Penyunting
Table of Contents
Senarai 13 Basikal Senaman
Sebab menjadi pilihan utama:
Basikal exercise jenama Vigor Fitness ini mempunyai sensor denyutan nadi untuk memudahkan anda memantau kesihatan jantung.
Ciri-ciri:
Mempunyai LCD yang memaparkan jumlah kalori yang dibakar, jarak, masa dan kelajuan.
Bahagian strap pedal basikal ini juga boleh diubah mengikut saiz kaki pengguna dan mempunyai sistem magnetik untuk beri daya pada roda.
Selain itu, mempunyai 8 tahap rintangan (Tension Control), jadi basikal gym ini boleh digunakan oleh semua peringkat usia mengikut tahap kecergasan setiap individu.
Kapisiti berat yang basikal senaman ini dapat menampung berat pengguna adalah 100kg.
Ukuran dan berat produk ini sekitar 149 x 62 x 114 cm dan berat kira-kira 25 kg.
Review:
"Tak susah nak pasang. Kayuhan yang lancar, cuma ada bunyi sikit masa mengayuh tapi okay je tak bising."
Basikal Gintell ini sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam bersenam kerana merupakan senaman berimpak rendah.
Jadi, ia tidak akan memberi tekanan yang terlalu kuat pada sendi dan ligamen.
Pada skrin LCD yang terdapat pada basikal magnetik ini memaparkan kalori yang telah dibakar, jarak dan kelajuan kayuhan pengguna serta masa senaman anda.
Lagi bagus, ia mempunyai HRC handle yang akan memaparkan kadar denyutan jantung per minit anda ketika mengayuh basikal ini.
Saiz dan berat produk ini sekitar 87cm (L) x 47cm (W) x 134cm (H) dan berat kira-kira 28.4kg.
Ciri terbaik pada basikal senama Gintell ini ialah tempat duduknya boleh dilaras sehingga 8 tahap ketinggian mengikut keselesaan dan ketinggian badan pengguna.
Selain itu, ia juga mempunyai paparan konsol yang memaparkan semua maklumat seperti kelajuan, jarak, masa, jumlah kalori yang dibakar, odometer dan denyutan nadi.
Mesin senaman ini mempunyai pemegang telefon bimbit dan tablet, jadi, anda boleh tonton drama atau filem kegemaran sambil bersenam, barulah tak bosan kan.
Paling best, bahagian pemegangnya mempunyai sensor yang mampu mengesan denyutan jantung dan kayuhan boleh dilakukan dua hala belakang dan depan.
Kapisiti berat yang basikal senaman ini dapat menampung berat pengguna adalah 100kg.
Ukuran dan berat produk ini sekitar 500mm(W) x 760mm(L) x 1230mm(H) dan berat kira-kira 21 kg.
Dengan adanya basikal senaman Ovicx ini, anda tak perlu susah ke taman rekreasi atau bayar yuran keahlian gym untuk hidup sihat.
Ciri basikal senama ini mempunyai flywheel bersaiz 400mm dengan berat 10kg untuk memberikan anda pengalaman seperti sedang mengayuh basikal sebenar.
Boleh juga disambung dengan app virtual training seperti Ovicx, Kinomap dan Zwift untuk yang merupakan aplikasi virtual training.
Terdapat 2 jenis basikal gym untuk anda iaitu basikal yang mempunyai Bluetooth dan basikal jenis konsol dengan paparan LCD.
Kapisiti berat yang basikal senaman ini dapat menampung berat pengguna adalah 110kg.
Basikal gym Johnson Fitness ini mempunyai handle bar yang ergonomik, jadi tangan tak akan cepat lenguh ketika sedang bersenam.
Turut dilengkapi dengan penyangkut tuala dan pemegang botol air untuk memudahkan anda bersenam tanpa dahaga.
Selain itu, alat senaman ini mempunyai 12 program senaman agar pengguna boleh pilih program senaman yang sesuai dengan tahap kecergasan.
Paling bagus, mempunyai Step-through Frame yang memudahkan sesiapa sahaja yang nak bersenam untuk naik ke atas pelana basikal.
Kapisiti berat yang basikal senaman ini dapat menampung berat pengguna adalah 136kg.
Saiz dan berat produk ini sekitar 120cm (L) x 55cm (W) x 136cm (H) dan berat kira-kira 39kg.
Spinning bike Yesoul ini sesuai digunakan mereka yang gemar melakukan senaman kardio kerana memang bagus untuk mengurangkan berat badan dan lemak.
Lagi best, basikal ini mempunyai sistem Bluetooth, jadi boleh disambungkan dengan telefon pintar dan tablet.
Boleh juga disambung dengan app YESOUL (boleh simpan data senaman anda), Zwift dan Kinomap yang merupakan aplikasi virtual training.
Turut mempunyai roda pada bahagian depan untuk memudahkannya dialih ke mana-mana.
Peralatan gym ini juga mempunyai flywheel dengan sistem magnetik 7.5kg agar anda dapat merasakan seakan sedang mengayuh basikal sebenar.
Tempat duduknya yang selesa pula boleh dilaraskan secara menegak dan mendatar.
Saiz dan berat produk ini sekitar 101cm (L) x 51cm (W) x 116.5cm (H).
Walaupun saiz basikal senaman mini ini kecil tapi fungsinya sama seperti basikal gym bersaiz besar yang lain.
Mempunyai paparan LCD yang memaparkan data senaman pengguna seperti pemasa, kelajuan, jarak kayuhan dan jumlah kalori dibakar.
Menariknya lagi, anda boleh kayuh alat ini dengan kaki atau tangan cuma memerlukan tempat yang selesa.
Ciri ini menjadikan bagus untuk mereka yang sedang menjalani rehabilitasi selepas kecederaan atau warga emas yang mahu melakukan senaman tangan.
Boleh juga digunakan untuk bersenam ketika sedang bekerja atau tonton TV kerana muat diletakkan di bawah meja.
Sangat fleksibel untuk lakukan alat senaman ini di mana saja di rumah, atas meja, pejabat atau di mana saja mengikut keselesaan anda.
Untuk yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk ke gym, kami sarankan basikal senaman New Gold.
Selamat digunakan sebab mempunyai brek kecemasan dan strap pedal kaki.
Ciri ini boleh diubah mengikut saiz kaki pengguna.
Jadi, kaki anda tak mudah tergelincir.
Tempat duduk dan pemegangnya boleh dilaraskan sekali gus menjadikannya sesuai untuk semua ketinggian.
Resistance basikal ini juga boleh diubah mengikut momentum kayuhan yang diinginkan agar lebih mencabar.
Lagi bagus, penggunaan alat gym di rumah ini tidak akan mengganggu keluarga atau teman serumah anda kerana tidak berbunyi bising.
Kapisiti berat yang basikal senaman ini dapat menampung berat pengguna adalah 150kg.
Saiz dan berat produk ini sekitar 85cm (L) x 45cm (W) x 110cm (H).
Diperkuasa dengan flywheel dengan berat 5 kg untuk memberi momentum seperti sedang mengayuh basikal sebenar.
Mesin senaman Xcore Fitness ini turut mempunyai tempat duduk yang boleh dilaraskan secara menegak dan mendatar.
Juga dilengkapi dengan paparan LCD yang memaparkan kelajuan, jarak, jumlah kalori dibakar, denyutan nadi dan masa.
Selain itu, menggunakan sistem magnetic resistance untuk mengatur tingkat intensit latihan dan dilengkapi dengan pedale ergonomis.
Kapisiti berat yang basikal senaman ini dapat menampung berat pengguna adalah 120kg.
Ukuran dan berat produk ini sekitar 101cm (L) x 49cm (W) x 135cm (H) dan berat kira-kira 24kg.
Basikal senaman Ogawa mempunyai pelbagai fungsi paparan yang membolehkan anda melihat prestasi latihan seperti kelajuan dan kalori yang dibakar secara real-time.
Dilengkapi dengan pemegang telefon dan tablet, jadi anda boleh menonton video atau mendengar muzik sambil bersukan.
Sistem rintangan yang boleh dilaraskan juga menjadikan basikal ini sesuai untuk pemula hingga yang lebih mahir.
Tahap 1-3 adalah latihan kardio rendah dan tahap 4-6 adalah pembakaran lemak.
Manakala, tahap 7-8 adalah untuk menguatkan otot.
Sensor denyutan jantung pada pemegang membolehkan anda memantau kadar jantung semasa sesi senaman.
Tempat duduk dan pedal juga boleh dilaraskan untuk keselesaan semasa bersenam.
Jangan risau, walaupun lantai tak rata di rumah terdapat penstabil lantai yang memastikan basikal senaman stabil.
Bagi yang mahukan basikal senaman untuk beginner atau warga emas, beli je basikal senaman Zero.
Bukan sahaja ia mempunyai monitor paparan yang menunjukkan kelajuan, masa, jarak, kalori dan odometer, tetapi ia juga mudah dilipat untuk menjimatkan ruang.
Rangka basikal yang kukuh ini akan memberikan pengalaman berbasikal yang lebih selamat. Lebih-lebih lagi, ia dilengkapi dengan sokongan sandaran untuk latihan pengukuhan teras dan paha.
Sistem rintangan magnetik ini menawarkan 8 tahap kesukaran yang berbeza, membolehkan anda menyesuaikan senaman anda mengikut keperluan.
Turut dilengkapi dengan 2 tali penegang untuk senaman tangan, 2 penggelek bergerak di bawahnya, pedal anti licin dan kotak simpanan serbaguna di hadapan pelana tempat duduk.
Paling penting, basikal ini beroperasi dengan sangat senyap dan tidak memerlukan banyak penyelenggaraan.
Selain diletakkan di ruang rumah, anda boleh letak di ruang rehat pejabat agar anda dan rakan sekerja tetap boleh menjaga kesihatan walaupun sibuk bekerja.
Basikal senaman ini menawarkan 8 tahap rintangan magnetik yang senyap dan lancar, membolehkan anda membakar lemak tanpa perlu meninggalkan rumah.
Seat yang lebar dan berlapik memastikan sesi berbasikal yang panjang tetap menyeronokkan.
Anda juga boleh menjejak prestasi senaman dengan fungsi bluetooth dan monitor berbilang fungsi yang memaparkan jarak, kalori yang dibakar dan banyak lagi.
Basikal senaman kardio upright ini turut menawarkan aplikasi Fitshow percuma dan sesuai dengan aplikasi kecergasan berbayar termasuk Zwift dan Kinomap.
Malah, anda boleh baca, dengar muzik dan menonton TV semasa berbasikal.
Dengan reka bentuk yang boleh dilipat dan saiz yang kompak, basikal ini adalah pilihan yang sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang terhad di rumah.
Walaupun harga alat senaman di rumah ini murah tapi tetap boleh membantu anda untuk membakar kalori dan mempercepatkan turun berat badan.
Dengan saiz yang kecil dan boleh dilipat memudahkan lagi pengguna kerana tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan basikal senaman ini.
Seperti kebanyakan basikal senaman indoor lain, turut mempunyai paparan meter yang memaparkan masa, kiraan revolusi, putaran seminit(RPM), butang pembakaran kalori dan penetapan semula.
Basikal senaman mini ini menawarkan rintangan yang rendah yang sesuai untuk senaman pemulihan lutut dan bahu atau senaman berbasikal ringan untuk kaki dan lengan.
Nombor pendaftaran MDA: GA4860623-116778.
Tips Pemilihan Basikal Senaman Terbaik
Nak beli basikal senaman tapi tak tahu macam mana nak pilih?
Jangan risau, ikuti je tips di bawah:
-
Tujuan penggunaan basikal senaman
Fikir dulu apa tujuan anda membeli basikal senaman. Nak kurus? Nak tambah stamina atau sekadar nak kekal aktif?
Ini akan membantu dalam pemilihan jenis basikal yang paling sesuai.
-
Jenis basikal senaman
Bagi yang beginner dan ingin melakukan senaman ringan, anda boleh cuba basikal jenis Upright.
Jika anda pula menghadapi masalah belakang atau sendi, pilih je basikal Recumbent dengan tempat duduk yang lebih selesa dan sokongan belakang.
Untuk yang nak cabaran, jenis Dual Action pula membolehkan anda melakukan senaman kardio yang lebih intensif, seakan-akan berbasikal di luar tetapi dilakukan di dalam rumah.
-
Harga basikal senaman
Sebelum membeli basikal senaman, tentukan bajet yang mampu anda belanjakan.
Brand basikal mahal biasanya mempunyai banyak ciri tambahan, tapi yang lebih murah juga tak semestinya tak elok.
Sebaliknya, tumpukan pada kualiti asas dan ciri basikal exercise yang anda perlukan.
-
Saiz
Saiz juga penting untuk memastikan keselesaan dan mudah disimpan.
Jadi, ukur tinggi, berat dan bandingkan dengan spesifikasi saiz yang disyorkan oleh pengeluar.
-
Had berat & kestabilan
Cari basikal yang boleh menampung berat badan dan juga stabil semasa dikayuh.
Kebanyakan basikal senaman boleh menampung berat badan sehingga 100kg, tetapi had berat yang tepat bergantung pada model tertentu.
-
Rintangan tahap
Jika anda mahukan senaman basikal indoor yang boleh custom-made mengikut matlamat kesihatan anda, ciri resistance level sangat penting.
Ciri ini membolehkan anda mengubahsuai kelajuan seperti berbasikal di jalan rata, mendaki bukit, atau berbasikal jarak jauh.
Cara Menggunakan Basikal Senaman Dalaman Dengan Betul
Basikal senaman bukanlah alat senaman yang kompleks. Ia sangat mudah digunakan, tak ada banyak button seperti treadmill.
Berikut cara menggunakan basikal senaman:
1. Laraskan tempat duduk
Pertama sekali, pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dengan ketinggian badan.
Bila duduk, kaki anda perlu mencecah pedal dengan sedikit bengkok pada lutut.
2. Pegang handlebar dengan selesa
Pastikan anda boleh mencapai handlebar dengan selesa. Badan anda patut condong sedikit ke depan, tapi jangan terlalu bongkok.
3. Pakai kasut yang sesuai
Ini penting untuk mengelakkan kecederaan dan memastikan kayuhan yang lancar.
4. Mulakan dengan perlahan
Jangan terus kayuh laju! Mulakan dengan kelajuan perlahan untuk memanaskan badan dan tambahkan kelajuan sikit-sikit.
5. Pastikan postur badan yang betul
Jaga postur badan anda. Pastikan belakang lurus dan bahu santai. Jangan bongkok atau terlalu tegang.
6. Bernafas dengan betul
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara teratur. Ini penting untuk membekalkan oksigen ke otot-otot anda.
7. Kayuh dengan teknik betul
Gunakan seluruh putaran pedal, bukan sekadar tolak ke bawah. Ini membantu senaman jadi lebih berkesan.
8. Laraskan rintangan dengan bijak
Mulakan dengan rintangan rendah. Tambah rintangan bila anda dah rasa selesa, tapi jangan paksa diri terlalu kuat.
9. Pantau kadar jantung
Kalau basikal ada alat pengukur denyutan jantung, gunakan alat tersebut. Pastikan kadar jantung anda dalam julat yang selamat.
Kalau rasa sakit atau tidak selesa, berhenti dan rehat. Jangan paksa diri anda terlalu keras.
10. Lakukan regangan selepas bersenam
Selesai bersenam, jangan lupa lakukan regangan untuk mengurangkan sakit otot.
Apa-apa pun jom lihat video antara berlari dan berbasikal, yang mana boleh membantu turunkan berat badan.
Apakah Kelebihan Basikal Senaman?
Selain jogging dan berlari, bersenam menggunakan basikal senaman atau bike exercise juga merupakan salah satu kaedah yang efektif untuk membakar kalori.
Lagipun terdapat banyak kelebihan bersenam menggunakan basikal senaman.
Antaranya:
- Meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru.
- Menjaga keseimbangan dan koordinasi tubuh.
- Menguatkan otot dan tulang.
- Dapat menurunkan berat badan.
- Meningkatkan mood dan mengurangi stres.
- Mengurangi risiko penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.
- Menurunkan kolesterol dan tekanan darah.
- Lebih selamat berbanding berbasikal atau jogging di jalan raya.
- Merupakan senaman berimpak rendah di mana anda boleh menguatkan tulang dan sendi tanpa memberikan banyak tekanan pada badan.
- Sesuai untuk golongan yang mengalami kecederaan atau ada masalah sendi.
- Boleh menguatkan kecergasan jantung dan melancarkan peredaran darah serta oksigen ke seluruh badan.
- Boleh mengurangkan stres dan memberikan anda tidur yang lebih lena.