Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
parcel hilang

Apa Nak Buat Bila Parcel Pembelian Kat Shopee Hilang?

Kami kongsikan langkah yang boleh dibuat untuk dapatkan semula barang pos yang hilang.

Pembelian barang atas talian menjadi pilihan utama disebabkan pandemik COVID-19 yang menyukarkan kebanyakan kita keluar membeli barang.

Lebih-lebih lagi, apabila aplikasi Shopee boleh dikatakan setiap bulan buat tawaran harga menarik. Lihatlah, promosi 7.7 dekat Shopee akan datang ni, bukan main lagi banyak baucar yang boleh ditebus.

Malangnya, pembelian atas talian mempunyai kesan buruk terhadap pembeli. Antara yang sering menjadi isu adalah barang pembelian hilang!

Jadi, kami kongsikan beberapa langkah yang boleh dibuat untuk dapatkan semula ganti rugi barang pos yang hilang. Perkongsian ini kami petik dari ciapan twitter.

#1 Pemulangan bayaran balik

Bila dah tahu bungkusan pembelian atas talian tidak bergerak lama pada satu tempat atau mengetahui isu kehilangan barang, cepat-cepat lakukan pemulangan bayaran balik (refund).

Dalam masa yang sama, minta pihak penjual membuat Dispute Reason supaya agen Shopee dapat mengambil tindakan selanjutnya ke atas isu ini.

#2 Beri kerjasama

Rilek, jangan gelabah lagi. Berikan segala info yang mereka perlukan dan tunggu beberapa hari untuk agen Shopee membuat siasatan. 

Pastikan beri kerjasama secepat mungkin untuk beri apa saja yang diminta oleh pihak mereka. Jika anda gagal, agen Shopee juga gagal menjejak bungkusan korang.

#3 Siap!

Selepas beberapa hari, pasti agen Shopee akan memberi maklum balas tentang parcel korang sama ada pemulangan wang kembali dalam masa 24 jam atau anda berjaya mendapatkan semula parcel yang hilang.

Tip ringkas;

Selepas melakukan sebarang pembelian, pastikan korang sentiasa menyemak tracking area barang sama ada sudah dihantar untuk pengeposan atau belum.

Jika sudah di pos dan tiba-tiba terdapat lebih dari tiga hari parcel tidak bergerak dari satu tempat, korang boleh melakukan kepada syarikat kurier juga.

Ini kerana, kemungkinan besar parcel hilang. Sepatutnya setiap hari berlaku pergerakan dari satu tempat ke satu tempat sehingga sampai ke tangan pembeli. 

Sekiranya, pembeli membuat aduan selepas seminggu atau sebulan, pihak kurier tidak akan layan kerana sudah sukar untuk menjejak parcel yang sudah lama.


Table of Contents

Related articles

End of Article