Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
vaksin babi

Malaysia Bakal Terima Vaksin COVID-19 Yang Mungkin Ada Gelatin Babi?

Isu ini lantang dibualkan di media sosial seperti Facebook dan Twitter terutama bagi kumpulan anti-vaksin.

Vaksin adalah kandungan antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem imuniti tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. 

Kini, setelah setahun penularan wabak berbahaya COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini berjaya menemui tujuh jenis vaksin yang sesuai untuk menghapuskan penyakit berjangkit ini dan akan digunakan di seluruh dunia. Antaranya.. 

  1. Vaksin Sinovac.
  2. Vaksin PT Bio Farma.
  3. Vaksin Novavax.
  4. Vaksin Oxford-AstraZeneca.
  5. Vaksin Pfizer-BioNTech.
  6. Vaksin Moderna.
  7. Vaksin Sinopharm.
Remote file

Vaksin COVID-19 ada babi? 

Namun, apa yang menjadi isu sejak vaksin COVID-19 yang pertama diluluskan apabila terdapat segelintir masyarakat mempersoalkan salah satu kandungan vaksin iaitu Oxford-AstraZeneca mengandungi trypsin dari pankreas babi dan haram digunakan dalam kalangan umat Islam.

Isu ini lantang dibualkan di media sosial seperti Facebook dan Twitter terutama bagi kumpulan anti-vaksin.

“VAKSIN COVID HARAM! ADA UNSUR BABI!” Berkali-kali terlihat komen senada dengannya di laman sosial. Tak kira laman...

Posted by Ini Sains Beb on Friday, December 4, 2020

Malah, lebih mengejutkan lagi, ada juga mengaitkan perkara yang tidak masuk akal iaitu vaksin Pfizer-BioNTech kononnya akan mengubah DNA seseorang kerana mempunyai cip untuk mengawal manusia. 

Jawapan dari pihak AstraZeneca 

Bagaimanapun, menurut pihak AstraZeneca pada bulan lalu, vaksin COVID-19 tidak mengandungi ramuan yang berasal dari babi.

Jurucakap AstraZeneca Indonesia, Rizman Abudaeri, dalam satu kenyataan berkata, pada semua tahap proses pengeluaran, vaksin vektor virus ini tidak menggunakan atau bersentuhan dengan produk yang berasal dari babi atau produk haiwan lain.

AstraZeneca akan diedarkan di Malaysia

Untuk pengetahuan, vaksin COVID-19 jenis Oxford-AstraZeneca akan diedarkan di Malaysia tidak lama lagi, perkara ini diberitahu oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada 28 April lalu.

End of Article