Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Aktiviti Bermanfaat Untuk Isi Masa Lapang Anda!

Hobi yang menarik dengan pengisian ilmu yang baharu

Kita sering disoal tentang hobi atau aktiviti yang dilakukan ketika waktu lapang. Terdapat pelbagai hobi yang boleh dinyatakan. Ianya biasa melibatkan aktiviti berkaitan dengan minat dan kebolehan individu. Ada yang suka hobi untuk menenangkan minda, melatih bakat baru atau mencuba aktiviti sukan. Secara amnya hobi adalah waktu untuk kita semua melepaskan segala tekanan dan melakukan perkara yang kita seronok. 

Kajian mendapati mereka yang memiliki hobi cenderung untuk tidak stress, beremosi dan kemurungan. Hal ini kerana hobi mampu memperbaiki kesihatan mental yakni membuat kita lebih gembira dan santai. Hobi secara berkumpulan pula baik untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial seperti contoh berkhemah dan mengembara. 

Jadi jangan menganggap hobi adalah suatu perkara membuang masa semata-mata. Ianya memberi pelbagai manfaat bukan sahaja dari segi kemahiran dan ilmu. Malah menghidupkan semula jiwa kita yang telah mati. 


10 Hobi Terbaik Untuk Mengekalkan Kesihatan Mental & Fizikal

1.Jigsaw Puzzles (Teka-teki bergambar)

Kumpulan: semua peringkat umur

Ini adalah permainan yang boleh buat ramai jadi ketagih kerana sifat ingin tahu yang tinggi. Jigsaw Puzzles memerlukan kesabaran, daya ingatan dan penglihatan yang tajam bagi memastikan setiap susunan blok gambar tepat. Menurut dari Sanesco Health, kemahiran mencantum gambar seperti jigsaw puzzles menggunakan kelebihan otak kiri dan kanan. Ianya secara tidak langsung menjadi seperti latihan minda yakni meningkatkan daya memori, fokus dan kebolehan menyelesaikan masalah. 

Aktiviti ini juga sangat sesuai dilakukan secara berkumpulan lebih lagi bersama keluarga. Ia menggalakan lagi komunikasi diantara ibu bapa dan anak-anak. Kelebihan untuk kanak-kanak yang bermain jigsaw puzzles pula boleh meningkatan kemahiran melihat keupayaan ruang (spatial ability). Jigsaw puzzles mempunyai rekaan untuk tahap-tahap yang bersesuaian dengan umur serta kemahiran. Jadi permainan ini mampu dimainkan oleh semua peringkat umur.

Jigsaw puzzle berbentuk peta dunia
Hinkler
Hinkler World Map Jigsaw Puzzle 500 Pieces
mulai
RM27.90
Semak Hinkler World Map Jigsaw Puzzle 500 Pieces harga dibawah:

Jigsaw puzzle dari syarikat penerbit Hinkler ini menghasilkan jigsaw puzzle yang berkualiti dan pemain beroleh pelbagai ilmu baru disamping menyusu-atur blok gambar. Set ini sesuai dimain dari umur sembilan tahun dan keatas. Ia memiliki 500 kepingan blok gambar yang mencecah saiz 22 sentimeter. Selain seronok menyusun-atur gambar anda dan keluarga dapat memahami pelbagai fakta menarik tentang peta dunia.

2. Bermain catur 

Kumpulan: semua peringkat umur

Pernah tak anda menonton siri pendek Netflix ‘Queen Gambit’ yang telah menghangatkan kembali dunia permainan catur? Kalau pernah anda mesti tahu kelebihan pada setiap pemain catur yang cukup tangkas berperang minda. Dikatakan permainan catur adalah satu senaman untuk otak. Malah orang yang bermain catur sering kali dikaitkan dengan kebijaksanaan. Ia benar kerana catur boleh meningkatkan daya IQ seseorang kerana ia mengembangkan kepada kemahiran berfikir, ingatan dan juga kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Sungguhpun kelebihan yang diberikan terbaik ia memerlukan kecekalan untuk bermain. Permainan catur boleh mengambil masa yang sangat lama dan memerlukan pasangan kedua. Hobi bermain catur juga sangat sesuai dilakukan bersama keluarga dan sahabat. Malah ada setiap rumah sekurang-kurang memiliki satu set catur!

Set catur yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur
Chess Set Standard Tournament
mulai
RM10.50
Semak Chess Set Standard Tournament harga dibawah:

Tak perlu set catur yang mahal, cukup sekadar yang boleh dibawa kemana-mana dan paling penting sesuai digunakan oleh semua. Set catur ini bersaiz sederhana dan buah catur juga berkualiti. Rata-rata pembeli memberi ulasan yang baik mengenai set catur ini.

3. Mewarna

Kumpulan: semua peringkat umur

Dengar macam simple sahaja kan? Inilah aktiviti yang digemari oleh kanak-kanak dan kalau di sekolah pasti ada pertandingan mewarna bukan? Hobi mewarna rupanya mampu menenangkan minda dan mengalihkan fokus realiti kepada fantasi. Sedikit sebanyak membantu membina daya kreativiti. Jika anda suka mewarna sejak kecil jadi tak salah untuk jadikan mewarna sebagai aktiviti isian masa lapang. Satu kajian pada tahun 2006 mendapati aktiviti mewarna mampu mengurangkan tekanan dan kemurungan beberapa orang pelajar. Ianya juga dianggap satu meditasi terbaru sama seperti terapi mendengar muzik. Jadi tidak kira tua atau muda anda boleh jadikan mewarna sebagai satu cara mengisi masa lapang sambil memperbaiki kesihatan mental.

Buku mewarna membina kreativiti
Posh Coloring Hymnspirations For Joy & Praise
mulai
RM58.40
Semak Posh Coloring: Hymnspirations For Joy & Praise harga dibawah:

Buku mewarna dari Posh Coloring menyediakan pelbagai lakaran yang menarik. Sekaligus memberi ruang kreativiti mewarna yang tiada batasan. Lakaran dari pelukis Deborah Muller ini mampu memberi satu kepuasan mewarna dari setiap inci bahagian. Bagi anda yang mencari-cari buku mewarna pertama Posh Coloring boleh jadi antara satunya.

4. Videografi 

Kumpulan: Dewasa & Remaja

Rakaman video kini sangat mudah untuk dihasilkan ianya hanya perlu menggunakan telefon pintar sahaja. Dari video maka terhasil pelbagai kandungan menarik di laman sosial seperti vlog, video interaktif atau video berbentuk hiburan semasa. Penghasilan sebuah video mengandungi unsur kreativiti, komunikasi dan kemahiran penggunaan aplikasi teknologi. Jadi jangan sangka video pendek seperti di TikTok atau Instagram rupanya memerlukan kemahiran yang tertentu. Bahkan dari sebuah video juga ada yang boleh buat keuntungan. Biasanya hobi begini bermula dengan minat dan kesungguhan. Kemahiran videografi bukan sahaja menguntungkan malah meningkatkan keyakinan diri anda.

Kamera videografi kompak untuk pengguna baru
GoPro
GoPro HERO+ LCD  HERO PLUS 1080P Full HD Action Camera
mulai
RM295.00
Semak GoPro HERO+ LCD / HERO PLUS 1080P Full HD Action Camera harga dibawah:

Siapa yang tidak kenal dengan kamera perakam jenama GoPro ini. Ia sebuah kamera yang boleh diubah-suai serta sangat mudah digunakan. Malah hasil video dan gambar sangat berkualiti setanding kamera DSLR. Jika anda suka melakukan video yang lasak, pantas dan tidak memerlukan banyak kelengkapan kamera yang lain GoPro HERO+ LCD antara yang terbaik. Lebih lagi untuk anda yang baru sahaja ingin bermula dalam bidang videografi. Resolusi kamera 8MP – 12.9MP, disertakan sarung kalis air dan kad memori sehingga 32GB. Berbaloi bukan? 

5. Fotografi 

Kumpulan: Dewasa & Remaja

Sama seperti videografi, namun fotografi lebih santai dan mempunyai teknik yang berbeza walaupun kelihatan serupa. Gambar-gambar yang dihasilkan adalah melalui cetusan idea datang dari diri anda. Bermakna anda mampu mengeluarkan segala emosi, kepenatan dan komunikasi dalam bentuk bergambar. Rupanya aktiviti mengambil gambar ini boleh memberi kesan positif. Hasil-hasil gambar memberi kepuasan sambil meningkatkan keyakinan diri, memori dan kemahiran membuat keputusan. Ia berkaitan dengan kesihatan mental terutamanya. Satu kajian telah menunjukkan, mereka yang mengambil gambar tentang hal sekeliling boleh mengubah interaksi sosial dan berpontesi lebih tenang dalam menguruskan penjagaan diri. Benarlah hal-hal mengambil gambar ini memerlukan seseorang yang tenang dan bijak menguruskan masa.

Kamera videografi kompak untuk pengguna baru
Canon
Canon Powershot G7x Mark II
mulai
RM2,099.00
Semak Canon Powershot G7x Mark II harga dibawah:

Antara kamera yang paling banyak digunakan oleh para Youtuber! Kelebihan kamera ini ialah mempunyai paparan boleh laras untuk anda mudah membuat kandungan seperti vlog bergambar dan sebagainya. Sesuai dengan harga ia dicipta bersama Intelligent IS Image Stabilization serta reka bentuk yang bergaya. Teknologi dalam kamera sangat bermanfaat untuk newbie yang ingin mencipta gambar-gambar berkualiti seperti professional.

6. Memancing 

Kumpulan: Dewasa & Remaja

Peminat aktiviti memancing kebiasaanya ialah kaum lelaki. Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit untuk mendapatkan satu kepuasan. Memancing aktiviti santai sekaligus dapat menenangkan minda. Buat individu introvert ini adalah satu aktiviti yang sesuai buat anda. Ia mendamaikan, kosong dan dalam menunggu ikan anda juga boleh mendengar muzik, membaca buku kegemaran atau tidak perlu memikirkan apa-apa pun. Dari kajian sebuah perubatan di Britian, memancing dapat meningkatan fokus otak dan sebagai rawatan terapi mental. Malah dari fizikal juga sangat baik kerana ia memperbanyakkan pergerakan badan terutamanya bahagian otot belakang dan bahu. Selain itu juga aktiviti luar ini turut memberi tubuh Vitamin D secara percuma dengan sinaran awal pagi matahari.

Set pancing yang lengkap untuk si pemancing amatur
Set Memancing
mulai
RM190.00
Semak Set Memancing harga dibawah:

Bingung bukan hendak menyusun atur kelengkapan memancing yang lengkap? Apa susah, anda boleh dapatkan starter kit dengan belian atas talian sahaja. Set memancing ini batang pancing, penarik ‘reel’ dan tali pancing. Reel yang disediakan pula dari jenama Awashima yang mampu menarik ikan sehingga berat 10 kilogram. Manakala batang pancing panjang 5.6 kaki. Memang okay sangat buat kamu yang newbie dalam dunia memancing ini.

7. Membakar aneka kek 

Kumpulan: Semua peringkat umur

Siapa yang tak sukakan kek bukan? Ia juadah yang wajib ada tidak kira waktu atau dimana sahaja. Kek kini sangat mudah didapati dan juga senang untuk dibuat hasil dari pelbagai perkongsian resepi serta teknik membakar. Setiap rutin memasak kek boleh memberi satu kelegaan melepaskan tekanan. Malah teknik membakar kek boleh mencungkil kreativiti serta merangsang deria rasa. Bukan itu sahaja hobi ini juga sangat baik merapatkan hubungan kekeluargaan bermula dari aktiviti membakar sehinggalah menjamu hasil kek! Dari si anak kecil dan ibu bapa boleh menjadikan aktiviti membakar kek atau kuih sebagai hobi atau rutin keluarga. Mana tahu dari hobi boleh bertukar kepada sesuatu yang menjana pendapatan keluarga anda.

Ketuhar serbaguna yang dengan tetapan ringkas
Pensonic
mulai
RM148.99
Semak Pensonic Electric Oven (23L) PEO-2305 harga dibawah:
add_circle Fungsi pemanas bawah, atas & kedua-dua
add_circle Kapasiti 23L
add_circle Pemasa 60 minit dengan loceng
add_circle Kawalan suhu boleh laras sehingga 250 ℃
remove_circle Saiz agak kecil

Kalau hanya membakar kek atau kuih sekadar aktiviti suka-suka. Ketuhar dari Pensonic versi PEO-2305 sudah memadai. Walaupun ia dikeluarkan dengan tetapan yang ringkas namun masih mampu membakar sehingga kapasiti 23L dan berkuasa 1380W. Selain membakar ia juga boleh digunakan untuk teknik panggang. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan dan jenama Pensonic antara jenama perkakasan elektrik terjamin!

8. Melukis (doodling) 

Kumpulan: Semua peringkat umur

Pernah dengar tentang teknik melukis doodling? Mungkin anda suka melukis tapi tidaklah seperti karyawan seni. Sebenarnya doodling adalah satu teknik lukisan atau lakaran tanpa batasan yakni anda tak perlu ‘aim’ dan hanya perlu melakar tanpa henti. Tahukah anda, Presiden Amerika Syarikat ke-44 Barack Obama juga mempunyai hobi doodling. 

Doodling mampu memberi kesan baik pada otak terutamanya pada bahagian memori. Kajian mendapati mereka mempunyai hobi doodling lebih fokus dan mampu mengingat setiap perincian. Pernah bukan waktu disekolah jika mengantuk kita akan berterusan melukis lakaran apa sahaja? Ya, itulah doodling. Ia juga salah satu teknik dari menghalang mengantuk. Lukisan yang spontan boleh mengerak isyarat-isyarat otak melepaskan tekanan dan stress. Biarlah lukisannya tidak mempunyai apa ‘seni’ tapi ia boleh membantu pada masalah fokus, ingatan dan juga emosi. Jadi lakukan doodling sebagai pengisian waktu lapang anda.

Barulah tak bosan doodling dengan variasi warna
Set 12 Pen Warna-Warni Doodling
mulai
RM29.99
Semak Set 12 Pen Warna-Warni Doodling harga dibawah:

Takkanlah nak doodling dengan pen satu warna atau pensil semata-mata? Anda boleh cuba gayakan doodling dengan warna-warna pen yang menarik. Set pen ini lengkap dengan 12 batang pen dengan mata pen bersaiz 1mm. Jadi anda boleh mulakan doodling mengikut kreativit dan cetusan warna yang sangat cantik.

9. Aktiviti berlari   

Kumpulan: Dewasa dan Remaja

Aktiviti bersukan juga diambil kira sebagai hobi dan digelarkan sebagai hobi yang sangat untuk fizikal serta minda. Mungkin anda tidak tahu hobi bersukan manakah paling ringkas dan mudah untuk diakses? Jawapannya ialah aktiviti berlari atau jogging! Ia langsung tidak memerlukan kelengkapan tambahan kecuali pakaian sukan dan kasut sukan. Sudah terbukti sukan larian jarak jauh bukan sahaja mampu memperbaiki struktur fizikal malah dapat merembeskan hormon gembira. Sekaligus dapat mengatasi rasa depresi atau tekanan yang ada. Otot-otot juga dapat bekerja dengan baik setelah melakukan regangan ketika larian. Senang kata kalau nak kurus, rasa tenang, jantung sihat memang hobi larian dapat membantu.

Kasut sukan berkualiti untuk larian tanpa gangguan
New Balance Men's Fresh Foam Running Shoes
mulai
RM134.50
Semak New Balance Men's Fresh Foam Running Shoes harga dibawah:

Pemilihan kasut sukan juga amat penting. Tidak semua kasut sukan dibuat untuk digunakan kepelbagaian aktiviti sukan. Contoh seperti aktiviti lari, anda memerlukan kasut yang direka khas bagi memberi cengkaman dan serapan tekanan yang baik semasa berlari. Kasut dari New Balance iaitu produk Perfomance Fitness Running Fres Foam Arishi V3 antara yang terbaik dikeluarkan oleh pengusaha jenama pakaian sukan ini. 

10. Menulis  

Kumpulan: Semua peringkat umur

Menulis sebenarnya bermula sejak dari awal persekolahan lagi. Kalau anak-anak remaja dahulu gemar menulis sebagai diari harian. Sehinggalah kini ada yang tetap menulis tetapi sebagai tatapan di media sosial. Mana-mana sahaja pun boleh asalkan memberi manfaat yang lain. Menulis merupakan satu nikmat yang boleh dirasai sekiranya ia menjadi suatu tempat luahan. Sama seperti aktiviti melukis dan mewarna, menulis juga antara satu kaedah menjaga kecerdasan otak. Selain itu juga menulis memberi rangsangan baru terhadap kemahiran berkomunikasi. Hal ini kerana menulis sering dikaitkan dengan pemikiran yang jelas dan sudah mengunci perkara yang mahu disampaikan. Bahkan itu sahaja, menulis membolehkan kita tidak membataskan cara meluahkan idea, perasaan dan paling penting menjadikan hidup lebih produktif.

Buku berjadual yang serba lengkap dan menarik
Syabab
Syabab Standard Planner 2021
mulai
RM22.50
Semak Syabab Standard Planner 2021 harga dibawah:

Buku jurnal atau diari boleh diseimbangkan sebagai aturan jadual harian atau pencetus idea-idea penulisan. Jurnal ini cukup sesuai untuk tulisan harian dengan pelbagai pengisian kandungan yang menarik si penulis. Malah rekaan dalaman jurnal tidak hanya kertas putis semata-mata. Variasi pilihan edisi jurnal mempunyai enam pilihan mengikut citarasa masing-masing.

End of Article