Kadangkala, kita pasti buntu mencari kedai bakeri yang sedap dan boleh dimakan dengan berselera. Tambahan pula yang dijamin Halal. Selalunya kedai yang kek diusahakan secara besar-besaran atau massive seperti Secret Recipe, Bakers Cottage dan sebagainya. Semasa menyambut hari jadi atau meraikan persandingan, kek adalah salah satu makanan utama yang tidak boleh dilupakan.
Sesetengah daripada anda, pemanis mulut seperti kek, cupcake atau muffin merupakan salah satu antara makanan yang harus ada selepas sahaja usai menjamu selera. Pasti anda menginginkan sesuatu pemanis mulut atau dessert sebagai penutupnya. Nah, semasa musim pandemik dan PKP yang baru sahaja dilaksanakan semula, sudah tentu pergerakan anda terbatas untuk keluar membeli dessert.
Ayuh lihat kedai bakeri yang terdapat di dalam senarai dibawah dan menawarkan khidmat penghantaran ke kediaman anda. Bakeri Halal ini juga menghidangkan pelbagai jenis pemanis mulut dengan reka bentuk menarik untuk tatapan jamuan anda.
9 Bakeri Halal Terbaik
Kedai kek yang mula dibuka pada tahun 2015, Cake Jalan Tiung merupakan salah satu kafe yang digemari oleh rata-rata penduduk Shah Alam. Pelanggan tetap Cake Jalan Tiung ini juga bukan sahaja yang menetap di Shah Alam sahaja, bahkan yang datang dari Kuala Lumpur dan luar negeri juga sanggup untuk turun ke Selangor semata-mata untuk merasakan kehebatan kek buatan dari kedai yang bertempat di Seksyen 9, Shah Alam ini.
Terletak di tingkat atas, anda bukan sahaja boleh walk-in untuk membeli kek dari mereka malahan juga Cake Jalan Tiung menawarkan perkhidmatan servis penghantaran ke kediaman pelanggan. Lakukan tempahan 3 hari sebelumnya supaya servis penghantaran dapat dilakukan dengan lancar.
Halal status : Muslim-owned
Alamat :
- 31-M (first floor), Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam
- No. 9, Jalan Sukun 4/7, Seksyen 4, 40000 Shah Alam
Waktu operasi :
12.00pm – 6.00pm (Selasa – Ahad), Isnin tutup
Hubungi :
012 – 8787 258 (Whatsapp) atau email kepada : [email protected]
Instagram :
https://www.instagram.com/cakejalantiung/
Facebook :
https://www.facebook.com/cakejalantiung/
Twitter :
Resipi turun-temurun yang diwarisi oleh pemilik Gula Cakery, Arieni, menunjukkan minat untuk mendalami ilmu pembuatan kek secara bersungguh-sungguh. Diberi nama Gula Bakery pada awalnya ditubuhkan, ianya merupakan kedai bakeri yang dimulai secara home-based sahaja. Sehingga kini, ianya mampu membuka beberapa cawangan di seluruh Lembah Klang.
Bertujuan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan tetap Gula Cakery yang datang dari semua kawasan bagi mendapatkan pemanis mulut kegemaran. Kemudian, Gula Bakery ditukar namanya kepada Gula Cakery dan dilancarkan secara rasmi pada Sepetember 2015. Terdapat beberapa cawangan seperti Kota Kemuning (HQ), Tropicana Gardens Mall, IOI City Mall, Eco Ardence dan Eco Grandeur.
Halal status : Muslim-owned
Alamat :
Gula Cakery Kota Kemuning (HQ)
No. 11, Jalan Anggerik Aranda BG 31/BG, Seksyen 31, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Dibuka setiap hari
12.00pm – 8.00pm (Isnin – Khamis)
12.00pm – 8.30pm (Jumaat – Ahad)
Hubungi :
03 – 5525 2644 (HQ)
011 – 1635 3232 (Customer service)
Facebook :
Pemilik The Hyacinth Café, Yani Othman mula bertapak dalam bidang pembuatan kek dan pastri ini dengan teknik ‘self-learning’ dan dibuka secara rasmi pada tahun 2017. Pernah bekerja sebagai peguam, minat kepada bidang pembuatan bakeri ini tidak disia-siakan. Bukan sahaja memiliki kafe untuk memudahkan para pelanggannya menjamu selera, ianya juga menyediakan kelas baking untuk anda yang berminat mempelajari teknik membuat kek dengan betul.
Tidak dinafikan, The Hyacinth Café mempunyai reputasi dan kelas tersendiri apabila salah seorang pelanggan tetapnya adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menyediakan pelbagai hidangan daripada kek sehinggalah cream puff, anda boleh kunjungi The Hyacinth Café ini untuk menikmati hidangan istimewa yang disediakan!
Halal status : Muslim-owned
Alamat :
G-3A Saville @ Melawati, 2 Jalan Kolam Air, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Waktu operasi :
11.00am – 7.00pm (Isnin – Sabtu), Ahad tutup
Hubungi :
019 – 394 5608
Facebook :
Terletak di Bukit Damansara, kedai bakeri The Bread Shop ini mula ditubuhkan pada tahun 2009. Menyediakan pelbagai jenis bakeri seperti tart dan pastri, kedai ini sangat terkenal dengan rangkaian roti yang dibakar secara tradisional serta rasa asli. Bukan hanya ianya menyediakan manisan sahaja, rangkaian pastri jenis savory juga terdapat di kedai ini.
Kedai ini sangat penuh dengan pelanggan terutamanya pada waktu tengah hari setiap minggu bekerja, disyorkan untuk anda datang lebih awal dan dapatkan pastri dan manisan kegemaran tanpa perlu bersesak atau menunggu lama.
Halal status : Muslim-owned
Alamat :
11, Jalan Setiakasih 5, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Waktu operasi :
8.00am – 7.00pm (Isnin – Jumaat)
8.00am – 6.00pm (Sabtu)
Ahad tutup
Hubungi :
03 – 2093 8734
Facebook :
Bahan-bahan disediakan dalam setiap pembuatan kek, dijamin 100% Halal dan budaya kebersihan juga diamalkan agar kesemua pelanggan-pelanggan yang membeli kek secara atas talian ini berasa selamat dan tanpa was-was. Ianya menawarkan rangkaian kedai-kedai bakeri seperti Cake Sense, Just Heavenly, The Honest Treat dan Cat on the Fiddle.
Promosi yang ditawarkan berbaloi dengan harganya. Ianya juga dapat menyediakan kek mengikut acara dan musim perayaan sesuai dengan kehendak pelanggan.
Halal status : Halal certified
Alamat :
No. 10B, Nadayu 28 Dagang, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi :
Dibuka setiap hari bermula dari 9.00am – 6.00pm
Hubungi :
017 – 8800 153
Instagram :
https://www.instagram.com/eatcaketoday/
Facebook :
Terkenal dengan rasa kek yang asli, ianya mengutamakan pemanis mulut jenis vintage dan klasik bagi mengekalkan keunikan setiap kek yang dijual di kedai ini. Dengan menggunakan 100% bahan-bahan dijamin Halal, ianya terdapat juga pemanis mulut yang dijual mengikut musim perayaan dan kesukaan pelanggan.
Terletak di Subang Jaya, kedai kek ini sering menjadi tumpuan bukan sahaja rata-rata penduduk di Selangor malahan dari Kuala Lumpur dan juga luar negeri. Souka juga menawarkan khidmat servis penghantaran ke kediaman anda. Begitu juga dengan khidmat parti dan jamuan makan. Pastri dan bakeri dari rangkaian seperti pie, scones, tarts, quiche, buns, donuts, brownies serta cream puffs, pasti membuatkan anda keliru untuk membelinya.
Halal status : Halal
Alamat :
53, Jalan SS15/5a, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi :
Dibuka setiap hari bermula dari pukul 10.00an – 7.00pm
Hubungi :
013 – 2355 396
Instagram :
https://www.instagram.com/soukabakeshop/
Facebook :
Bila bercakap tentang kek, pasti kek coklat, cheesecake, carrot cake dan brownies antara menjadi pilihan kegemaran rakyat Malaysia. Tetapi apakah keistimewaan kedai kek ini berbanding kedai-kedai kek yang ada di Malaysia ini? Nah, kedai bakeri ini menawarkan pelbagai jenis kek yang diperbuat daripada keju.
Anda boleh pilih kek keju kegemaran anda sesuai mengikut selera masing-masing. Nama yang diberi pada kek ini juga sangat unik dan berasaskan haiwan kesukaan ramai iaitu kucing. Jika anda penggemar pemanis mulut yang diperbuat daripada keju, Cat & The Fiddle adalah jawapan tepat!
Halal status : Halal
Alamat :
G-G-1 Block G, Kelana Jaya Parklane Commercial Hub, No. 21, Jalan SS7/26, 47301 Petaling Jaya
Waktu operasi :
9.00am – 6.00pm (Isnin – Jumaat)
9.00am – 4.00pm (Sabtu, Ahad & cuti am)
Hubungi :
018 – 872 1818
Instagram :
https://www.instagram.com/catandthefiddlemy/
Facebook :
Terdapat 10 koleksi kek yang boleh dipilih mengikut kegemaran dan kesukaan anda. Samada kek untuk harijadi, rangkaian harga dibawah RM100, sempena Valentine’s Day, set, cheese cake, chocolate cake, ice cream cake, not to sweet cake, cupcake atau Malaysian flavors. Semuanya anda boleh pilih mengikut kategori yang disediakan.
Bahan yang digunakan untuk pembuatan kek dijamin 100% Halal dan kek-kek tersebut dibuat secara ‘fresh’. Cakerush juga menyediakan perkhidmatan servis penghantaran kek ke rumah anda pada hari yang sama. Jika orang-orang Penang teringin hendak makan pemanis mulut dari Cakerush ini, ayuh tempahlah sekarang!
Halal status : Halal
Alamat :
Kuala Lumpur & Penang
Waktu operasi :
9.00am – 6.00pm (Isnin – Sabtu), Ahad tutup
Hubungi :
03 – 3099 4380
Instagram :
https://www.instagram.com/cakerush.my/
Facebook :
Sebut sahaja tentang Secret Recipe, siapa yang tidak kenal dengan rangkaian kedai kek di seluruh Malaysia. Ianya menawarkan pelbagai jenis kek yang diperbuat daripada bahan-bahan 100% dijamin Halal dan selamat untuk dimakan. Perisa kek yang terkenal di Secret Recipe adalah Chocolate Indulgence yang diperbuat daripada 3 lapisan mousse Belgian dark chocolate dan white chocolate.
Manakala kek keju yang sering menjadi pilihan ramai adalah Marble Cheesecake atau New York Cheesecake. Kini, Secret Recipe mengeluarkan menu terbaru iaitu Hokkaido Triple Cheesecake yang diperbuat daripada 3 lapisan keju lemak berkrim.
Halal status : certified Halal
Alamat :
42, 1st Floor, Jalan SS25/28, Taman Mayang, 47301 Petaling Jaya, Selangor (HQ)
Waktu operasi :
Dibuka setiap hari bermula dari pukul 10.00am – 10.00pm
Hubungi :
03 – 7804 9206 (T), 03 – 7803 7505 (F),
Atau email kepada : [email protected]
Instagram :
https://www.instagram.com/secretrecipemy/
Facebook :
https://www.facebook.com/SecretRecipeMsi
Twitter :