Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Ingin Kulit Wajah Halus Dan Selembut Sutera? Cubalah Produk Skincare Dari Wardah Ini

Murah, berkualiti dan diyakini Halal

Jika bercakap mengenai penjagaan kulit, berlambak produk-produk dengan jenama yang terkenal di pasaran kini. Tetapi pernahkah anda mendengar jenama Wardah? Produk dijamin Halal ini yang berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Bersesuaian dengan slogan yang dikekalkan “Inspiring Beauty with Halal Products”,  jenama Wardah ini selamat digunakan oleh wanita muslimah dan boleh dibawa semasa bersolat. 

Dijamin tidak mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti hydroquinone, rhodamine dan merkuri, ianya selamat untuk kulit bermasalah seperti kering dan sensitif. Ianya bukan sahaja menjual set penjagaan kulit (skincare) tetapi terdapat juga produk seperti krim pelindung matahari (sunscreen), serum, pelembap (moisturizer) dan gincu (lipstick). Kini, rangkaian set produk Wardah boleh didapati dengan mudah di drugstore seperti Watsons dan juga secara atas talian samada di Shopee atau Lazada.  

Promo Wardah di Shopee / Lazada

Hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2021. Walaupun masih berada di dalam musim pandemik, jualan hebat hujung tahun yang dilakukan secara atas talian tetap berlangsung seperti biasa. Laman-laman web belian atas talian seperti Shopee dan Lazada mengadakan jualan dengan tawaran istimewa yang wajib dilakukan setiap tahun bermula dari 9.9, 10.10, 11.11 dan 12.12.

Wardah juga merupakan antara produk kecantikan yang turut terlibat dalam jualan langsung secara besar-besaran ini. Ayuh lihat diskaun hebat yang ditawarkan oleh Wardah hari ini!

Shopee

  • Bermula jam 12.30pm sehingga 12.00am, pastikan notifikasi anda sentiasa berbunyi kerana terdapat pelbagai tawaran menarik sepanjang hari pada 11 November ini. Diselangi dengan hiburan oleh artis-artis jemputan yang memeriahkan lagi Shopee Live. 
  • Pada 11.11 ini juga jika berbelanja minima RM60, anda akan mendapat tote bag percuma. Terhad kepada 300 pelanggan yang pertama sahaja.

Lazada

  • Jualan 11.11 pada jam 12.00am – 2.00am, pastikan anda melayari laman web Lazada untuk mendapatkan jualan hebat yang ditawarkan oleh Wardah. 
  • Jika anda berbelanja minima RM50 untuk setiap pembelian, anda berpeluang untuk mendapatkan Mattitude Stain Lipstick secara percuma. Terhad kepada 100 pelanggan pertama sahaja. 
  • Jangan lupa klik ‘follow’ di Wardah Official Store untuk mendapatkan store diskaun sebanyak 10%.

Tentang Wardah Malaysia:

Produk ini dihasilkan sekitar tahun 1995 dan telah mula diperkenalkan dipasaran Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun ianya berada di dalam lingkungan harga mampu milik, kualiti dari rangkaian produk jenama ini tidak kurang hebatnya. Dengan visi utama memenuhi keperluan kosmetik Halal, Wardah merupakan peneraju utama dalam menghasilkan rangkaian penjagaan kulit wajah dan alat solek terbaik untuk kegunaan wanita muslimah. 

Setiap produknya diuji secara klinikal oleh ahli pakar dermatologi. Wardah juga mengetengahkan 3 prinsip utama iaitu;

  • Suci, murni dan selamat (Pure & safe)
  • Pakar dalam penjagaan kecantikan (Beauty expert)
  • Inspirasi keindahan (Inspiring beauty)

Jenama Wardah menggunakan bahan-bahan semulajadi di dalam setiap produk jualannya dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit sehingga menjadi lembut. Selamat dan Halal adalah slogan yang dikekalkan oleh Wardah sehingga hari ini. Kulit wanita yang hebat adalah bermula dengan membersih dan menghilangkan kotoran, suburkan kulit agar penampilan lebih bermaya, membaikpulih ketidaksempurnaan kulit serta mencantikannya. 

Wardah meraikan keindahan seseorang wanita itu dengan menghasilkan produk yang bersesuaian untuk semua jenis kulit. Tunggu apa lagi? Jadikan Wardah sebagai sumber inspirasimu! 

Rangkaian Produk Wardah:

Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
mulai
RM9.86
Semak Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 harga dibawah:
add_circle Non-Comedogenic
add_circle Tekstur ringan & tidak melekit
add_circle Kandungan antioksidan dan pelembap
add_circle Mempunyai Vitamin E dan Provitamin B5
remove_circle Mengandungi pewangi

Jika anda selalu melakukan aktiviti outdoor atau keluar berlibur bersama sahabat-handai dan keluarga, pastikan memakai krim pelindung matahari (sunscreen) bagi melindungi kulit anda daripada terdedah kepada sinaran UV. Ini adalah untuk mengelakkan kulit dari terjadinya sunburn. Wardah sememangnya terkenal di pasaran Indonesia ini, mula mendapat tempat di kalangan wanita Malaysia gemar menggunakan produk daripada bahan semulajadi dan Halal.

Dengan mengandungi SPF30, sunscreen ini mampu memberi perlindungan maksimum serta berganda daripada sinaran UVA & UVB buat kulit anda. Bukan hanya itu sahaja, ianya juga mengandungi Aloe Vera, Pro-Vitamin B5 dan Vitamin E iaitu merupakan bahan antioksidan serta pelembap yang tidak akan membuatkan kulit anda menjadi kering selepas memakainya.  

Mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit, non-greasy dan mudah menyerap, menjadikan sunscreen ini antara pilihan wanita masa kini. Salah satu sebab kenapa sunscreen ini adalah terbaik untuk semua jenis kulit kerana ianya bersifat non-comedogenic. Masih dibawah lingkungan harga mampu milik, sunscreen ini berkualiti tinggi dan setanding dengan jenama yang mahal. Amalkan pemakaian sunscreen sebagai rutin rejim kecantikan harian anda!

mulai
RM7.30
Semak Wardah Nature Daily Witch Hazel Purifying Moisturiser Gel (40ml) harga dibawah:
add_circle Witch Hazel untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan
add_circle Tekstur ringan dan jenis gel
add_circle Kekalkan lembapan pada kulit wajah
remove_circle Agak melekit pada kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berjerawat

Selepas menggunakan skincare seperti pencuci muka, toner dan sebagainya, penggunaan pelembap adalah satu kemestian dalam rutin penjagaan kulit wajah. Ini kerana pelembap dapat mengekalkan hidrasi pada kulit wajah walaupun anda berjemur dibawah sinaran matahari sepanjang hari. Atau samada anda berada di dalam bilik berpenghawa dingin, pasti kulit akan menjadi cepat kering. 

Wardah muncul dengan beberapa siri rangkaian penjagaan kulit. Kini, Wardah Nature Daily Series mula diperkenalkan di pasaran atas talian, Shopee Malaysia. Dengan slogannya, ‘A More Meaningful Beauty with Natural Softness’, set penjagaan dari siri ini menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak akan membuatkan kulit anda menjadi bermasalah. 

Sesuai untuk kulit berminyak dan kusam, pelembap ini mengandungi Witch Hazel yang dapat mengawal penghasilan minyak serta sebum berlebihan pada kulit wajah. Bertekstur ringan dan jenis gel, pelembap ini dapat menjaga dengan baik kulit yang bersifat normal tetapi cenderung berminyak. 

Ianya juga dapat mengimbangi minyak sambil mengekalkan lembapan agar anda akan tampil berseri dan tiada lagi masalah kulit kusam. Bahan-bahan yang terkandung dalam pelembap ini adalah ekstrak Chamomile, Pro-Vitamin B5 dan Vitamin E yang dapat menjaga kulit anda lebih baik.

mulai
RM28.71
Semak Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi vitamin C dan Aloe Vera
add_circle Melindungi kulit wajah dari radikal bebas
add_circle Menyerap masuk ke dalam kulit lebih pantas
remove_circle Melekit
remove_circle Kulit wajah berminyak

Tidak lengkap jika rasanya menggunakan set penjagaan kecantikan tanpa serum. Wardah menghasilkan serum berkonsentrasi tinggi ini dengan High-Grade Vitamin C yang menyerap pantas ke dalam lapisan epiderma dan membaikpulih kerosakan kulit lebih sempurna. Ianya juga dapat mencerahkan kulit wajah anda dalam hanya beberapa minggu sahaja. 

Bukan sahaja mampu mencerahkan, serum ini juga dapat memberi lembapan dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas terutamanya buat kulit bermasalah. Kadangkala, bahan kimia yang terdapat dalam pencuci muka akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi kering dan sensitif. Nah, serum ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. 

Dengan mengandungi Vitamin C, Aloe Vera dan Biosaccharide, ianya mampu mengembalikan kulit wajah menjadi hidrasi dan sentiasa tampil berseri serta bermaya. Antara bahan lain yang terdapat dalam serum ini adalah Glycerin dan Allantoin. Diperbuat daripada bahan asas Aqua, menjadikan serum ini lembut untuk kulit wajah anda. 

Seperti rangkaian Wardah yang lain, harganya mampu milik menjadikan serum ini antara pilihan pengguna masa kini. Pemakaian serum yang betul juga memainkan peranan dalam mencantikkan kulit. Titis sedikit ke atas tapak tangan dan urut kulit wajah anda dengan perlahan. Mulakan rejim kecantikan anda dengan langkah yang tepat!

mulai
RM5.60
Semak Wardah Lightening Facial Scrub harga dibawah:
add_circle Bersih kotoran dan hapuskan sel-sel kulit mati
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Segarkan kulit wajah anda

Sebelum anda ketahui lebih lanjut mengenai skrub, tahukah anda bahawa kulit gelap dan kusam adalah berpunca daripada kesan sinaran UV yang masuk terus ke dalam lapisan epiderma? Ianya juga akan menjadi punca pembentukan melanin pada kulit anda. Apakah cara yang terbaik untuk menghapuskan masalah kulit gelap dan kusam ini? Pastikan anda melakukan langkah-langkah yang betul seperti mencuci muka, menggunakan toner, pelembap, serum, essence dan sebagainya.

Tetapi sebelum mencuci muka, anda dinasihatkan untuk melakukan skrub ke atas kulit wajah anda agar dapat membuang kotoran yang melekat atau tersumbat pada liang pori dengan bersih. Lakukan teknik double cleansing bagi mendapatkan hasil kulit yang diingini. Skrub berkesan untuk menghapuskan sel-sel kulit mati agar penampilan tampak lebih bersih, segar dan bermaya. 

Skrub dari Wardah ini bukan sahaja mampu menghapuskan kotoran dan sel kulit mati tetapi ianya juga dapat mencerahkan kulit selepas beberapa kali cucian. Ianya juga mampu menyegarkan kulit. Didatangi dengan kemasan berbentuk tube, skrub ini merupakan pembersih wajah yang mengandungi ekstrak Licorice dan pH seimbang baik untuk semua jenis kulit wajah. 

Bagi anda yang mempunyai kulit jenis kering dan sensitif, disyorkan untuk memakai skrub sekurang-kurangnya 1 – 2 kali seminggu sahaja. Ini bagi mengelakkan kulit menjadi lebih kering dan bertambah sensitif.

mulai
RM17.05
Semak Wardah Exclusive Matte Lip Cream harga dibawah:
add_circle Kemasan matte tahan lama dengan Colorbinding Pigments
add_circle Rangkaian rona terang
add_circle Tidak mudah melekat pada cawan atau sudu
remove_circle Mengandungi pewangi

Salah satu alatan makeup yang essential buat wanita adalah lipstick. Jika tidak memakai lipstick setelah mengenakan solekan, maka tidak sempurnalah rutin makeup tersebut. Jika bercakap mengenai lipstick, Wardah juga ada mengeluarkan rangkaian makeup yang tersendiri. Wardah Exclusive Matte Lip Cream yang didatangi dalam bentuk tiub panjang, memudahkan anda untuk menggunakannya. 

Terdapat 18 rangkaian warna lipstick yang boleh dipilih mengikut kesukaan anda. Lipstick ini jenis tidak melekit dengan kemasan matte pada bibir anda. Bagi sesetengah lipstick jenis matte, tidak tahan untuk jangka masa yang panjang. Tetapi tidak dengan lipstick dari Wardah ini. Ianya mampu bertahan sehingga 10 jam tanpa perlu aplikasikannya berulang-kali. 

Untuk anda yang gemarkan rangkaian warna-warna terang, lipstick dari Wardah ini pasti menjadi pilihan terbaik. Ianya mengandungi pigmen pengikat warna (colorbinding pigments) yang membuatkan lipstick ini dapat bertahan dan tidak mudah melekat samada pada cawan minuman atau sudu makanan. Tekstur lipstick ini yang velvet creamy selepas diaplikasi diformulasi dari Lushlip Liquid Innovation.

Dengan mengandungi Beeswax juga akan membuatkan bibir anda tampak berkilau dan bermaya sepanjang hari. Inginkan lipstick yang bagus tetapi dibawah harga bajet? Cubalah lipstick dari Wardah hari ini.

Produk Popular Dari Wardah

WARDAH White Secret Series 

Siapa yang tidak inginkan kulit putih berseri? Pasti ada wanita yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan kulit cerah dan anggun. Usah gunakan bahan yang mengandungi bahan kimia tinggi kerana ini boleh membahayakan kulit wajah anda. Terdapat beberapa siri rangkaian set penjagaan kulit yang dihasilkan oleh jenama Wardah ini.

Antara produk popular adalah Wardah White Secret Day Cream SPF35 ini dapat melindungi kulit dari sinaran UV.  Dilengkapi dengan teknologi Derma Peptide, krim ini dapat menyerap masuk ke dalam lapisan epiderma dengan baik. Jika anda konsisten menggunakan krim siang, disyorkan juga untuk memakai krim malam.    

Night Cream atau krim malam berfungsi untuk memberi nutrisi ekstra buat kulit wajah anda. Dengan mengandungi formula aktif kristal putih, ianya dapat kekalkan lembapan dan bantu kulit wajah untuk tampak lebih cerah. Manakala kompleks antioksidan dan Vitamin B3 dapat menghalang kulit dari radikal bebas. Lebih sesuai digunakan pada waktu malam supaya krim ini dapat ‘bekerja’ dengan aktif bagi membaikpulih kerosakan kulit. 

Antara rangkaian siri lain yang terdapat dalam jenama Wardah ini adalah Nature Daily, Acnederm, C-Defense, Lightening, Perfect Bright, Renew You serta Wardah Haji & Umrah series. Dapatkannya segera!

End of Article