Apabila kita bercakap mengenai produk penjagaan kulit, pasti jarang dengar tentang pentingnya penggunaan ampoule. Ianya datang dari kelompok keluarga yang sama dengan serum dan essence. Ampoule selalunya didatangi dalam pakej botol kecil atau botol tirus mini seperti serum. Namun, jangan silap kerana ianya bukan serum! Pasti anda tertanya-tanya apakah perbezaan serum dan ampoule. Adakah ampoule satu regimen yang wajib dalam penjagaan wajah?
Apakah beza ampoule dan serum?
Untuk mengenal kedua-dua produk ini dengan efektif, jom kita rujuk jadual dibawah.
SERUM |
AMPOULE |
|
Definisi |
Serum adalah produk yang lebih pekat dari essence dan ideal untuk merawat masalah garis halus, kedutan, pigmentasi dan tona kusam. |
Ampoule merupakan versi serum yang lebih pekat dan digunakan sebagai booster. |
Tekstur |
Konsistensinya serum dan ampoule ibarat gel likat namun ringan dan mudah untuk diratakan pada wajah. Namun, kelikatan produk bergantung pada jenama masing-masing. |
|
Cara penggunaan |
Sapukan pada wajah setelah membersih dan penggunaan toner. |
|
Bahan-bahan |
Bahan aktif merangkumi peptide, vitamin C, HCA dan AHA. |
Bahan aktif merangkumi peptide, ekstrak tumbuhan, vitamin dan asid penting. |
Kepentingannya |
Serum adalah ‘magic in a bottle’. Ianya bertindak seperti ‘fillers’ kecil yang mengangkut bahan aktif untuk mencerahkan dan meningkatkan kesihatan kulit anda. |
Ampoule tidak sesuai untuk kegunaan seharian. Ianya ideal jika anda perlu merawat wajah dengan cepat. Penggunaan ampoule secara berterusan harus mendapat nasihat pakar dermatologi. |
Kini, anda sudah ketahui perbezaan serta kepentingan ampoule dan serum. Buat anda yang ingin merawat masalah kulit wajah, ikuti senarai ampoule terbaik yang boleh didapati di drugstrore seperti Watsons dan Guardian.
9 Ampoule Terbaik Dari Drugstore Malaysia
Produk keluaran Korea ini menjanjikan tona kulit lebih cerah. Ianya memberi penjagaan tambahan pada kulit untuk memulihkan kesihatan kulit semula jadi melalui perawatan intensif. Adenosine dan Niacinamide menjadikan kulit anda kelihatan berseri dan tahan lasak, manakala ekstrak mutiara dengan sumber adenosin dan mineral yang kaya memelihara kulit.
Dengan harga mampu milik, kini anda boleh mencuba dan merasakan sendiri keberkesanan ampoule. Ianya sesuai untuk kesemua jenis kulit. Ampoule ini menghidrat kulit untuk meningkatkan tona dan penampilan. Anda akan merasakan kulit wajah yang lebih lembut dan licin setelah disapu. Ampoule ini membantu melambatkan proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan.
Ampoule Pure Beauty menawarkan kekuatan bahan semula jadi aktif dengan kesan yang dipercayai. Produk ini menggunakan sistem Hydration Triple Action yang memberi peningkatan hidrasi pada kulit dari dalam ke luar. Ini adalah penyelesaian yang optimum untuk anda dengan masalah kulit kering. Hasilnya? Kulit yang kelihatan lembap, halus, anjal dan sihat.
Elakkan jerawat dengan ampoule ini. Ianya memberi kelembapan yang mendalam sambil menghilangkan garis-garis halus, cela, parut, jerawat, dan kedutan. Ampoule ini diperkaya dengan sodium Hyaluronic Acid berasaskan tumbuhan, ekstrak bunga Chamomilla Recutita dan daun Aloe Barbadensis yang mudah diserap ke dalam kulit.
Ampoule yang menenangkan ini mempunyai konsistensi seperti gel dan membantu mengawal lebihan sebum dan minyak tanpa iritasi atau mengeringkan kulit. Dengan ramuan yang menenangkan seperti Tea Tree, Centella Asiatica dan ekstrak daun lidah buaya, ampoule ini bukan sahaja mengawal minyak malah ideal untuk menghalang pertumbuhan jerawat.
Jalani rawatan intensif selama 14 hari untuk mendapatkan kulit yang sihat dengan ampoule Bio Essence ini. Hanya sapukan 2 kali sehari selepas melakukan proses mencuci muka dan aplikasikan toner. Ianya menyihatkan dan menganjalkan kulit wajah. Selain itu, ampoule ini menjadikan kulit anda lebih glowing dan lembut.
Perangi bintik hitam dan pigmentasi akibat penuaan dan sinaran cahaya UV berlebihan. Selain menyekatakan tona kulit, ampoule ini memberi keanjalan semula jadi dengan memperbaharui kulit agar lebih glowing. Ianya diperkayai bahan aktif dari DN Age Technology yang menyerap jauh ke dalam kulit untuk hasilkan look yang lebih sihat dan kekal hidrat.
Elak iritasi dengan ampoule ini. Ampoule yang calming ini mengelakkan kemerahan, menenangkan kerengsaan dan menyokong toleransi semula jadi kulit dari ancaman luar. Ia menjadikan kulit kelihatan lebih muda lebih lama dengan melindungi dari punca penuaan seperti radang, kemerahan, dehidrasi, sinar UV, pencemaran, dan radikal bebas. Kulit lebih terhidrat dengan kurangnya sensitif, kekeringan dan kerengsaan.
Hapuskan parut dan bekas jerawat dengan ampoule pemutih ini. Selain dari mencerah ianya juga memudarkan cela. Dengan mengandungi niacinamide, ampoule ini membantu untuk mengawal pembentukan melanin. Kulit kusam, bintik hitam, dan parut jerawat juga boleh diatasi dengan ampoule daripada ekstrak mutiara, glutathione dan buah Sea Buckthorne ini.