Ramai yang keliru tentang face mist. Adakah penting untuk memakai face mist? Sebenarnya, face mist adalah salah satu produk yang boleh digunakan samada selepas memakai makeup ataupun ‘bare face’. Jika anda sering berada di luar rumah sepanjang hari seperti bekerja, ke kuliah atau bercuti, face mist akan menjadi bestfriend anda terutamanya buat yang mempunyai kulit kering.
Apakah fungsi face mist untuk kulit wajah anda?
Fungsi face mist ialah sebagai pelembap dan penyejuk wajah. Jika anda sering berada di luar bangunan atau melakukan aktiviti outdoor, face mist akan menjadi penyelamat anda. Buat yang alami masalah kulit kering, face mist dapat beri lembapan buat kulit wajah sepanjang hari. Sesuai digunakan sebelum dan selepas solekan untuk mengelakkan wajah menjadi cakey serta bercapuk.
Ia juga memberikan kulit hasil glowy dan tampak sihat! Mari kita lihat produk face mist yang manakah yang sesuai dengan keadaan kulit kering anda.
10 Face Mist Untuk Kulit Wajah Tampil Hidrasi

Face mist dari Watsons ini diperbaharui teknologi yang menggabungkan 3 sumber semulajadi air mineral iaitu Alpha Glacier Water, Canadian Sea Mud Water dan French Allevard Hot Spring Water. Ianya terkenal dengan bahan semulajadi terbaik untuk kulit wajah (skin-friendly).
Diperkaya dengan French Marine Algae dan asid Hyaluronik, face mist ini melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas. Kulit anda akan bertambah lembut, lembap dan menghalang penuaan.

Jika anda mempunya kulit kering dan sensitif dan tidak mahu melabur lebih untuk produk yang berharga tinggi, Aloe Vera Face Mist ini amat sesuai untuk anda. Diperkaya dengan Aloe vera yang mempunyai sifat meredakan iritasi, menyejukkan dan menenangkan kulit tegang. Juga boleh digunakan selepas sepanjang hari berada di pantai untuk mengelak kulit sunburn.

Diperkaya dengan Vitamin C, minyak Tea Tree dan alga laut, face mist ini membantu mengecilkan pori, mencerah wajah dengan serta merta, mengurangkan sebum dan menghalang pertumbuhan jerawat. Ianya juga memberi kesegaran dan melembap kulit kering, membuatkan kulit wajah anda tampak glowing.
Sesuai untuk remaja yang mahukan sesuatu ringkas dan cepat. Face mist ini lakukan semuanya untuk anda!

Jika anda mempunyai kulit sensitif, nah, ini best friend anda. Ianya dicipta khas untuk kulit sensitif dengan kadar pH yang rendah supaya kulit tidak bertambah kering dan kekal lembap berpanjangan. Memberi sensasi penyejukkan, face mist ini akan membantu mengecilkan pori dan membuatkan solekan kekal tahan lama jika digunakan sebagai setting spray.
Diuji secara dermatologi, face mist ini bersifat hypoallergenic - terbaik untuk yang alami masalah kulit seperti jerawat, ekzema, psoriasis dan roseacea.

Face mist ini diperbuat daripada asid Salicylic untuk memperbaiki kulit bermasalah. Dirumus khas dengan Rubus Coreanus Root Extract untuk memberi lembapan berganda pada kulit wajah tanpa mengeringkannya. Sesuai untuk anda yang alami masalah kulit wajah ‘breakout’ kerana ianya menyejukkan dan menyegarkan kulit.
Diformulasi dengan bahan bebas daripada paraben dan wangian tiruan, kulit anda tidak akan cepat merengsa serta iritasi.

Pasti anda pernah terfikir tentang bagaimanakah caranya jika anda harus memakai semula sunscreen selepas dua jam bukan? Lagi-lagi jika anda memakai makeup ketika itu. Lecehnya terpaksa buang makeup dulu, baru boleh pakai sunscreen lagi.
Nah, ini lah penyelesaianya! Sunscreen spray ini amat sesuai untuk pemakaian kali kedua ketika anda di luar tanpa perlu membuang makeup. Face mist ini bertindak sebagai sunscreen yang memberi perlindungan dari sinar UV ke tahap maksima.

Low pH PHA Barrier Mist membantu mengimbangi kadar pH yang rendah supaya wajah tidak kehilangan hidrasi. Face mist yang diperkaya dengan ekstrak kelapa ini membantu memelihara dan melindungi daripada lembapan tersejat dengan cepat.
Sesuai digunakan untuk yang mengalami kekeringan kulit ekstrem, face mist ini amat sesuai sebagai pelembap tambahan selain serum dan essence. Ini adalah untuk memastikan wajah sentiasa segar, lembap dan anjal.

Segarkan wajah yang kusam dan keletihan dengan face mist ini. Dirumus dengan Vitamin C, dan Aloe Vera, face mist ini akan membantu menghilangkan kesan kusam serta melindungi cela pada wajah seperti parut jerawat. Face mist ini akan mengembalikan kecerahan dan seri wajah semula jadi anda dengan segera!

Dibuat daripada 7 jenis bahan anti-oksidan dan minyak bunga ros, face mist ini akan merevitalisasikan wajah kering dan kusam anda supaya lebih segar serta glowy sepanjang hari.
Diformulasi untuk memperbaiki skin barrier, mengimbangi kadar pH dan juga membaikpulih keanjalan kulit jika digunakan dengan kerap.
Bersesuaian dengan harganya, face mist ajaib ini akan memberi anda kulit yang glowy dan sihat!

Menggunakan kebaikan Vitamin C, face mist ini menjanjikan kesegaran dan lembapan maksimum sambil melindungi wajah dari radikal bebas, pencemaran udara, haba sekeliling dan juga peluh. Face mist ini akan meningkatkan kadar nutrisi kulit untuk kulit kekal segar, glowing dan berseri dari dalam.