Kawasan mata ialah bahagian yang sensitif kerana kulit di sekitar mata sangat nipis dan lembut. Selalunya, solekan yang digunakan pada mata juga yang paling degil untuk hilang kerana mascara dan eyeshadow berformula kalis air dan hanya boleh ditanggalkan menggunakan produk berasaskan minyak.
Bolehkah micellar water menanggalkan kesan makeup kalis air?
Micellar water diformulasi untuk menanggalkan solekan dengan menembusi produk solekan, sekaligus menarik segala kotoran. Disebabkan molekulnya yang kecil, micellar water mampu menembusi solekan kalis air. Maka ianya boleh menanggalkan makeup waterproof walaupun mascara dan lip matte yang susah dicuci.
Ayuh lihat senarai makeup remover untuk solekan mata kalis air dibawah ini;
10 Makeup Remover Untuk Maskara Waterproof
Makeup remover jenama IMAAN bebas alcohol dan amat sesuai dibuat sebagai pencuci solekan ketika anda rushing dan ingin mengerjakan solat.Berfungsi untuk mencuci solekan waterproof dan sekaligus menyegarkan wajah, membuatkan makeup remover wipes ini amat senang digunakan.
Makeup remover wipes ini juga amat unik kerana ianya boleh dijadikan sebagai face mask. Ini disebabkan kandungan cecairyang tinggi membuatkan wipes ini amat melembap pada wajah selepas dibersihkan.
Produk kegemaran semua, Garnier Micellar Water akan membersih solekan waterproof anda dengan satu sapuan sahaja tanpa perlu bilas. Ianya mengandungi bahan aktif yang bertindak sebagai magnet untuk menangkap kotoran solekan pada wajah tanpa perlu mengelap dengan kasar. Formulanya juga bebas pewangi dan akan menenangkan kulit yang teriritasi.
Makeup remover ini menggunakan kuasa micellar water untuk menanggalkan solekan degil pada wajah terutamanya di bahagian mata dan bibir. Diperkaya dengan multi-vitamin dan Triple-Purified Micellar Water, produk ini akan membersih secara mendalam serta menghidrat kulit dalam masa yang sama.
Ianya juga mampu menyedut segala kotoran dan solekan yang menyebabkan pori tersumbat.Kulit anda akan bebas dari kotoran dan tidak lagi menyebabkan kulit tampak kusam.
Dengan formula pembersihan mikronya, produk ini melembutkan lapisan mascara waterproof yang sudah mengering dan sukar ditanggalkan. Rumusan yang berasaskan minyak, memberi sentuhan lembut dan tidak memerlukan anda untuk mengelap bahagianmata secara kasar.
Dengan asid Hyaluronik, produk ini akan melembapkan wajah dan tidak akan membuatkan bahagian mata dan bibir kering dan kulit menjadi tegang
Makeup remover daripada Neutrogena ini tidak mengandungi minyak. Jadi ianya amat sesuai digunakan bagi yamg mempunyai kulit jenis berminyak dan kusam. Makeup remover ini juga amat sesuai untuk mata dan bibir dan tidak akan meninggalkan kesan lapisan minyak yang merimaskan pada mata anda.
Ianya juga berkesan dalam menghapuskan kesan solekan kalis air. Tidak lagi menjadi masalah untuk menanggalkannya dengan sekali sapuan.
Tahukah anda mengenai cleansing balm daripada Clinique yang popular itu? Nah, ini ialah versi wipesdengan fungsi yang samadan kebaikan seperti cleansing balm tersebut. Ianya amat senang digunakan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Tidak mudah mengering dan tahan lama. Formulanya tidak akan menyumbat liang pori anda. Produk ini juga bebas paraben dan pewangi menjadikan ianya sesuai untuk kulit sensitif.
Produk ini menjadi Holy Grail para makeup artis profesional dan ‘beauty guru’ yang amat menggemari produk ini. Ianya oil-infused dan amat senang untuk menanggalkan solekan degil pada mata. Terbaik dalam menanggalkan kesan gam bulu mata palsu dengan senang. Bertekstur ringan membuatkan wajah berasa segar dan tidak melekit selepas menggunakannya.
Dirumus khas bagi kulit sensitif dan juga pemakai contact lens, makeup remover ini mampu menanggalkan maskara dan lipstick waterproof dengan lembut. Ianya memberi kesegaran yang maksima dengan tesktur yang ringan dan tidak mempunyai pewangi supaya kulit tidak merengsa dan kering.
Jika anda tidak menggemari makeup remover berasaskan minyak namun mempunyai kulit jenis kering, nah, produk ini amat sesuai untuk anda. Teksturnya amat ringan dan lembutuntuk kulit terutamanya pada bahagian mata. Cecair makeup remover Mary Kay ini meresap dengan cepat ke dalam produk untuk menanggalkannya dengan berkesan tanpa membuatkan wajahterasa iritasi.
Produk ini juga tidak meninggalkan kesan minyak yang merimaskan dan melembapkan kulit selepas membersih.
Jika anda seseorang yang tidak suka menggunakan makeup remover yang biasa dan normal kerana mengandungi bahan kimia, anda boleh menggunakan produk organik dari jenama Votary ini. Ianya juga bukan sahaja menanggalkan solekan kalis air degil malah juga mampu mengurangkan kesan kulit kusam dan tona tidak sekata.
Makeup remover ini tidak mengandungi bahan pengawet, bahan kimia dan juga cruelty-free ini sesuai untuk menanggalkan maskara kalis air tanpa tinggalkan kesan pada kawasan mata.