Lemak di perut merupakan lemak yang degil dan cara untuk menghilangkannya ibarat bertempur di medan perang. Selain menjadi faktor risiko bagi beberapa masalah kesihatan, lemak di perut yang berlebihan akan membuatkan anda merasa kembung dan kelihatan tidak menarik. Sudah pasti memiliki perut yang flat adalah idaman setiap individu.
Kali ini kami bawakan beberapa cara untuk mengempiskan perut dan restore keyakinan anda. Ayuh kita lihat!
1. Cari alternatif dalam pemakanan – pilihlah bijirin penuh
Apa kata tukar nasi kepada oats? Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil whole grain seperti oats kurang mempunyai lemak yang berlebihan sebanyak 17%. Cuba kaji semula pemakanan anda. Tetapi apa salahnya sekali-sekala, cheatday!

Oats mempunyai kandungan protein yang tinggi, baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi gula, penyebab utama pengumpulan lemak di perut. Mengandungi phytochemicals, oat boleh membantu melindungi tubuh kita dari terkena serangan penyakit kronik seperi kanser. Apa kata kurangkan nasi sekali sekala. Cuba alternatif ini pula.
2. Pilih snacks yang betul
Siapa yang tidak suka makan kudap-kudapan? Tetapi tahukah anda terlampau banyak pengambilan makanan ringan tidak elok untuk kesihatan badan. Bagi anda yang mahukan perut kempis tetapi masih mahu mengunyah kudapan, pastikan pilih snacks yang berasaskan kekacang.

Tukar jajan anda kepada ini. Ianya mengandungi kacang Almond, Pecan, Pepitas dilengkapi dengan buah Kranberi, Bluberi, Goji Beri dan biji Koko. Kesemua bahan ini amat baik untuk kesihatan kerana ianya tinggi serat dan protein untuk diet yang seimbang. Tetapi bagi anda yang alah kepada kekacang, carilah snack serat yang bagus untuk kesihatan.
3. Kurangkan kalori dalam minuman
Kalori dalam minuman boleh didapati dalam minuman bergas, jus yang manis dan minuman energi. Untuk perut lebih langsing, elakkan kesemua minuman ini kerana kandungan fruktos di dalamnya boleh mengakibatkan pembentukan lemak dalam perut. Pilihlah minuman seperti teh hijau yang lebih sihat. Sesuai untuk anda yang sedang berdiet.

Minuman teh hijau kaya dengan antioksida yang baik untuk tubuh. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan kadar metabolisma yang akan membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Wajarlah orang Jepun menggemari minuman ini.
4. Berbelanja untuk supplement seperti minyak ikan (fish oil)
Mulakan amalan pengambilan fish oil untuk mendapatkan nutrisi asid lemak Omega 3 yang secukupnya untuk badan. Ianya membantu mengurangkan penggumpulan lemak pada hati dan rongga perut. Anda akan menjadi lebih sihat dan cergas sepanjang hari!

Fish oil ini diperbuat daripada ikan berkualiti untuk memberi anda penyerapan Omega 3 yang menyeluruh. Ianya tidak mempunyai bauan dan rasa ikan yang hanyir. Selain daripada membantu menghapus lemak degil, ianya juga membantu mengurangkan kolestrol.
5. Minum protein shake
Kita sering menganggap protein shake hanya diminum oleh orang yang pergi ke gym sahaja. Tetapi, protein shake boleh diambil oleh sesiapa sahaja terutama bagi anda yang hendak mengempiskan perut dan menurunkan berat badan. Pengambilan protein yang cukup akan menaikkan kadar metabolisma anda sekaligus mengurangkan selera makan.

Dilengkapi kebaikan whey protein untuk membekalkan nutrisi kepada tubuh, minuman ini boleh dijadikan meal replacement. Ianya akan membuatkan anda berasa kenyang. Minuman ini menjanjikan penyerapan 24gram protein kedalam tubuh untuk hasil slimming yang diidamkan.
6. Kurangkan level stress anda dengan sesi aromaterapi
Stress merupakan punca kebanyakan penyebab penyakit utama dan ianya selalu mengakibatkan kita makan tanpa kawalan. Ianya juga digelar sebagai stress-eating. Stres akan terjadi akibat penghasilan hormon kortisol yang boleh menaikkan selera makan. Cuba kawal stres dengan menggunakan diffuser essential oil dimana sahaja anda berada tidak kira samada di pejabat atau rumah.

Diffuser atau minyak essential amat terkenal dalam keberkesannya menenangkan anda yang stres akibat kerja sepanjang hari. Hanya setitis minyak essential ke dalam diffuser ini, ianya mampu bertahan sehingga 24 jam.
Lebih elok jika anda gunakannya pada waktu malam sebelum tidur. Ini kerana diffuser ini akan melepaskan aroma yang dapat membuatkan anda lebih relaks sambil memberi lembapan pada kulit.
7. Senaman yang konsisten
Perkara utama untuk mendapatkan perut yang lansing adalah senaman. Bersenam secara amnya pasti akan membuatkan tubuh kita lebih fit dan sihat. Lakukan steps senaman khas untuk mengempiskan perut seperti sit-up.

Senaman sit-up merupakan senaman yang agak mencabar untuk dilakukan terutama bagi beginner. Dengan adanya alat ini, anda boleh mengawal pergerakan anda dan melakukan sit-up dengan betul.
8. Berbengkung
Berbengkung atau memakai corset sudah menjadi norma dalam masyarakat Melayu. Ianya menyokong otot perut sekaligus membuatkan anda makan pada kuantiti yang sedikit. Ianya terbukti apabila wanita selepas bersalin memakai bengkung untuk mendapatkan kembali bentuk badan dan perut seperti sebelum mengandung.

Diperbuat daripada kain spandex dan polyester, bengkung 12 cangkuk ini selesa untuk dipakai setiap hari. Anda tidak perlu risau akan bengkung mudah terlipat dan tergulung. Selain menyokong otot perut, ianya juga membantu menyokong tulang belakang agar kita tidak membongkok (slouch).
9. Tidur awal
Tidur awal bukan sahaja membantu anda untuk tidak makan pada tengah malam malah ia juga dapat mengelakkan daripada melambatkan metabolisma badan anda. Jadi jika anda ingin mempercepatkan proses menghilangkan perut buncit, pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 7 jam waktu tidur setiap hari.


10. Jangan tinggal makan
Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan metabolisma badan adalah dengan memastikan anda makan setiap 3-4 jam, ini termasuklah breakfast. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak makan pagi akan mengalami rasa lapar yang ketara sepanjang hari. Pastikan anda mempunyai stok snek yang kaya dengan serat, protein dan karbohidrat kompleks. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sambil membakar kalori pada kadar sekata sepanjang hari.

11. Minum lebih banyak air
Pastikan anda minum air yang mencukupi! Apabila badan tidak cukup air, badan anda akan mula ‘mengumpul’ air dan menyebabkan bahagian perut anda membuncit. Cuba ambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari atau gantikan dengan apa-apa jenis liquid atau cecair yang lain seperti jus buah asli tanpa gula.

12. Makan lebih banyak ‘air’
Apa yang kami maksudkan adalah makan lebih banyak makanan yang mengandungi air seperti buah dan sayuran. Sebenarnya lebih elok jika anda makan buah sebelum makan kerana ia dapat membuatkan anda berasa kenyang dan mengelakkan anda daripada makan dengan lebih banyak. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mempercepatkan proses pencernaan makanan. Makan buah selepas makan pula boleh menyebabkan proses pencernaan lebih lambat dan menyebabkan sembelit yang boleh menyebabkan perut buncit.
13. Ambil makanan berasaskan probiotik
Probiotik adalah bakteria baik yang membantu melancarkan pencernaan makanan sekali gus mengelakkan daripada angin dan membantu anda mendapatkan perut kempis. Bagi memastikan sistem pencernaan yang lancar, Pakar Pemakanan Jonny Owden, pengarang buku The Most Effective Natural Cures on Earth mencadangkan supaya anda mengambil makanan berunsurkan probiotik seperti yogurt, kimci, sup miso setiap hari.

14. Tambah susu pada menu breakfast anda
Makanan yang kaya dengan kalsium terbukti dapat membantu anda mencapai berat yang ideal. Bukan itu sahaja, mineral lain yang terkandung di dalam susu seperti potasium dan magnesium dapat meneutralkan sodium (garam) yang menjadikan perut berangin dan kelihatan buncit.

15. Minum kopi
Berita baik untuk penggemar kopi! Kopi adalah diuretic semulajadi yang bersifat mild dan membantu untuk melawaskan pembuangan air yang berlebihan dalam badan. Kopi juga dapat memberi stimulasi pada usus anda. Pembuangan sisa dari dalam badan yang konsisten dapat membantu mengempiskan perut anda. Kopi style Americano (tanpa gula) adalah pilihan yang terbaik.


16. Berjalan selama 30 minit
Jika anda malas untuk bersenam di rumah atau di gym, pastikan anda berjalan selama 30 min sehari. Ia akan membantu meningkatkan metabolisma anda. Jika anda mempunyai sedikit masa untuk bersenam, lakukan senaman untuk badan secara menyeluruh dan bukan senaman untuk kempiskan perut yang hanya tertumpu pada bahagian perut. Ini kerana pergerakan yang hanya tertumpu pada perut didapati hanya dapat mengumpul otot di bahagian itu tanpa mengurangkan lemak.

Semua langkah ini adalah amat mudah untuk anda praktikkan setiap hari. Jadi apa tunggu lagi? Mulakan perjalanan anda untuk mencapai perut kempis sekarang! Selamat mencuba!
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!