Mempunyai rambut yang beruban adalah disebabkan oleh kandungan Melanin yang tinggi. Rambut yang beruban dan berwarna putih itu bukan sahaja didapati oleh anda yang telah berusia tetapi juga pada yang berusia muda. Keadaan ini disebabkan tidak menjaga rambut dengan baik, gaya hidup tidak sihat dan pelbagai lagi faktor mempengaruhi terjadinya rambut beruban.
Apakah cara terbaik bagi menjaga rambut yang beruban kekal bersinar?
Walaupun anda alami masalah rambut beruban di peringkat usia lebih awal tetapi ianya juga perlu dijaga dengan rapi untuk mendapatkan rambut lebih lembut, lebat dan sihat berpanjangan. Rambut yang beruban mudah rosak dan gugur jika tidak menjaganya dengan sempurna. Maka, penggunaan produk syampu yang terbaik dan bersesuaian adalah satu cara untuk memperbaiki serta menjaga rambut beruban daripada menjadikan penampilan anda tidak menarik.
Jom ikuti senarai produk dibawah untuk mengetahui syampu yang terbaik buat perawatan rambut beruban;
Produk ini merupakan rangkaian syampu yang termurah dan boleh didapati di mana-mana kedai berhampiran anda. Syampu ini mampu untuk melembutkan rambut dengan mengandungi minyak zaitun yang menguatkan akar rambut agar lebih sihat dan menghalang berlakunya keguguran.
Sangat sesuai digunakan untuk anda yang alami masalah rambut beruban dan menginginkan rambut kekal bersinar sepanjang masa.
Shampoo ini secara khususnya dipilih untuk rambut kering dan frizzy yang tidak terurus. Berfungsi untuk menyuburkan rambut, memulihkan kelembutan dan melebatkan rambut. Diformulasi dengan Teknologi Oxyfusion, bahan-bahan yang digunakan oleh produk ini mampu untuk melebatkan rambut. Sangat sesuai digunakan untuk yang alami masalah rambut beruban dan menipis.
Kulit kepala yang dilindungi atau bertutup dalam tempoh agak lama, akan mengakibatkan peluh bercampur dengan minyak secara semulajadi pada rambut dan menyumbang kepada masalah kelemumur. Syampu dari Safi ini mampu menyelesaikan masalah kulit kepala ‘flakey’ dengan bahan aktif seperti mentol ZPT dan Habbatus Sauda. Ianya juga dapat menyihatkan rambut beruban dan mengelakkan kelemumur.
Produk ini mengandungi minyak Argan dan menggunakan bahan 100% semulajadi. Dijamin tidak mengandungi SLS, paraben, minyak mineral, silikon, pewarna tiruan dan lain-lain bahan kimia yang merbahaya. Berfungsi untuk membekal nutrisi ke dalam rambut, menyihatkan dan melembutkan sehingga ke akar umbi.
Syampu ini diperkaya dengan pelbagai ekstrak herba cina termasuk Ginseng, Notoginseng dan Gingko Leaf. Produk ini membuatkan kulit kepala lembut, melegakan, menyuburkan akar rambut dan membantu membaikpulih rambut kering serta rosak disebabkan penggunaan bahan kimia pada rambut. Syampu ini dapat menjadikan rambut lembut serta berkilat, sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut beruban dan sering gugur.
Produk ini merupakan satu campuran istimewa minyak Tea Tree dan bahan agen anti-kelemumur yang berkesan bagi mengelakkan keguguran. Berfungsi untuk menghalang faktor penyebab kelemumur dan menjadikan rambut bertambah lembut. Penggunaan yang kerap membantu mengurangkan gatal-gatal dan rambut gugur serta mencegah kelemumur dari muncul semula.
Sesuai digunakan untuk rambut kering yang memerlukan pelembap dan khasiat tambahan seperti rambut beruban. Kandungan campuran khas herba di dalam shampoo menenangkan kulit kepala dan memastikan rambut anda bebas kelemumur, akar lebih kuat dan mudah diurus.
Shampoo ini boleh didapati dari drugstore berhampiran dan merupakan produk syampu yang berkualiti, mampu untuk melembutkan rambut rosak dan menguruskan rambut kerinting. Produk ini juga mengandungi minyak Argan yang dapat memulihkan rambut rosak akibat penggunaan alatan penggaya rambut terlalu kerap. Sesuai digunakan untuk mendapatkan rambut yang lembut dan bersinar bagi rambut yang beruban.
Produk ini merupakan syampu dengan santan yang sangat bagus untuk menjaga rambut beruban dan merupakan produk mengandungi bahan natural. Produk ini mengandungi bahan- bahan seperti Pro-Vitamin B5, Vitamin E dan ekstrak Peppermint yang akan memberi nutrisi penting pada rambut anda sambil kesegaran yang berpanjangan.
Syampu ini juga tidak mengandungi paraben, SLS dan silikon. Produk ini mampu untuk melebatkan, melembutkan rambut yang kusut, melawan kelemumur dan lain-lain. Sesuai untuk mereka yang beruban untuk mendapatkan rambut yang sihat.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!