Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Sediakan Hidangan Lebih Mudah Dengan 7 Dapur Gas Terbaik Ini

Gas vs elektrik, yang mana lagi best?

Memilih dapur gas yang terbaik semestinya mempunyai rahsia yang anda perlu tahu bukan hanya sekadar membeli kerana jenama dan reka bentuknya sahaja. Tahukah anda pemilihan permukaan badan dapur gas juga sangat penting dan jenis permukaan yang terbaik untuk digunakan adalah tahan karat. Tetapi tidak salahnya sekiranya anda ingin membeli jenis permukaan kaca, yang penting anda tahu untuk menjaganya. 

Selain itu juga, jika anda ingin membeli dapur gas pastikan ianya sesuai dengan jumlah tungku yang diperlukan agar penyediaan makanan lebih mudah dan menyingkatkan waktu. Berikut beberapa jenama dapur gas yang terbaik yang mungkin menjadi pilihan anda.

Bersaiz mini dan murah untuk kegunaan semasa camping serta travelling
mulai
RM39.90
Semak HOMELUX Safety Portable Gas Cooker Stove harga dibawah:

Memasak kini lebih mudah walaupun anda sedang menjalankan aktiviti di luar. Dengan dapur gas jenis ini ia bukan sahaja ringan malahan mudah untuk dibawa kemana sahaja serta dapat dimuatkan di dalam beg galas. Memasak air ataupun makanan ringkas ketika berkelah, kini tidak lagi menjadi masalah.

Dapur gas kecil, sesuai untuk memasak steamboat juga untuk berkelah
mulai
RM50.00
Semak BUTTERFLY Portable Gas Stove - BPG-168 harga dibawah:

Dapur jenis ini sangat sesuai untuk penggunaan memasak juadah seperti steamboat kerana ianya mudah alih dan kecil untuk kegunaan di atas ruangan meja. Ianya dapur yang menggunakan gas butane dan berfungsi sama seperti dapur gas yang lain. Pelbagai hidangan dapat disediakan dengan dapur gas ini dan yang paling menarik ianya sangat murah dan berbaloi.

Dapur gas berkualiti tinggi dan tahan karat
mulai
RM82.10
Semak ELBA Gas Stove with Stainless Steel Body EGS-F7112(SS) harga dibawah:

Dapur jenis 2 tungku ini bukan hanya berbaloi dari segi harganya, malah ia juga dapur yang tahan lama dan digemari. Reka bentuk dan badannya diperbuat daripada keluli tahan karat menjadikan dapur ini mampu bertahan lebih lama. Badan dapur ini jenis tinggi dan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kabinet untuk meletakkan dapur gas ini yang rendah di ruangan sederhana.

Dapur gas kaca – tahan lasak dan tak mudah pecah
RIINO
mulai
RM157.00
Semak RIINO Infrared Gas Stove Tempered Glass Top Gas Cooker - 702i harga dibawah:
add_circle Penunu dapur jenis infrared
add_circle Jimat gas
add_circle Disertakan tiub paip (tebal 1cm)
add_circle Cincin penunu anti-gelincir
remove_circle Saiz berat

Riino dapur kaca tahan lasak yang dilengkapi dengan inframerah dan semestinya selamat untuk digunakan tanpa perlu risau retak atau pecah. Penyediaan makanan di rumah kini lebih mudah dan cepat dengan adanya dapur ini. Dapur Riino juga jenis yang mudah dibersih dan tidak menyebabkan periuk atau kuali anda rosak walaupun bergesel. 

Rupa bentuknya juga agak moden dan sangat sesuai untuk jenis dapur yang ringkas dan sederhana.

Dapur gas tinggi dan besar – sesuai untuk ruangan dapur yang luas
mulai
RM169.00
Semak PENSONIC Table Top Gas Cooker PGC-2201G (6mm Tempered Glass) harga dibawah:

Jika anda suka akan dapur yang besar, mungkin dapur ini bersesuaian dengan cita rasa yang diingini. Ianya dapur kaca yang tahan lasak dan memiliki ketebalan 6mm, malah ia juga direka dengan tungku api berlubang besar. Ini bagi memastikan makanan dapat dimasak dengan lebih cepat. Anda juga tidak perlu risau tentang penjagaannya kerana ia mudah untuk dibersihkan.

Dapur gas besar - sesuai untuk berniaga dan kenduri
mulai
RM85.00
Semak CHELSTAR Cast Iron C30 Automatic Stove Gas Cooker Dapur M21A harga dibawah:

Memasak dalam kuantiti yang banyak semestinya memerlukan dapur jenis ini kerana ianya sesuai untuk kegunaan di luar terutamanya ketika ingin menyediakan juadah kenduri ataupun berniaga. Dengan penggunaan gas tekanan rendah, menjadikannya dapur gas yang lebih jimat. Dapur jenis ini direka dengan lubang api yang banyak bagi mempercepatkan proses memasak.

Dapur gas untuk table top jenis stainless steel terbaik
mulai
RM509.00
Semak MILUX Stainless Steel Body Built-in Gas Cooker Hob MGH-S666M harga dibawah:

Dapur dari jenama ini bukan sahaja ringan malah ia juga tahan karat dan mudah untuk dijaga. Ianya dapur yang direka dengan lubang api kecil tetapi banyak untuk memastikan makanan dimasak agar tidak mudah hangus dan secara menyeluruh dengan api kecil. Bukan sahaja itu, dapur ini direka dengan tungku yang diperbuat daripada tembaga untuk memastikan ianya tidak mudah karat dan mudah untuk dibersihkan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article