Ampoule boleh dikatakan sama seperti serum, cuma mempunyai konsentrasi bahan aktif yang lebih tinggi daripada serum dan juga kebanyakannya tidak mempunyai bahan pengawet kerana cara pembuatan dan bekas botolnya yang kedap udara. Selalunya kulit bermasalah seperti jerawat lebih menjadi sasaran yang tepat bagi menggunakan ampoule kerana ianya dapat membaikpulih kulit dengan pantas. Ianya dapat memudarkan parut pada wajah dan sekatakan tona kulit.
Terkenal dengan keberkesanannya dalam jangka masa yang pantas dan tidak hairanlah mengapa ianya lebih mahal berbanding produk penjagaan wajah yang lain. Ampoule juga dirumus mengikut keperluan kulit terutamanya buat kulit yang bermasalah seperti sensitif dan jerawat.
Ampoule daripada Eunyul ini yang menggunakan pati emas tulen yang mewah namun masih berharga berpatutan. Ianya seperti melumur ‘liquid gold’ ke kulit anda! Dengan berasaskan pati emas tulen 24k, ampoule ini mampu meningkatkan kadar kolagen di dalam kulit supaya masalah jerawat anda akan cepat diperbaiki.
Bukan itu sahaja, ampoule ini juga diperkaya dengan bahan pelembap asid Hyaluronik dan peptide yang membekal lembapan dan membantu membaiki kulit rosak kesan jerawat. Kesannya, kulit anda lebih bersinar, berseri dan glowy dengan kebaikan pati emas tulen!
Ampoule Centella Blemish ini direka khusus untuk kulit sensitif dan bermasalah seperti jerawat. Diperkaya dengan ekstrak daun Cantella Asiatica, ianya akan mengurangkan masalah kulit sementara melegakan kerengsaan. Ampoule ini juga membentuk lapisan perlindungan pada jerawat dengan mengimbangi pengeluaran sebum apabila diserap ke kelenjar minyak kulit.
Dengan menyediakan sumber penghidratan yang tinggi juga, ampoule ini dapat melembutkan, menghalang kulit meradang dan juga memulihkan kerosakan kulit akibat jerawat dengan kesan serta merta.
Pilihlah produk yang mempunyai kandungan minyak Tea Tree dan BHA untuk menghalang dan mengawal minyak serta sebum yang seimbang. Menjadikan kulit wajah anda bebas minyak dan jerawat dari pori besar dengan gabungan bahan ajaib ini. BHA akan membantu menghakis kulit mati dan mendedahkan kulit baru yang jauh lebih bersih, cerah dan sempurna.
Kandungan minyak Tea Tree pulaakan membantu mengeringkan jerawat, membasmi bakteria penyebab jerawat dan menenangkan kemerahan dan iritasi supaya masalah cela anda tidak akan kembali lagi.
Tidak dinafikan, memicit parut jerawat untuk menghilangkannya jauh lebih pantas, namun ini akan menyebabkan parut jerawat yang teruk pada kulit wajah anda. Ampoule daripada Yadah inilah yang akan menjadi penyelamat terbaik. Dengan rumusan Niacinamide dan Stem Cell yang berkesan untuk menjaga tona kulit supaya tetap cerah dan bebas pigmentasi.
Ianya juga berkesan dalam menghalang pebentukan melanin supaya pigmentasi tidak terbentuk. Teksturnya yang ringan dan nipis seperti tidak memakai apa-apa di muka amat membantu anda yang berkulit jerawat dan berminyak untuk selesa dengan menggunakan produk ini.
Ampoule ini digunakan untuk menghilangkan dan merawat jerawat sekaligus menenangkan kulit pedih supaya muka anda tidak kemerah-merahan akibat iritasi daripada jerawat aktif. Produk ini bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic, yang tidak akan menyumbat pori. Produk ini sangat bagus untuk pengguna yang mempunyai masalah kulit terlampau kering, ekzema, proraisis dan rosecea kerana formulanya bebas paraben, pewarna sintetik, minyak mineral serta phenoxyethanol.
Rumusan produk ini juga mengandungi bahan semula jadi seperti minyak Tea Tree, Bergamot, Rosemary, Eucalyptus dan limau yang mempunyai gabungan wangian semulajadi yang menenangkan sekaligus memberi tenaga pada kulit anda.
Sebenarnya Vitamin C juga amat berkesan dalam merawat kulit berjerawat. Ampoule yang diformulasi daripada Vitamin C ini akan meresap jauh ke dalam kulit anda dan mempercepatkan proses pembuatan kolagen supaya kulit yang lama akan cepat mati dan terhakis. Ianya berfungsi untuk mendedahkan kulit baru yang lebih gebu, cerah dan bebas jerawat.
Vitamin C juga membantu mengawal dalam pengeluaran sebum dan minyak serta mampu menarik hidrasi ke dalam kulit. Dengan menggunakan teknologi Potent Blue Phyto Complex, ampoule ini mampu untuk menenangkan kulit meradang dan meningkatkan lembapan pada kulit.
Ampoule terbaik daripada Korea ini terkenal dengan kemampuannya mencerah serta membersih kulit daripada masalah dan cela seperti jerawat. Ampoule ini akan membantu mencerahkan tona tidak sekata, menambah lembapan pada kulit supaya kulit lebih lembap, cerah dan bebas jerawat.
Ampoule ini juga dapat menghalang daripada parut jerawat terbentuk selepas kesemua jerawat menghilang. Jadi, anda tidak usah risau lagi tentag parut jerawat kerana Laneige akan memastikan anda tidak mempunyai masalah yang berulang.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!