Percaya atau tidak, powder foundation sebenarnya adalah pilihan terbaik buat kamu yang inginkan kemasan semula jadi. Ini kerana, kebanyakan powder foundation hanya menggunakan tekstur lembut, selamat dan tidak mengandungi bahan pengawet berlebihan yang mungkin dapat mengeringkan kulit atau lebih parah, menimbulkan kesan kedutan pada usia muda.
Tidak seperti kebiasaan foundation jenis cecair, powder foundation ini juga membantu mengawal akses minyak berlebihan serta mengekalkan solekan berpanjangan walaupun sedang berpeluh atau berada di bawah sinaran matahari.
Sesuai untuk dipakai setiap hari terutamanya buat kamu yang perlu berhadapan dengan masalah kulit berminyak. Oleh itu, kami himpunkan senarai powder foundation terbaik untuk kamu cuba dan lihat kesannya sendiri;
Walaupun dengan harganya mampu milik, SilkyGirl Magic BB powder foundation serba lengkap ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat untuk kulit kekal bercahaya dan sempurna. Mengandungi B-White, ekstrak campuran berries seperti Strawberry dan Blueberry serta Thanaka Powder yang mencerah, melancar dan melembapkan kulit selepas aplikasi.
Dirumus dengan Vitamin E dan Silica, powder foundation ini juga bebas daripada sebarang alkohol serta wangian, menyembunyikan pigmentasi dan membantu mencerahkan tona kulit dengan penggunaan secara konsisten.
Maybelline's Fit Me Matte + Poreless Powder adalah salah satu solekan asas terulung yang menawarkan hasil kemasan sempurna. Dengan kandungan serbuk baldu mikro halus serta SPF 32 PA+++, ia sangat lembut dan mesra pada wajah, serasi buat kamu yang mempunyai kulit berminyak.
Formulanya yang halus, terasa selesa apabila disapu pada kulit dan mampu bertahan sehingga 24 jam. Didatangi dengan 8 tona pilihan berbeza, tiada sebab untuk mengapa anda tidak memilikinya!
Powder foundation khas dari Mary Kay adalah serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Tahan lama serta dan mudah uuntuk digunakan, memberi hasil kemasan matte yang menawan.
Diuji secara klinikal, powder foundation bersifat mineral ini sesuai untuk anda yang mengalami kulit sensitif. Diformulasikan bebas minyak, wangian serta paraben. Didatangi dalam 6 tona pilihan, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit yang sempurna berpanjangan.
Dengan kompaknya yang kecil dan mesra pengguna, powder foundation dari Revlon ini mempunyai formula yang direka khas dan diuji di bawah lampu serta lensa kamera berdefinisi tinggi bagi menghasilkan penampilan kulit yang sempurna
Tekstur serbuknya juga halus dan lembut. Disalur dengan serbuk mikro SPF19, ia berupaya mengawal minyak dan ketidaksempurnaan pada kulit dan memberi kilauan berpanjangan. Untuk liputan yang lebih menyeluruh, gunakannya bersama primer.
Siapa yang tidak kenal dengan bedak asas terkemuka ini? Studio Fix Powder klasik dari MAC ini menjadi buah mulut ramai kerana ia memberi hasil yang sangat mengagumkan terutamanya kepada kulit berminyak. Ianya membantu mengunci akses sebum serta berupaya menutup kesan cela. Produk ini bertujuan membantu meningkatkan tekstur kulit dan memberi liputan sempurna.
Tahan lama, mesra foto dan tidak mengeringkan, bedak asas ini mampu mengekalkan kelembapan serta mengawal minyak berterusan sehingga 12 jam. Untuk hasil lebih menawan, gunakan powder foundation ini bersama span atau berus kabuki.
Dikuasakan oleh tanah liat Amazon, bedak asas dari jenama Tarte ini diperkaya dengan batu permata semula jadi yang memberi perlindungan kalis air sehingga 12 jam. Asas inovatif ini menggunakan sistem terbaik bagi melengkapi keperluan kulit, menjadikan kulit tampak lebih sihat, bersinar dan sempurna.
Bahan-bahan semula jadi seperti Tourmaline, Pearl Powder dan ekstrak Camellia Leaf diproses untuk memberi manfaat antioksidan, membantu penambahbaikan kulit anda serta memberi tenaga untuk penghasilan yang lebih cerah dan berseri!
Powder foundation dari Estee Lauder yang serbaguna ini boleh dipakai sebagai asas solekan mahupun begitu sahaja. Dengan agen perlindungan khusus, ia memberi penjagaan dan daya tahan yang tiada tandingnya pada kulit anda sepanjang hari.
Dihasilkan dengan tekstur yang lembut, ia mampu mengawal minyak, menyembunyikan tompok kering serta garis halus. Produk ini juga sesuai untuk kamu yang alami kulit kering atau kesan retinol kerana tidak menyebabkan pengelupasan dan iritasi. Hanya sapukan pada zon T atau kawasan cenderung minyak, kulit anda akan nampak lebih bermaya.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!