Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Bergaya Bagai Selebriti Setiap Hari dengan 8 Minyak Rambut dibawah RM30

Penampilan anda pasti menjadi tumpuan orang ramai

Adakah minyak rambut baik untuk rambut?

Penjagaan rambut dengan memakai minyak rambut yang betul sangat penting agar mahkota terpenting anda kekal sihat dan kuat. Urutan kulit kepala dengan minyak rambut dapat membantu peredaran darah di kepala. Minyak rambut juga dapat mengahalang cahaya matahari daripada merosakkan rambut dan membuat rambut anda nampak berkilat. 

Berikut beberapa jenis minyak rambut yang kami syorkan untuk mendapatkan rambut yang diidamkan.

Sesuai untuk yang memiliki jenis rambut kembang atau frizzy
Semak L'Oreal Elseve Extraordinary Oil For Dry Hair (100ml) harga dibawah:

Penjagaan rambut untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat amat diambil kira oleh para wanita. Dengan minyak rambut luar biasa dari jenama L’Oreal ini,, ia mampu membaik pulih dan melembutkan rambut yang kusut serta tidak terurus. 

Bukan sahaja itu malahan ia juga minyak yang memastikan lembapan pada rambut anda sentiasa kekal tanpa pengeringan walaupun terdedah di bawah sinaran UV. Minyak rambut ini sangat menakjubkan kerana memberi hasil rambut lebih berkilau dan lembut dengan bauan yang menyenangkan untuk sepanjang hari.

Mengandungi coconut oil, berkesan untuk hilangkan kelemumur
Semak FRANCH Herbal Hair Oil Coconut harga dibawah:

Franch Oil adalah minyak rambut yang diperkaya dengan minyak dari ekstrak inai, kelapa dan kastor yang membantu dalam menguatkan rambut sehingga ke akar umbi. Ianya juga minyak rambut yang mengandungi kelapa, dapat membantu untuk melebatkan rambut dan memberi hasil rona rambut lebih gelap. 

Sesuai digunakan untuk menghapus kelemumur dan memastikan rambut lebih kuat serta bebas dari keguguran yang banyak.

Minyak rambut dari drugstore – memberi lembapan untuk jenis rambut kering
Semak WATSONS Argan Hair Oil Treatment harga dibawah:

Minyak rambut ini berkesan dalam merawat rambut yang kering agar ianya kembali dan bermaya. Diperkaya dengan minyak Argan, ianya memastikan rambut anda mendapat nutrisi yang diperlukan secukupnya. 

Produk ini juga tidak menyebabkan rambut berminyak tetapi ianya memastikan rambut anda berkilat dan tidak lagi kusut. Dengan haruman yang mewangi, semestinya membuatkan anda lebih yakin untuk penggayaan rambut berbeza setiap hari.

Sesuai untuk melebat dan memanjangkan rambut dengan cepat
Semak Indus Valley BIO ORGANIC 100% Natural Growout Oil For Hairs (100ml) harga dibawah:

Minyak rambut ini diperkaya dengan ramuan herba dan bagus dalam membantu rambut yang bermasalah seperti kelemumur, kulat ataupun rambut kurang lebat. Ianya dapat melebatkan serta menguatkan akar agar penumbuhan rambut yang lebih sekata. 

Ianya juga minyak rambut yang memberikan kekuatan pada rambut agar tidak mudah gugur. Minyak rambut herba ini selamat untuk digunakan dan dijamin bebas dari bahan terlarang.

Berkesan digunakan untuk melurus rambut agar penampilan anda sentiasa cantik
Semak LUCIDO-L Hair Vitamin Oil (Dry Hair) 50ml harga dibawah:

Minyak rambut dari jenama Lucido-L ini, didatangi dalam 3 jenis sesuai mengikut pilihan anda. Ianya baik untuk anda yang memiliki jenis rambut kering, rosak atau normal. Minyak yang diperkaya dengan vitamin A, C, E dan ekstrak minyak zaitun ini, bagus untuk merawat rambut agar kelihatan lebih lembap, licin dan berkilat sepanjang masa. 

Ramuan ekstrak Alpukat yang dirumus khas untuk rambut kering ini berkesan bagi memastikan nutrisi yang secukupnya diperoleh buat rambut kering agar kekal lembap. Kini, anda boleh mendapatkan rambut yang cantik sempurna dengan minyak rambut ini.

Mengandungi minyak Argan – menguatkan akar dan meresap terus ke akar umbi
Semak MORROCON Argan Oil harga dibawah:

Minyak rambut ini diperkaya dengan ekstrak minyak Argan yang tinggi dengan kandungan Omega 6. Ianya memastikan rambut kekal terurus dan berkesan untuk menguatkan akar rambut anda. Bukan sahaja dapat menyihatkan rambut dari akar umbi hingga ke hujungnya tetapi ia juga dapat membuatkan rona rambut lebih berkilau dan gelap. 

Minyak rambut dari Morroco ini juga membantu dalam melebatkan rambut anda dan jenis tidak melekit serta mudah meresap ke dalam kulit kepala agar hasilnya lebih sempurna.

Minyak rambut dengan ekstrak Aloe Vera – rambut kelihatan lebih bermaya
Semak Parachute Advansed Aloe vera Enriched Coconut Hair oil (250ml) harga dibawah:

Dirumus khas dengan minyak kelapa dan ekstrak lidah buaya, ianya minyak yang menyihatkan serta membantu untuk melindungi rambut anda dari akar hingga ke hujungnya. Minyak ini juga berkesan dalam menjadikan rambut lebih lembut serta mudah diurus. 

Selain itu, ia turut membantu untuk mengatasi masalah kelemumur dan juga dapat menguatkan rambut anda. Gunakan minyak rambut ini secara konsisten, anda akan mendapatkan hasil yang tidak ternilai.

Minyak untuk rambut keriting – tiada lagi masalah rambut kusut
Semak ELLIPS Hair Vitamin - Hair Recovery (Jojoba Oil) harga dibawah:

Ellips memastikan rambut anda sihat, dilindungi dan kelihatan bersinar sepanjang hari. Ianya minyak rambut yang menembusi ke dalam rambut untuk memastikan ianya sentiasa lembap dan licin. Diperkaya dengan minyak Jojoba yang tinggi dengan kandungan Vitamin A dan E untuk memastikan rambut anda dilindungi daripada sinaran UV.

Sesuai buat anda yang memiliki jenis rambut ikal, lurus atau keriting bagi memudahkan penggayaan rambut setiap hari. Boleh juga digunakan pada rambut yang berwarna bagi menjaga ronanya agar tidak luntur dan membuatkan rambut anda menjadi rosak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article