Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Earphone Terbaik Untuk iPhone 7 di Malaysia

iPhone 7, smartphone pertama dari Apple tanpa bicu audio sudah dilancar dekat setahun. Kalau anda pengguna iPhone 7 mungkin anda sudah biasa tanpa bicu atau masih menunggu model baru dari Apple yang akan dilancar dengan bicu audio.

iPhone generasi baru yang akan dilancar tahun ini - iPhone 7S (ataupun 8, X) akan diumum dalam masa sebulan sahaja, tapi yang berdasar kepada apa yang kita tahu, bicu audio semestinya tidak akan kembali kali ini.

Kalau anda belum ada lagi headphone wireless untuk iPhone anda, kami di sini mempunyai satu senarai headphone wireless yang terbes di Malaysia.

Semak Jaybird X2 Sports harga dibawah:

Jaybird X2 adalah earphone dalam-telinga (in-ear) stail rantai leher yang selesa dipakai, tahan peluh, bekas yang baik dan hayat bateri yang panjang. Paling penting, suara dari earphone agak baik dengan sambungan wireless yang stabil.

 

Semak Apple Airpods harga dibawah:
add_circle Airpod paling murah
add_circle Sesuai semua jenis iPhone
add_circle Selesa dipakai
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tiada bass kuat

Headphone wireless dari Apple bukan saja sangat ringan, sambungan wireless dia pun amatlah stabil. Selain itu, Airpods juga akan menyambung secara automatik kepada produk-produk Apple yang berlainan. Selain itu, ia datang dengan bekas caj yang padat.

Akan tetapi, berbeza dengan headphone lain, ia tidak mempunyai fungsi mengawalan kecuali Siri. Design dia pun… kelihatan sedikit pelik.

 

Semak Creative Sound Blaster Jam harga dibawah:

Creative Sound Blaster Jam adalah headphone dalam-telinga (in-ear) Bluetooth yang murah, ringan, dengan keselesaan dan bunyi yang baik, dengan harga yang amat berpatutan. Ia juga mempunyai hayat bateri yang baik (12 jam). Walaubagaimanapun, suara semasa membuat panggilan tidak begitu baik, dan rekaannya mungkin terlalu biasa bagi sesetengah orang.

 

Semak Jabra Move Wireless harga dibawah:

Jabra Move Wireless merupakan salah satu pilihan dengan harga paling berpatutan untuk headphone wireless. Ia dilengkapi dengan mikrofon dan hayat bateri sepanjang 12 jam. Jabra mendakwa Move Wireless tahan debu dan mempunyai mikrofon yang baik bagi mereka yang baru sahaja memulakan hidup tanpa wayar.

Ekstra: Headphones Bluetooth Wayarles Yang Terbaik

 

Semak Skull Candy XT Wireless harga dibawah:

XT Wireless merupakan earphone jenis earbud untuk sukan dan tahan peluh. Ia dilengkapi teknologi Microsport dan Triplelock Tech, ia mempunyai rekaan yang ringkas, tetapi masih selesa dan ketat, tidak akan lagi earphone jatuh semasa jogging! Ia datang dengan hayat bateri sepanjang 6 jam dan anda boleh membuat panggilan, tukar lagu atau volume dengan kawalan OnBoard.

 

Semak Plantronics Backbeat Pro harga dibawah:

Fokuskan anda dalam muzik dan halangkan bunyi bising semasa bekerja, holiday atau bersantai. Plantonics BackBeat PRO datang dengan teknologi wireless serta teknologi pembatalan suara (noise cancelling) yang membolehkan anda enjoy muzik tanpa gangguan bunyi luar. Ia mempunyai hayat bateri sepanjang 24 jam tanpa henti.

 

 

Semak V-Moda Crossfade Wireless harga dibawah:

V-Moda Crossfade Wireless menawarkan suara yang baik tidak kira dalam mode wireless ataupun kabel, dengan hayat bateri sepanjang 12 jam. Ia mempunyai bekas yang kuat dan perisainya boleh ditukar dan ubahsuai.

Crossfade wireless boleh tahan lasak, tetapi ia juga agak berat. Untuk keselesaan maksimum, anda boleh membeli XL cushions, aksesori yang dijual berasingan.

 

Semak Sony MDR-1ABT harga dibawah:

Sony MDR-1ABT adalah headphone Bluetooth yang tidak kompromi atas kualiti bunyai ataupun teknologi dalamnya. Tidak banyak yang boleh dikritik walaupun dengan pandangan tradisional - ianya amat selesa, kualiti bunyi terbaik dan reka bentuknya pun agak cantik. Walaupun harganya lebih tinggi berbanding dengan yang lain, jika anda mesti dapatkan kualiti yang terbaik, inilah pilihan anda.

 

Semak Bose Quietcomfort 35 harga dibawah:

Bose QuietComfort 35 menggabungkan teknologi pembatalan bunyi aktif dengan teknologi Bluetooth wireless dalam rekaan yang selesa dan boleh dilipat. Kualiti bunyi boleh dikatakan amat baik untuk Bluetooth, dengan suara yang amat hebat walaupun semasa membuat panggilan. Ia juga boleh disambung melalui kabel jika bateri kering.

Akan tetapi, baterinya tidak boleh ditukar dan ia agak berat berbanding dengan Quietcomfort 25.

 

Semak Plantronics Blackbeat Fit harga dibawah:

Plantronics BackBeat Fit adalah headset stero dengan mikrofon wireless yang amat ringan, tahan peluh serta suara yang agak baik. Ia cukup ketat di telinga dan agak selesa dipakai. Ia juga datang dengan armband reflektif untuk handset yang juga boleh diguna sebagai bekas headphone. Akan tetapi, semasa berlari, kord headphone di belakang leher mungkin ada berasa tidak selesa untuk sesetengah pengguna.

End of Article