Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Masalah yang Dihadapi Oleh Orang Malaysia Semasa Merancang Percutian

Bagaimana anda menggambarkan percutian yang sempurna? Adakah ia di mana anda hanya perlu berkemas, kunci pintu, duduk di atas kapal terbang dan menikmati seminggu yang menjadi pengalaman yang dirancang dengan baik dan bebas tekanan?

Sekarang ia bukan lagi menjadi mimpi. Kerana kita tahu, pada hakikatnya, seseorang yang mempunyai keperibadian organisasi yang berlebihan akan mengeluarkan senarai panjang perkara yang perlu difikirkan sebelum melakukan perjalanan seterusnya.

Biasa dengar tak soalan-soalan ini?

Tinggal kat mana? 

Jika tak dapat melihat ke mana saya nak pergi - ia terlalu jauh! Mari mengaku je, sebagai rakyat Malaysia kita lebih suka yang tak perlu berjalan terlalu banyak walaupun ia untuk makanan. Juga, lagi baik kalau dapat tempat yang berhampiran dengan bandar, 5 minit sahaja ke pantai, di mana-mana tempat yang selamat dan tenang dan dengan gerai-gerai yang berhampiran! Ya, kita nak semuanya.

Adakah kita akan digigit pepijat?


Tahap toleransi semasa menginap di hotel:

Resepsi kurang ajar – boleh toleransi
Bilik mandi kotor - jijik
Kerosakan penghawa dingin– rasa nak marah
Cadar kotor –Keluarkan saya dari sini! Dan bayar balik duit!

Baik, kami faham , menjadi polis penyemak hotel sememangnya sesuatu.

Apa untuk makan malam?


Mak nak sushi, ayah nak stik dengan kentang goreng, saya nak puding coklat - jadi siapa yang menang? ...MESTILAH SUSHI!

Jadi, kita mahu makan di mana tadi?


Bolehkah anda cari di peta Google? Patutkah kita sampai lebih awal untuk mengelak dari ramai orang? Berapa jauh lagi? - Semua masalah ini hanya untuk menunjukkan kesetiaan Malaysia kepada makanan mereka dan perut! Sebab apa guna bercuti kalau tiada makanan yang enak?

Terlebih belanja la, macam mana?


Tidakkah kita semua takut dengan klasik "Tetapi saya nampak  ini dan saya perlu mendapatkannya!" Atau "Saya hanya lalu dan lihat beberapa orang yang mencuba sesuatu aktiviti dan saya kena melakukan itu juga!" Sebelum anda tahu, anda mengeluarkan lebih banyak wang dari ATM dari yang anda sepatutnya belanja.

Dan mungkin meningkat sebab jumlah anak-anak juga, bukankah?

Siapa yang menjaga anak-anak?


Adakah ada sesuatu untuk dia makan? Adakah ada sesuatu untuk dia buat? Adakah ia selamat untuk mereka?

Apabila anda mempunyai anak-anak, mereka ibarat dunia. Dan biasanya bermakna merancang setiap percutian di sekitar mereka, bukankah? Sekarang kalau anda boleh mengambil pengasuh sementara atau apa-apa.

Siapa yang memandu?


Kerana siapa yang rasa ia menarik untuk merempuh lalu lintas, mencari jalan asing dan mengira kos petrol dan tol semasa mereka tengah bercuti? Dan untuk membuat sesuatu lebih teruk, jika anda pergi ke sebuah negara yang menggunakan bahasa yang berbeza, ia boleh menjadi sukar untuk anda mencari jalan di sekitar sistem pengangkutan awam – sebab kerumitan adalah apa yang anda cari dalam percutian.

Adakah saya akan dapat mengalami budaya mereka?


Mungkin anda ingin meninggalkan semua benda pelancong  yang tipikal dan betul-betul hendak serasikan diri dalam budaya tempatan - masuk ke pasar, bercakap dengan orang, menikmati pantai, tinggal di rumah inspirasi seni bina tempatan kerana merasai budaya baru adalah yang membuatkan percutian anda lebih bermakna.

Bolehkah saya menemui tempat Insta yang menarik?


"Adakah ini sesuai untuk Instagram feed saya?" Media sosial sudah menjadi salah satu daripada pengaruh terbesar kita dalam memilih destinasi perjalanan, dan anda ingin menyalahkan kita? Sesetengah memuat naik gambar yang indah, tenang, dan gambar yang menakjubkan yang  membuatkan sesiapa sahaja ingin berada di sana!

Siapa yang membuat jadual perjalanan?


Selalunya banyak aktiviti yang ingin dilakukan (atau tidak cukup?) Dan merancang apa yang perlu dilakukan atau lihat adakah setiap hari boleh mengambil banyak masa dan penyelidikan. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita sanggup menanggungnya untuk mengelakkan dari terjejas dengan harga yang terlalu tinggi, elakkan dari aktiviti yang tidak selamat dan pengalaman buruk dan perlu meminta bayaran balik sekiranya kita mengubah fikiran.

Adakah anda menyemak ulasan?


Kita tahu setiap laman web akan mempunyai pujian yang mulia untuk penginapan mereka, restoran dan lawatan tetapi bolehkah anda percaya dengan apa yang mereka katakan? Maksud saya,adakah mereka benar-benar menikmati di sana?

Buang tekanan dan nikmati pengalaman

Jika tertekan tentang semua perkara di atas, kenapa tidak membuat perjalanan seterusnya ke salah satu Club Med?

Sama ada anda berkeluarga, berpasangan atau pengembara solo, tiada alas an untuk anda  menikmati diri anda di lokasi eksotik Club Med. Yakinlah bahawa anda akan menerima penginapan perkhidmatan kelas pertama, yang terletak hanya berhampiran untuk penjalan kaki dari pelbagai tarikan seperti lapangan ski Sahoro di Club Med Sahoro Hokkaido, Jepun, dan pantai pasir putih yang murni di Club Med Kani, Maldives. Sekolah Sukan Club Med juga menawarkan pelajaran untuk semua peringkat untuk pelbagai sukan dengan jurulatih yang dipercayai, jadi anda dan orang yang tersayang  tidak perlu risau tentang ketinggalan atau membahayakan keselamatan anak-anak anda ketika menyertai aktiviti tersebut.

Suka menikmati minuman dan makanan aliran percuma tanpa perlu membayar lebih? Tambah dengan melihat matahari terbenam di tepi pantai atau berbaring di tempat tidur atas air, anda akan merasakan diri anda tidak mahu meninggalkan syurga itu.

[embed width="450]https://www.instagram.com/p/BbCqdFHh0oC/[/embed]

Adakah kami pernah menyebutkan bahawa kemana sahaja anda paling adalah saat Insta-indah yang bernilai? Resort Club Med dikelilingi oleh kecantikan semulajadi yang subur dan senibina inspirasi tempatan yang indah yang pasti menarik perhatian kepada Instagram feed anda.

Anda tidak perlu risau tentang menghiburkan anak-anak anda, Club Med GO (Gentil Organisateur) mempunyai kelayakan penjagaan anak dan mampu menjaga anak-anak anda, hiburkan mereka dengan pelbagai sukan dan aktiviti untuk menjadikan mereka sibuk, sementara anda dan pasangan keluar ke bar untuk satu atau dua martini.Pilih ia untuk waktu petang dan nikmati makan malam di salah satu dari restoran yang menyajikan masakan antarabangsa. Jika si kecil masih mempunyai tenaga, mengapa tidak menikmati salah satu persembahan malam untuk keluarga anda?

Jadi, jika anda mencari percutian yang tidak dirancang, tetapi masih mempunyai semua pilihan di hujung jari anda, lihatlah tawaran hebat ini yang telah ditawarkan oleh Club Med di Lazada sekarang!

End of Article