Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Servis VPN Terbaik Untuk Lancarkan Kerja, Netflix & Gaming!

Layari internet dengan lancar dan selamat!

Table of Contents

Apa fungsi VPN?

Virtual Private Network atau VPN berfungsi dengan memberi privacy pada data dan memberi anda terowong khas yang membolehkan data dapat dielakkan daripada dikesan oleh pembekal internet mahupun penggodam. Secara ringkasnya, dengan kehadiran VPN, keselamatan anda atas talian akan lebih terjamin (safety) . Ia juga membantu anda untuk melayari internet dengan lancar (speed). 

Di samping itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan atas talian yang hanya boleh diakses di luar negara kerana ia menyambungkan talian anda kepada server di negara tersebut.

Kini, internet menjadi medan penyimpanan pelbagai data peribadi yang sensitif dan VPN pula menjadi satu alternatif yang penting bagi melindungi data peribadi. 

Adakah penggunaan VPN dibenarkan di Malaysia?

Penggunaan VPN di Malaysia adalah dibenarkan dan tidak melanggar undang-undang. Hal ini adalah berbeza dengan beberapa buah negara luar yang melarang penduduknya menggunakan VPN. Namun, pengguna VPN perlulah mematuhi undang-undang yang berkaitan dengannya. 

Sebagai contoh, seseorang itu tidak boleh menggunakan VPN sebagai cara untuk mendapatkan barangan terlarang melalui internet.

Jika didapati bersalah, individu tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. Hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun ataupun kedua-duanya sekali. Jadi, elakkan daripada penyalahgunaan VPN. Ayuh lihat VPN terbaik di Malaysia;

NordVPN 

 

  • VPN dengan review terbaik daripada para pengguna 
  • Price: Percuma | Dari RM15.00 sebulan

NordVPN adalah jenama VPN yang paling popular dalam kalangan pengguna di pasaran Malaysia. Bukan sahaja kerana interface nya yang kemas, ia juga mempunyai 5,000 server (dan banyak lagi dalam proses penambahan) di 60 negara dengan performance lebih daripada sederhana seperti yang direview oleh pengguna. Terdapat pelbagai online reviewer and Youtuber popular yang memberikan review positif bagi servis VPN ini.

Tambahan lagi, sehingga 7 device boleh digunakan bagi 1 account dan berfungsi dengan baik untuk semua platform OS, Android, macOS serta Linux. NordVPN juga boleh digunakan di negara-negara yang mempunyai sekatan untuk melayari internet. 

Bagi memberikan jaminan keselamatan yang kukuh kepada pengguna, NordVPN bukan sahaja menggunakan military-grade encryption (penyulitan bertaraf tentera) malah memastikan encryption berganda. NordVPN juga menawarkan Peer to Peer (P2P) server untuk menjamin keselamatan dan memberikan anda ketenangan dan keyakinanan untuk melayari internet dengan selamat. 

HMA VPN

  • VPN yang mampu merangkumi banyak negara
  • Mulai RM 7.00 sebulan

HideMyAss VPN adalah VPN yang mampu merangkumi sehingga 190 negara berbeza dengan kebanyakan pembekal VPN yang hanya menumpukan kebanyakan server mereka di Eropah, Amerika atau bandar-bandar besar di Asia. Ini memberi anda akses kepada negara-negara yang jarang diliputi oleh server VPN seperti Greenland, negara-negara Afrika serta negara-negara pulau seperti Maldives, kepulauan Coco serta Mauritius. 

VPN ini turut mampu diakses oleh Korea Utara! Beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu ialah VPN ini tidak mempunyai sokongan khidmat pelanggan atas talian serta tidak mempunyai sokongan Netflix walaupun mempunyai kelajuan yang agak bagus.

Zenmate

  • VPN untuk Mac OS
  • Mulai RM 7.32 sebulan

Zenmate adalah VPN yang berpengkalan di Jerman. Ia mempunyai tahap keselamatan yang baik. Ianya akan menyulitkan data anda ketika melayari internet dan boleh menggunakannya untuk mengakses Netflix dan perkhidmatan Torrent tanpa gangguan

Kelajuan internet yang dibekalkan juga cukup stabil. Walaupun bantuan atas talian secara langsung tidak diberi, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan melalui email dan mereka akan membalas email anda secepat mungkin.

SurfShark

  • VPN untuk Netflix - tonton rancangan kegemaran anda!
  • Mulai RM 8.67 sebulan

Jika anda hanya mahukan VPN untuk membolehkan anda untuk mengakses kandungan Netflix di luar negara, disarankan untuk anda mendapatkan Surfshark. Apa yang menariknya ialah VPN ini agak murah jika dibandingkan dengan pembekal VPN lain. Ia juga mempunyai kelajuan yang stabil serta mempunyai sokongan atas talian. 

Dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan yang berguna seperti ‘kill switch’ dan juga pelbagai jenis penyulitan untuk memastikan data anda selamat semasa melayari internet.

IPVanish

  • VPN khas untuk IOS- sesuai untuk iPhone dan iPad anda
  • Mulai RM 14.20 sebulan

IPVanish adalah antara pilihan mantap untuk pengguna peranti Apple. Ia mempunyai banyak server iaitu 1300 serta bilangan IP address. Ia membolehkan and melayari internet sambil menyambungkan peranti anda bagi memastikan kelajuan internet yang stabil. 

Ianya dilengkapi dengan protokol keselamatan yang agak bagus merangkumi IKEv2 dan IPSec serta ia tidak merekod sebarang aktiviti anda. Kelemahan VPN ini ialah ia tidak mempunyai fungsi ‘kill switch’.

PureVPN

  • VPN dengan bilangan server yang banyak
  • Mulai RM 14.50 sebulan

PureVPN adalah antara VPN yang mempunyai bilangan server yang terbanyak di dunia. Ia mempunyai lebih 3000 server keseluruhannya. Ia mempunyai pelbagai fungsi yang ekstra serta senang digunakan. Selain itu, ia juga mempunyai sokongan torrent serta Netflix. 

Akan tetapi, PureVPN tidak sesuai digunakan jika anda tidak mahu dijejak langung dalam penggunaan internet. Namun, harganya yang berpatutan menjadikan VPN patut diberi perhatian.

TunnelBear

  • VPN untuk Android - aplikasi interaktif yang senang digunakan 
  • Mulai RM 14.51 sebulan

TunnelBear mempunyai pelan percuma yang berkuota iaitu 500MB. Walaupun kuota ini agak sedikit, anda boleh menambah kuota sebanyak 1GB jika anda berkongsi tentang VPN ini di media sosial. Ia sesuai digunakan oleh mereka yang tidak menggunakan VPN secara intensif. 

Antara penggunaan aplikasi dari Android juga mudah digunakan kerana ianya juga mempunyai liputan negara yang agak meluas dengan kualiti privasi terbaik di antara VPN.

WindScribe VPN

  • Vpn sebagai extension Chrome
  • Mulai RM 17.78 sebulan

Jika anda hanya memerlukan VPN untuk digunakan hanya Bersama chrome, direkomendasi untuk anda mendapatkan Windsribe VPN. Ianya mempunyai pelan percuma yang akan memberi data 10GB jika anda daftar menggunakan email dan 2GB jika tidak. 

Anda juga akan mempunyai akses kepada 10 server yang berada di pelbagai negara. Jika anda mahu menaiktaraf pelan anda kepada pelan premium, ia juga menawarkan sistem keselamatan yang agak baik serta kelajuan yang lebih stabil.

TorGuard

  • VPN dengan internet stabil untuk Mobile Legends
  • Mulai RM 18.17 sebulan

Kelebihan utama IPVanish ialah ping serta kelajuan internet yang agak stabil di Malaysia. Ini sesuai digunakan jika anda sedang mencari VPN untuk membolehkan anda bergaming Mobile Legend dengan stabil. 

Ia juga mempunyai status keselamatan yang baik di mana pengguna boleh memilih tahap penyulitan yang diperlukan. Torguard juga menyokong pelbagai platform seperti Android, Ios, Mac dan Windows.

ExpressVPN

  • VPN dengan internet laju dan stabil
  • Mulai RM 29.01 sebulan

Bagi memastikan pengalaman yang terbaik anda boleh menggunakan ExpressVPN. VPN ini adalah antara yang terbaik di seluruh dunia. Ia mempunyai banyak server iaitu melebihi 3000 dan meliputi 94 buah negara. Ia juga mempunyai sokongan khidmat pelanggan 24 jam sehari serta boleh digunakan dengan pelbagai perkhidmatan seperti Netflix, Hulu, Torrent dan sebagainya. 

Mempunyai fungsi ‘kill switch’ kecuali pada peranti IOS. Kesimpulannya, jika anda mahukan keselamatan tertinggi serta pelbagai fungsi serta sokongan atas talian ExpressVPN adalah pilihan yang tepat.

Hotspot Shield 

  • VPN sesuai untuk Windows
  • Mulai RM 34.86 sebulan

Hotspot Shield adalah pilihan yang antara VPN yang patut anda beri perhatian. Ia menyokong fungsi Torrent serta mempunyai fungsi ‘kill switch’. Jika anda menggunakan aplikasi untuk Windows keselamatan data anda ketika anda melayari internet adalah terjaga daripada laman web yang dilawati. Kelajuan VPN ini juga cukup laju dan stabil. 

Selain daripada itu, ia juga menyokong perkhidmatan penstriman seperti Hulu, Netflix dan BBC. Ia juga mendapat anugerah daripada Ookla kerana kelajuan internet yang diberi oleh servernya yang laju.

Artikel Berkaitan 

End of Article