Anda tercari-cari telefon jenama Samsung yang terbaik pada masa kini? Jenis yang bersesuaian untuk minat dan jenis penggunaan anda, jangan risau kami boleh membantu memilihnya.

Samsung sememangnya pengeluar terkemuka telefon pintar dengan penekanan penggunaan aplikasi Android yang diminati pada masa kini. Malah selepas Apple, Samsung mempunyai syer pasaran kedua terbesar pasaran telefon pintar dan di beberapa negara. Walaupun banyak telefon pintar android dipasarkan dengan mempunyai kos rendah, ianya tidak bermaksud ianya mempunyai tahap prestasi yang bagus. Di sini kami akan memperkenalkan 8 telefon terbaik. Model ini sesuai dengan semua golongan dan bajet masing-masing. Mana satu yang terbaik bagi anda?

1. Samsung Galaxy S7 Edge 32GB

Terbaik untuk game
Harga mulai RM1,899.00
Lazada Malaysia RM1,899.00

Samsung mengeluarkan telefon yang memiliki reka bentuk melengkung di bahagian tepi dan bentuk yang unik. Kelebihan Galaxy S7, ia tahan air dan habuk kini anda tidak perlu bimbang untuk meletakkan telefon anda di atas permukaan basah dan anda juga boleh terus menggunakannya walaupun selepas menjatuhkannya ke dalam air. Permainan menjadi lebih menarik kerana  Galaxy S7 adalah telefon pintar pertama yang menyokong API Vulkan, anda akan merasakan kesan secara dramatik apabila bermain permainan yang dibangunkan dengan API. Dengan adanya GPU yang kuat dan kombinasi RAM 4GB , ia melancarkan aplikasi untuk bermain permainan dan video streaming kini semuanya berjalan lebih cepat dan lancar. Pastinya telefon yang memberi pengalaman bermain permainan yang memberi lebih keseronokan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Samsung Galaxy S8 5.8 inch / 4GB RAM

Terbaik untuk selfie 
Harga mulai RM2,749.00
Lazada Malaysia RM2,749.00

Galaxy S8 memberikan lebih kepuasan untuk mereka yang gemar berselfie kerana saiz skrinnya yang sebesar 5.8 inci. Kebanyakan kamera telefon pintar berfungsi dengan baik pada siang hari tetapi dengan galaxy 8 ini ia berfungsi siang dan malam. Kamera depan 8MP memberikan lebih fokus untuk menjejaki wajah anda manakala kamera belakang 12MP membuatkan setiap detik dan pemandangan menjadi seolah-olah hidup. Kini gambar anda tidak kira pada bila-bila waktu pastinya lebih tajam dan jelas dengan telefon ini. Telefon yang seolah anda menggunakan kamera DSLR kerana ia mempunyai tetapan mod yang memberi anda pilihan untuk ISO, kelajuan shutter, nilai pendedahan, nada warna, fokus manual, dan penyelaras warna. Telefon yang sangat sesuai untuk anda yang gemar bergambar.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Samsung Galaxy S6 32GB Gold Platinum

Terbaik untuk game berat
Harga mulai RM2,299.00
Lazada Malaysia RM2,299.00

Samsung Galaxy S6 mempunyai reka bentuk yang menakjubkan dengan lekuk yang indah dan permukaan kaca berseri yang mencerminkan spektrum warna yang mempesonakan. Kamera depan dan belakang mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan F1.9 aperture, membolehkan anda mengambil gambar yang lebih jelas di mana sahaja anda berada. Telefon yang sesuai untuk permainan kerana pemproses yang lebih lancar, laju dan tidak mudah tersekat. Dilengkapi dengan paparan super AMOLED 5.1 "Quad HD (2560 x 1440), Samsung Galaxy S6 menyediakan pengalaman tontonan tajam yang jelas, dan pastinya telefon yang sangat sesuai untuk permainan berat.

4. Samsung Galaxy Note 8 [6GB RAM/64GB ROM]

Terbaik untuk bisnes
Harga mulai RM3,448.00
Lazada Malaysia RM3,448.00

Telefon skrin besar yang sesuai di tangan anda ini mempunyai paparan infiniti skrin seluas 6.3 inci. Melakukan tugasan kerja kini lebih mudah dengan adanya telefon ini dan memastikan data anda disimpan dengan selamat kerana ia memerlukan pengimbas cap jari untuk membuka. Lengkung indah dan permukaan yang lancar direka bentuk untuk menawarkan cengkaman yang selesa dan lebih banyak ruang bagi anda untuk menulis secara bebas dengan s-pen. Dengan adanya s-pen mesej ringkas, nota penting, mengubah imej atau kerja membalas imel kini lebih mudah. Prosesor mudah alih 10nm berfungsi dengan kombinasi RAM 6GB untuk menjadikannya lebih cepat dan lancar. Kini anda bukan sahaja dapat bergaya dengan telefon pintar ini malah anda juga dapat melakukan kerja menggunakannya.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Samsung Galaxy Y Neo S5310 4GB Black

Terbaik untuk BBM
Harga mulai RM667.00
Lazada Malaysia RM667.00

Samsung Galaxy Pocket Neo yang padat dan bersaiz comel ini mempunyai sistem operasi android jelly bean 4.1, jadi anda boleh menikmati dunia aplikasi dan permainan android yang luar biasa. Telefon ini juga menawarkan prestasi yang berkuasa, pelayaran internet pantas dan lancar. Untuk memastikan anda menikmati pengalaman multimedia yang optimum sepanjang hari, telefon ini mempunyai kemampuan auto halus membolehkan anda menikmati stesen kegemaran anda di mana sahaja dan memo pantas yang membolehkan anda memasukkan nota ringkas semasa anda bercakap di telefon. Telefon yang memiliki 512MB RAM  dan penyimpan seluas 4GB. Telefon yang membolehkan anda menggunakan aplikasi bbm seperti telefon blackberry.

6. Samsung Galaxy J5 LTE 16GB

Terbaik untuk orang tua
Harga mulai RM899.00
Lazada Malaysia RM899.00

Telefon yang bersaiz sederhana, cukup langsing dan ringkas dari segi aplikasi penggunaannya. Selain itu, dengan telefon bimbit ini anda boleh memanfaatkan kelajuan internet anda melalui sambungan rangkaian 3G dan WiFi yang cekap. Telefon bimbit melakukan segala-galanya dengan pantas kerana ia menggabungkan pemproses quad core 1.2GHz dan 1.5GB RAM. Telefon ini menawarkan ruang penyimpanan yang luas dengan kapasiti penyimpan dalaman 16GB yang boleh diperluaskan lagi sehingga 128GB melalui kad microSD luaran. Ia adalah telefon yang kukuh dan boleh dipercayai dengan paparan yang baik, prestasi yang baik, kamera yang baik, dan hayat bateri yang luar biasa.Pastinya telefon yang murah dan dengan harga mampu milik.

7. Samsung Galaxy Note 5

Terbaik untuk muzik
Harga mulai RM1,999.00
Lazada Malaysia RM1,999.00

Samsung Galaxy Note 5 mempunyai reka bentuk yang besar, luas dan langsing. Mempunyai s-pen yang sememangnya sentiasa menjadi alat penting dalam siri Note dan kini ia diperbaiki untuk membantu anda melakukan lebih banyak perkara dengan lebih pantas dan lebih mudah. Dengan telefon ini, kini semua jenis muzik yang anda dengari seolah-olah anda berada di studio. Hanya perlu memasang aplikasi wireless pro di telefon pintar anda kini anda bebas melayan apa jua muzik yang disukai dengan bunyi yang lebih jelas. Telefon yang pastinya membawa pengalaman mendengar muzik menjadi lebih seronok dan menakjubkan.

8. Samsung Galaxy J3 Pro 2GB/16GB

Terbaik untuk anak
Harga mulai RM699.00
Lazada Malaysia RM699.00

J3 Pro memiliki reka bentuk anggun dan ramping. Memiliki pelbagai tugas yang bergerak lancar dengan RAM 2GB dan membolehkan anda menyimpan semua yang anda ingini dalam memori dalaman 16 GB. Dengan telefon pintar ini anda dapat melihat video dan bermain permainan kerana visual yang lebih jelas dan tajam pada paparan HD 5.2 inci. Bukan sahaja itu malah ia mempunyai kamera resolusi tinggi dengan kamera belakang 5MP. Anda boleh membeli telefon ini jika anda bukan pengguna yang berat dan ingin mendapatkan telefon bimbit yang murah untuk penggunaan anak anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!