Product in this article

Keselamatan kediaman mahupun premis perniagaan semestinya menjadi keutamaan anda untuk meningkatkan kawalan keselamatan. Oleh yang demikian, sudah pasti anda perlukan sistem keselamatan yang bagus seperti penggera dan kamera litar kawalan tertutup (CCTV) untuk memastikan barangan berharga tidak ada yang hilang. 

Stigma bahawa alat dan sistem keselamatan sangat mahal adalah tidak benar. Kini, inovasi dan kemajuan teknologi membolehkan anda mendapatkan sistem kawalan keselamatan yang canggih dengan harga mampu milik.

Dapatkan CCTV untuk kegunaan di kediaman anda dengan harga dibawah RM200 bersama seleksi produk yang telah kami pilih untuk anda berikut.

1. Hikvision Outdoor CCTV

CCTV untuk luar rumah

Harga mulai RM55.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM55.00

CCTV keluaran Hikvision ini memiliki resolusi imej 2 megapixel dan mampu merakam imej ketika waktu malam atau gelap. Ciri tambahan produk termasuk mampu condong sehingga 180 darjah dan berputar sehingga 360 darjah, menjanjikan rakaman yang menyeluruh.

Jarak IR kamera litar tertutup ini mencapai 20 meter jauh dan dengan rekaan CCTV yang teguh, membuatkan ianya sesuai dipasang dibahagian luar kediaman anda. 

2. PROLiNK Full HD Smart Wi-Fi IP Camera CCTV

CCTV dan alarm rumah terbaik

Harga mulai RM105.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM105.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM179.00

Produk dengan rekaan moden dan berteknologi tinggi keluaran PROLiNK ini  mampu merakam imej dengan resolusi 2 megapixels. Dilengkapi kanta sudut lebar (wide angle), ianya dapat meliputi rakaman kawasan yang lebih meluas. Imej yang dirakam boleh disimpan pada memory card MicroSD atau penyimpanan Cloud yang disediakan.

Produk juga dilengkapi sistem penggera (alarm) yang diaktifkan melalui pengesanan pergerakan (motion detection), ciri yang membolehkan anda mengesan jika berlakunya sebarang pencerobohan. 

3. Xiaomi DaFang 1080P FHD Wifi IP Security Camera CCTV

CCTV rumah dengan night vision

Harga mulai RM129.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM129.00

Xiaomi membawakan produk CCTV yang boleh dihubungkan terus ke peranti pintar, membolehkan anda mengawasi kediaman ketika berada dimana sahaja, pada bila-bila masa. Tambah menarik, kamera ini juga memiliki kemampuan merakam imej ketika waktu malam dan keadaan gelap. Dilengkapi dengan ciri mikrofon dan speaker, membolehkan anda merakam bukan sahaja imej tetapi juga bunyi. 

4. Vono HD Fish Eye IP Camera

CCTV rumah tanpa kabel (wireless)

Harga mulai RM125.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM125.00

CCTV yang menawarkan fungsi tanpa kabel (wireless) ini mampu merakam imej panorama sehingga 360 darjah dan mengesan pergerakan (motion detection). Kamera memiliki lensa fish-eye dan imej yang terakam boleh dibesarkan dan dimainkan semula (playback).

Produk CCTV ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi pada peranti iPhone dan Android, membolehkan anda mengawasi kediaman melalui telefon pintar. Tambahan, penggunaan produk ini dan pemasangan kameranya pada kediaman juga sangat mudah dan mesra pengguna. 

5. GOQ Bulb Cam IP Security Camera Wifi Surveillance CCTV

CCTV tersorok untuk rumah

Harga mulai RM68.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM68.00

Kamera litar tertutup yang jelas kelihatan di mata, sudah pasti dapat dikesan dengan mudah. Jika anda perlukan kamera yang tersembunyi, produk ini adalah pilihan yang ideal. Kamera yang tersembunyi pada mentol ini mampu merakam imej panorama pada sudut 360 darjah dan boleh disambungkan pada telefon pintar.

Kamera yang dilengkapi ciri interkom ini, membolehkan komunikasi dua hala serta sistem penggera dapat diaktifkan dari telefon pintar.

6. Long Man LMISBA1000C CCTV 1/3" SONY 420TVL

Kamera CCTV analog terbaik

Harga mulai RM88.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM88.00

Jika anda tercari-cari model CCTV analog yang berbentuk bullet, maka anda tidak perlu mencari jauh! Dengan resolusi kamera 962 × 504 TVPAL, hasil rakaman pasti tajam dan berkualiti. Ditambah dengan penarafan kalis air IP66, kamera CCTV ini mampu beroperasi tanpa mengenal cuaca.

Paling penting, model kamera ini dilengkapi sinar infra merah LED untuk tujuan penglihatan waktu malam yang turut jelas seperti waktu siang. Biarpun menggunakan format analog, itu tidak bermakna model ini merisikokan kualiti operasi! 

7. YI Home Camera 720P IP CCTV

Kamera CCTV WiFi terbaik

Harga mulai RM149.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM149.00

Lensa kaca dengan aperture f/2.0 membuatkan kamera ini mampu merakam waktu malam mahupun waktu siang tanpa kehilangan ketajaman gambar. Tapi, yang paling penting sambungan WiFi yang dijamin selamat dipromosikan oleh model ini, baik sambungan sepantas kilat atau dengan kelajuan internet yang asas (baca: perlahan), model ini akan mengadaptasi kualiti streaming berdasarkan kelajuan internet.

Buat penggemar terperinci yang suka zoom in, anda boleh berasa gembira kerana lensa kamera model ini berkeupayaan dengan 4× optical zoom. Kawalan jauh menggunakan peranti pintar adalah suatu kemastian dan komunikasi dua hala juga tersedia melalui mikrofon dan speaker yang tersedia.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!