Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Pengecas Tanpa Wayar Supaya Smartphone Anda Tidak Kehabisan Bateri

Sekarang ini nak mengecas telefon pun senang, di mana-mana pun boleh.

Di zaman serba canggih ini, tidak kira di mana sahaja mengecas telefon kini tidak menjadi masalah dengan adanya pengecas tanpa wayar. Anda kini tidak perlu risau lagi sekiranya telefon anda kehabisan bateri ketika berada di luar. Pengecas tanpa wayar membolehkan anda mengecas tanpa memerlukan anda menghubungkan wayar padanya, tetapi sebaliknya hanya meletakkan ia di atas pad pengecas.

Tahukah anda yang manakah yang terbaik dan berbaloi untuk digunakan bagi mengecas telefon anda? Di sini kami senaraikan beberapa pengecas tanpa-wayar yang sesuai untuk kebanyakan telefon.

Qi wireless charger 9V
mulai
RM94.90
Semak ROCK SPACE W3 Fast Wireless Charging Stand Qi Charger harga dibawah:

Kini dengan era teknologi moden mengecas telefon lebih mudah. Pengecas yang mengecas telefon Qi anda sepantas dari charger biasa dan tanpa perlu menggunakan wayar. Anda juga boleh mengecas telefon dalam keadaan menegak ataupun melintang sambil mendengar lagu dan menonton cerita kesukaan anda.

Mempunyai butang mati pada pad charge ini untuk anda memberhentikan pengecasan pada bila-bila masa yang anda suka. Bukan sahaja itu, malah ia juga pengecas yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Wireless charger yang sesuai untuk kereta
BASEUS
mulai
RM82.90
Semak BASEUS Big Ears Qi Wireless Fast Charge Magnetic harga dibawah:

Pengecas tanpa wayar ini dilengkapi dengan kaki pengapit silikon yang elastik yang boleh dipasang ke dalam saluran penyejuk udara di dalam kereta anda. Anda juga boleh menggunakannya dengan melekat di permukaan dashboard anda. Penunjuk lampu biru pada pad menunjukkan bahawa telefon pintar anda mula mengecas dan ia mengecas dengan kelajuan 1.67A/9V.

Selain itu, ia juga hadir dengan pemegang yang boleh berputar 360 darjah. Reka bentuknya juga menarik kerana ia diperbuat daripada aloi aluminium yang berkualiti tinggi dan bahan silikon yang lembut.

Wireless charger yang bagus untuk iPhone
mulai
RM35.00
Semak KD-1 Wireless Fast Charging Pad harga dibawah:

Pengecas tanpa wayar ini datang dengan pad pengecas dimana reka bentuknya nipis, ringan dan pastinya selamat untuk digunakan. Pengecas yang mengecas telefon anda dengan cepat dan datang dengan lampu untuk tujuan petunjuk. Anda hanya perlu meletakkan telefon pintar anda pada pad tersebut dan ia mula mengecas. Selain iPhone, ia juga boleh berfungsi pada telefon pintar yang lain seperti Samsung S8, LG dan Nokia Lumia.

mulai
RM31.90
Semak 2018 Pineng PN-666 Qi Wireless Charger harga dibawah:

Pengecas tanpa wayar ini hanya memerlukan anda untuk meletakkan smartphone yang mempunyai sokongan Qi pada pad pengecas dan ia akan mula mengecas. Reka bentuk pengecas ini hadir dengan kawalan suhu untuk mengekalkan suhu yang rendah dan mempunyai jenis permukaan yang tidak menggelongsor pada pad. Pengecas tanpa wayar yang berfungsi dengan kecekapan yang terbaik untuk iPhone dan juga Android.

Wireless charger untuk HTC  
mulai
RM87.20
Semak Anker PowerPort Qi Wireless Charging Pad harga dibawah:

Pengecas yang menggunakan teknologi Qi induktif, mengecas telefon kini mudah dengan hanya meletakkannya di atas pad. Ia mempunyai reka badan dari getah untuk mengelakkan telefon dari menggelongsor. Selain itu, pad ini turut mempunyai kawalan suhu bagi memastikan telefon anda tidak menjadi terlalu panas.

Dengan adanya petunjuk LED pada pad membolehkan anda tahu apabila ia bersedia untuk mengecas dan apabila telefon anda dicas sepenuhnya. Cas yang nipis dan ringan ini semestinya sangat sesuai untuk diletakkan di meja.

Wireless charger terbaik untuk Android
mulai
RM88.90
Semak HOCO CW10 QI 10W Wireless Fast Charger Pad harga dibawah:

Pengecas tanpa wayar ini mempunyai reka bentuk yang unik dan sangat menarik. Bukan sahaja itu, ia juga mampu mengecas telefon pintar anda dengan laju dengan penggunakan teknologi induktif Qi 10w. Pad pengecas ini diperbuat daripada kaca yang tidak mudah retak dan turut hadir dengan lampu LED untuk petunjuk cas. Mengecas apa jua jenis telefon Android anda kini menjadi cepat dan mudah.

Wireless charger untuk Samsung
mulai
RM199.00
Semak Samsung Fast Charge Type C Wireless Charger Stand harga dibawah:

Kini Samsung juga telah mengeluarkan pengecas tanpa wayar, iaitu jenis yang memegang telefon anda ketika mengecas. Bukan hanya itu, ia juga boleh mengecas telefon kedua-dua cara sekali pun sama ada secara melintang atau menegak .

Pengecas ini serasi untuk telefon jenis Samsung dan juga peranti yang menyokong Qi. Ia mengecas telefon anda dengan cepat dan yang paling penting ia pengecas yang berciri keselamatan yang tinggi dan menjimatkan penggunaan tenaga. Selain itu, cas ini juga mengawal kawalan suhu bagi memastikan telefon tidak menjadi panas. Ia datang dalam dua  warna iaitu hitam dan juga putih.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article