Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pastikan Handset Anda Penuh Charge dengan 8 Powerbank di bawah RM50 Ini

Powerbank merupakan salah satu daripada peranti canggih yang diidamkan oleh setiap orang yang sering ke sana ke mari disebabkan kesibukan harian. Anda tentu tidak mempunyai masa untuk bergegas pulang ke rumah atau berhenti di mana-mana tempat yang memiliki plag tambahan untuk mengecas telefon anda yang hampir kehabisan bateri.

Nasib baik kini ada power bank yang boleh membantu anda untuk kekal bersedia menghadapi apa jua walaupun di kawasan terpencil kerana ia melengkapkan perjalanan anda untuk mengecas telefon anda secara mudah alih di mana anda kini mampu mengecas telefon anda di mana jua anda berada tanpa sebarang masalah.

Mari kita saksikan berikut adalah 8 powerbank terbaik untuk anda miliki yang berharga di bawah RM50 untuk kemudahan anda di samping menjimatkan bajet anda.

Power bank terbaik untuk Samsung
Power bank terbaik untuk Samsung
mulai
RM17.90
Semak Mi 10400mAh Powerbank harga dibawah:

Bersedia untuk pengalaman powerbank yang terbaik serta sesuai dalam semua generasi Ipad, iphone, Samsung dan kebanyakannya. Xiaomi Powerbank dengan kapasiti setinggi 10,400mAh memastikan semua peranti mudah alih anda seperti telefon atau ipad untuk kekal penu sentiasa untuk kegunaan harian anda. Kini anda tidak perlu risau jika telefon anda kehabisan bateri terutamanya ketika anda benar-benar memerlukan ia.

Ekstra: Tak Perlu Risau Tentang Bateri Smartphone Anda dengan 9 Power Bank Ini

Terbaik untuk perlindungan daripada terlebih cas
Terbaik untuk perlindungan daripada terlebih cas
mulai
RM49.00
Semak 20000mah PN-999 Pineng Power Bank harga dibawah:

Kecil dan ringan, mudah untuk dibawa ia mudah untuk mengecas peranti anda walau di mana saja anda berada. Dengan penanda LED ia menunjukkan paras kuasa sebuah bateri malah ia juga mampu bernyala ketika dalam kegelapan malam.  Efisyen untuk mengawal perubahan penggunaan tenaga sebanyak 90% atau lebih. Melindungi telefon anda daripada dicas secara berlebihan untuk tujuan keselamatan.

Terbaik untuk mereka yang mementingkan gaya
Terbaik untuk mereka yang mementingkan gaya
mulai
RM46.90
Semak Xiaomi Powerbank 5000mAh harga dibawah:

Dengan rekabentuk yang nipis dan ringan, Xiaomi Powerbank 5000mAh sesuai untuk kegunaan setiap masa. Anda boleh letakkan ia di dalam poket seluar mahupun beg galas anda untuk membawanya ke mana-mana. Ia mengambil kawalan bijak USB dan cip untuk cas dan buang daripada Texas Instrument. Ia juga tahan dengan suhu dan melindungi peranti dari sebarang bentuk litar pintas.

Terbaik untuk kelebihan lampu suluh
Terbaik untuk kelebihan lampu suluh
mulai
RM49.90
Semak Pineng PN-913 Starlight Black 10000mAh Power Bank harga dibawah:

Powerbank daripada keluaran Pineng dengan kapasiti bateri 10000mAH3.7V 37Wh sesuai untuk kegunaan mereka yang benar-benar memerlukan cas yang berkuasa dalam memastikan peranti mereka kekal bertenaga sepanang masa. Turut dilengkapi dengan pengecasan segera melalui input Input 5V 2.0A dan juga memiliki ciri-ciri menarik seperti lampu suluh LED serta skrin paparan LED. Sangat mudah untuk digunakan walau di mana sahaja.

Terbaik dengan pelbagai pilihan warna menarik
Terbaik dengan pelbagai pilihan warna menarik
mulai
RM42.90
Semak 45000 mAh Super Slim Power Bank with Backlight harga dibawah:

RM 42.90                 

Untuk mereka yang risau pada muatan beg mereka yang terlalu berat, kini didatangkan powerbank dengan rekabentuk yang nipis mudah untuk dimuatkan di mana sahaja malah poket seluar. Dengan pelbagai pilihan warna termasuk hitam, biru, emas, merah jambu dan perak, ia menonjolkan ciri-ciri  versatil kepada pengguna. Ia didatangkan juga dengan lampu suluh LED dan binaan dalam daripada material keluli, ia juga serasi dengan kebanyakan peranti. 

Terbaik untuk mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja
Pineng
Terbaik untuk mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja
mulai
RM23.90
Semak Pineng PN952 5000mAh Super Light Powerbank  harga dibawah:

Kepada mereka yang sentiasa sibuk dengan kerjaya yang memerlukan mereka untuk keluar ke merata tempat, memiliki telefon yang sentiasa dengan bateri tersedia penuh adalah suatu keutamaan. Dengan kapasiti 5000mAh, Pineng PN952 5000mAh Super Light Powerbank   ini memastikan anda kekal bersedia dalam apa jua keadaan. Dilengkapi dengan kabel sambungan dual yang terbina secara dalaman rekabentuk yang ringan menjadikan ia pilihan ramai.

Power bank dengan kuasa solar hibrid dan tahan air
Power bank dengan kuasa solar hibrid dan tahan air
mulai
RM42.00
Semak Original PINNO Ultra Durable 10000mAh Power Bank harga dibawah:

Pertama kalinya sebuah power bank yang kalis air dan tahan kejutan pengecas dengan kuasa solar di dunia. Ia bukan sahaja menjimatkan tenaga malah mesra persekitaran disamping mengambil panel olar yang berkualiti tinggi , kapasitinya adalah setinggi 10000mAh. Sangat bersesuaian ketika anda sedang melakukan aktiviti lasak dan mencabar, walaupun tanpa cahaya matahari anda masih boleh menggunakannya seperti power bank lain melalui sumber kuasa USB. Bukan sahaja itu, ia juga cukup ringan dan tahan lasak.

Terbaik untuk kebanyakan iPhone
Terbaik untuk kebanyakan iPhone
mulai
RM49.90
Semak KJOS15000mAh Power Bank  harga dibawah:

Bila anda perlu bertugas lebih masa maka anda perlukan tenaga sehebat beruang di mana power bank ini mampu untuk mengecas 10 kali ganda lebih cepat dengan 2A pengecas segera dan disertakan dengan 4 USB untuk penggunaan pelbagai peranti sekaligus. Dengan rekabentuk yang fleksibel dan lampu LED, semuanya telah disediakan untuk anda. Sangat sesuai untuk penggunaan peranti dari keluaran Apple.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article