Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pantau Rumah Anda dengan Mudah Menggunakan 7 Kamera CCTV Ini

Katakan YA kepada tahap keselamatan yang dinaiktaraf.

Kejadian pecah rumah serta rompakan seolah-olah tidak asing lagi dalam masyarakat. Setelah berlaku, usaha mengesan suspek pula tergendala kerana tiada maklumat yang jelas mengenainya. Namun syukur, kamera CCTV kini menjadi inisiatif pemilik rumah atau premis dalam menjaga keselamatan pada tahap yang standard.

Setiap produk dibawah telah disaring dengan sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 720p HD dan hampir kesemuanya mampu ditonton atau dikawal secara jauh oleh peranti pintar.

Kamera CCTV murah pasang sendiri
Kamera CCTV murah pasang sendiri
mulai
RM125.00
Semak Vono HD Fish Eye IP Camera harga dibawah:

Pandangan 360° atau satu bulatan lengkap menjadi tarikan utama produk ini. Saiznya yang mini dan kecil menjadi pelengkap pakej malahan model yang satu ini semudah Plug and Play, iaitu tidak memerlukan pemasangan yang rumit atau menyusahkan. Bahkan operasinya juga tidak seperti kamera cctv konservatif seperti dalam cerita perisikan.

Buat pengguna telefon pintar iPhone dan Android, anda boleh menonton dari jauh melalui aplikasi sedia ada menjadikan pengawasan keselamatan lebih mudah dan berbaloi. Paras harganya pula tidaklah membebankan malahan mampu milik berdasarkan ciri-ciri yang ditawarkan. Hey, keselamatan tidak bermakna perlu berkorban wang ringgit, bukan?

Kamera CCTV termurah di pasaran — dengan saiz yang mini/kecil
Xiaomi
Kamera CCTV termurah di pasaran — dengan saiz yang mini/kecil
mulai
RM61.00
Semak Xiaomi Xiao Fang Smart harga dibawah:

Model CCTV yang comel mulus daripada XIAOMI ini sangat berpegang pada konsep 'mini' nya. Manakan tidak, anda boleh semudah melekatkannya di dinding pada mana-mana permukaan logam kerana model ini mempunyai plat magnetik. Resolusi kameranya juga tinggi iaitu setinggi Full HD dan penglihatan waktu malam termasuk dalam skop.

Untuk menonton, anda perlu memuat turun aplikasi 'Mi Home' yang boleh didapati di Google Play Store atau di Apps Store. Komunikasi dua hala menggunakan mikrofon dan speaker juga tersedia dan paling penting, anda boleh bawa ke mana sahaja model ini kerana terdapat slot USB untuk disambung ke Powerbank!

CCTV mini untuk rumah
mulai
RM433.00
Semak Aztech BLINK BCM001 Home Security & HD Video Monitoring System harga dibawah:

Kamera CCTV mini ini memiliki rekaan yang kompak dan tidak terlalu menonjol, sesuai untuk kegunaan di kediaman anda. Dengan rakaman imej berkualiti HD dan dilengkapi mikrofon untuk merakam bunyi, kamera mini ini boleh disambungkan terus ke telefon pintar serta imej rakaman boleh ditonton secara langsung. Produk juga memiliki sensor suhu dan pergerakan untuk perlindungan keselamatan yang unggul.

CCTV terbaik untuk bilik bayi
CCTV untuk bilik bayi
mulai
RM219.00
Semak YI Home Camera (1080p) harga dibawah:

Kamera litar tertutup boleh juga digunakan untuk mengawasi bilik tidur anak dan bayi kecil. CCTV ini ditampilkan khusus dengan sistem pengesanan bunyi bayi menangis (baby crying detection), membolehkan anda mengawasi bayi anda ketika waktu malam.

Imej yang dirakam mempunyai resolusi 1080p Full HD dan boleh zoom-in sehingga 4 kali lebih besar dan disimpan pada memory card atau penyimpanan Yi Cloud (Yi Cloud Storage).

Artikel Berkaitan

End of Article