Kini dengan kecanggihan teknologi maklumat hari ini, pendrive merupakan alat yang paling penting dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk pekerjaan atau sebagainya. Reka bentuk yang kecil dan ringan ini menjadikan ia sesuatu yang penting dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Ia datang dalam pelbagai kapasiti yang lebih tinggi mengikut keperluan anda.

Malah, ia juga bukan sahaja untuk penyimpanan data semata-mata, tetapi juga mempunyai fungsi lain. Berikut beberapa jenis thumbdrive untuk anda jadikan panduan ketika membelinya.

1. Samsung 8GB Flash Drive USB 3.0 Pendrive

Pendrive 8 GB terbaik yang murah

Harga mulai RM23.90

shopping_cart Lazada MY RM23.90

Pendrive 8 GB sangat menarik dengan reka bentuk logam yang unik dan elegan. Ia memberi sokongan sistem untuk jenis Windows, Mac OS dan Linux. Walaupun kapasitinya rendah tetapi ia berkelajuan tinggi dengan kadar pemindahan data sehingga 130MB/s dan bersesuaian dengan USB 2.0. Pendrive dengan nano flash teknologi dan bagus dari segi ketahanan terhadap air, kejutan, suhu , magnet dan x-rays.

2. SanDisk Ultra Flair 16GB 130 MB/s USB 3.0 Flash Drive

Pendrive 16GB terbaik

Harga mulai RM24.50

shopping_cart Lazada MY RM24.50

Pendrive Sandisk dengan reka bentuk bersarung logam dan tahan lasak ini mampu memberi perlindungan kepada data peribadi anda untuk pemindahan yang laju dan lebih selamat. Ia mempunyai kapasiti penyimpan seluas 16 GB dan mampu melakukan pemindahan sehingga 15 kali lebih cepat daripada pemacu biasa USB 2.0.

3. Apacer USB Flash Drive Pendrive 32GB AH334

Pendrive 32 GB terbaik

Harga mulai RM32.55

shopping_cart Lazada MY RM32.55

Apacer memberikan reka bentuk pendrive menjadi lebih nampak bergaya dengan dua warna yang berbeza iaitu ros merah jambu dan biru menyerlah. Dengan pemacu yang boleh di simpan dan disorokkan memudahkan lagi ciri-ciri penggunaan pendrive ini. Bukan sahaja itu, malah ia dapat menyimpan data anda secara selamat dan melakukan pemindahan data dari PC terus ke pendrive anda secara pantas.

4. Kingston DataTraveler 50 128GB Flash Drive

Pendrive 128 GB terbaik

Harga mulai RM149.00

shopping_cart Lazada MY RM149.00

Bagi anda yang sering memerlukan penyimpanan data yang lebih banyak, pendrive dengan kapasiti 128 GB sangat sesuai untuk dimiliki. Anda juga dapat menyimpan dan berkongsi video, lagu atau cerita yang digemari dengan rakan anda. Ia direka dengan bentuk padat, ringan, bersarung logam dan tanpa penutup. Prestasi yang digunakan iaitu USB fast usb 3.1 gen 1 memastikan pemindahan data yang cepat dan mudah. – restructure sentence

5. 16GB OTG USB 2-in 1 Flash Drive (Gold)

Pendrive 2 in 1 terbaik

Harga mulai RM34.99

shopping_cart Lazada MY RM34.99

Data seperti gambar dan video mungkin terlalu banyak di telefon bimbit, PC dan tablet anda. Anda mungkin memerlukan pendrive 2 dalam 1 ini untuk penyimpanan yang lebih selamat dan mudah. Pendrive ini sesuai untuk digunakan pada semua alat telefon pintar, tablet dan PC.

Cara penyimpanan yang mudah dan juga penggunaan kuasa yang rendah dapat memudahkan anda – hanya perlu plug dan lakukan pemindahan data anda. Ia juga turut mempunyai kapasiti penyimpan yang lebih besar iaitu 32 GB.

6. USB Pen/Thumb Drive 16GB - Minion Short

Pendrive kartun kanak-kanak yang murah

Harga mulai RM19.00

shopping_cart Lazada MY RM19.00

Pendrive kecil dan bercorak kartun ini sangat sesuai bagi anda yang gemar menyimpan pendrive koleksi kartun. Ia hebat untuk digunakan bagi penyimpanan imej, muzik atau fail yang bersaiz sederhana. Prestasi pemindahan yang berkelajuan tinggi dan sesuai untuk komputer riba, tablet atau untuk mendengar muzik di audio kereta anda. Memiliki USB 2.0, yang serasi dengan USB 1.1 dan 1.0

7. 3 in 1 32GB OTG USB Flash Drive

Pendrive untuk handphone

Harga mulai RM99.00

shopping_cart Lazada MY RM99.00

Kini dengan pendrive 32 GB telefon ini, anda dapat menguruskan data seperti menyalin, memindahkan dan memadam data yang anda inginkan. Ia memastikan penyimpanan data yang lebih selamat sama ada anda ingin menyimpan imej, video dan muzik segalanya lebih mudah. Penggunaan ruang penyimpan di telefon mudah alih anda kini tidak lagi terhad.

Ia serasi untuk digunakan pada telefon Android, Windows mahupun iOS. Datang dengan 4 pilihan warna untuk pemilihan anda sama ada hitam, ros emas dan perak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!