Mendapatkan jam tangan pintar adalah sesuatu gaya hidup yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan sahaja kerana mempamerkan gaya dan kecanggihan malah terdapat pelbagai fungsi lain yang mampu memberikan manfaat berguna kepada pemilik jam tangan tersebut.

Untuk itu mari kita saksikan berikut merupakan pilihan 10 jam tangan teknologi dibawah RM 100 yang menjadi pilihan ramai dan mendapat ulasan teratas di pasaran online.

1. GT08 SmartWatch Wearables Smart Watch with Hands-Free Call

Terbaik dengan sokongan dwi-bahasa
Harga mulai RM69.90
Lazada Malaysia RM69.90

Jam tangan berteknologi yang memiliki ciri-ciri terpilih seperti skrin sentuh dengan kapasiti sensitif tinggi, dua fungsi jika kehilangan jam tersebut iaitu pencarian dua cara. Juga boleh memainkan fungsi untuk hiburan seperti mendengar lagu, menjawab telefon dan SMS. Ia juga turut dilengkapi dengan fungsi seperti pedometer untuk merekod jarak larian dan pembakaran kalori. Sesuai untuk mereka yang menggemari jam tangan teknologi dengan pelbagai fungsi.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. DZ09 Smart Watch Phone support Bluetooth Handsfree 

Jam pintar terbaik yang serba canggih
Harga mulai RM73.99
Lazada Malaysia RM73.99

Sebuah jam tangan dengan ciri-ciri teknologi canggih yang memiliki badan yang diperbuat dari besi yang lembut dengan kerja tangan yang cukup lumayan. Disertakan sekali skrin sentuh berdefinisi tinggi dan sensitif termasuk juga kamera hadapan 0.3MP, anda boleh menangkap gambar hanya dengan jam tangan anda. Antara yang menarik adalah rekabentuk ergonomik berkualiti tinggi beserta kaca 3D VR menjadikan ia sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang serba canggih.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. ZenGear Special Edition iWatch Smart Watch (Black)

Terbaik untuk mereka yang versatil
Harga mulai RM90.00
Lazada Malaysia RM90.00

Bila sains dan seni bercantum, terciptalah jam tangan teknologi bijak ini yang bukan sahaja berfungsi sebagai jam sahaja malah boleh menjadi suatu peranti yang bijak. Boleh berkomunikasi dengan telefon pintar anda melalui sambungan Bluetooth ia memiliki pelbagai fungsi yang menjadikan gaya hidup anda lebih mudah selain mampu menjadi sistem pengurusan kesihatan dan memantau corak tidur anda.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Iwatch Smart Bracelet (Black)

Terbaik untuk Android
Harga mulai RM29.00
Lazada Malaysia RM29.00

Teknologi sentiasa berubah dan dengan segera mengambil alih dunia dengan sepantas mungkin. Untuk terus memudahkan gaya hidup merka yang sentiasa sibuk atau menjadi teman kepada telefon pintar anda jam tangan pintar ini menjadi suatu kemestian kepada anda. Iwatch Smart Bracelet  memiliki pelbagai fungsi dan berguna sebagai bukan sahaja jam tangan teknologi biasa tetapi suatu yang patut sentiasa berada pada lengan anda setiap masa.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. MAXGear I5 Plus Waterproof IP65 Bluetooth 4.0 

Terbaik untuk yang aktif bersukan
Harga mulai RM65.60
Lazada Malaysia RM65.60

Selain dari tahan lasak, MAXGear I5 Plus Waterproof IP65 cukup berstail untuk mereka yang gemar bersukan. Ia memiliki pedometer untuk tujuan menjejak aktiviti sukan pengguna selain kebolehan untuk mengingatkan pengguna dengan panggilan masuk dan SMS. Sangat serasi dengan Android serta alat kawalan jauh untuk kamera dan pengurusan tidur yang disertakan bersama. Paling bagus adalah ia tahun habuk dan air.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Smartwatch iWatch U80 GSM / Micro SD Mobile Phone Watch (Black )

Jam tangan teknologi yang benar-benar berbaloi
Harga mulai RM99.00
Lazada Malaysia RM99.00

Teknologi  canggih pada jam tangan ini memiliki ciri seperti menyokong panggilan bebas tangan serta dengan fungsi penggera jika berlaku kehilangan jam tersebut. Bukan itu saja ia juga turut dilengkapi dengan sokongan alat kawalan jauh untuk kamera. Ia juga mempunyai reminder untuk memberitahu anda jika terdapat mesej di Twitter, Whatsapp dan Facebook selain kemampuannya untuk memaparkan nama pemanggil dan nombornya sekali.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. EX18 Luminous Dial Pedometer Bluetooth Smart Watch (Black) 

Terbaik dengan ketahanan tinggi
Harga mulai RM74.00
Lazada Malaysia RM74.00

Dengan teknologi dail pantas memberikan jam tangan teknologi ini keunikan yang tersendiri disertai dengan hayat bateri yang tahan lebih lama sehingga 8 bulan. Sangat serasi jika digunakan bersama iOS dan Android dengan ciri-ciri menarik yang lain seperti kebolehan menelefon dan menghantar mesej. Memiliki kamera kawalan jauh, pedometer dan kalis air sehingga 1P67.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. Apro Bluetooth Smart Watch

Jam tangan pintar dengan pelbagai fungsi berguna
Harga mulai RM79.90
Lazada Malaysia RM79.90

Apa lagi yang lebih menarik bila kita bercerita mengenai jam tangan keluaran Apro, ia merupakan rekabentuk terbaru dengan paparan definisi tinggi. Ia juga didatangkan dengan pelbagai fungsi seperti membuat panggilan secara terus melalui jam tangan. Selain itu diselaraskan untuk kegunaan hiburan, sukan dan memiliki timer tersendiri untuk mengawal telefon dan juga menangkap gambar melalui jam tangan sahaja.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

9. MAXGear S2 PLUS Heart Rate Smartband

Jam tangan teknologi pintar dengan pelbagai kegunaan
Harga mulai RM81.00
Lazada Malaysia RM81.00

Terbaik untuk digunakan dengan tujuan kesihatan dan kecergasan, jam tangan ini dilengkapi dengan pedometer, pemantau corak matlamat kecergasan dan pemantauan kadar degupan jantung secara live. Selain itu ia juga dilengkapi dengan fungsi penggera dan notifikasi termasuk untuk pemberitahuan panggilan. Turut disertakan sekali butang pintar untuk memilih kawalan jauh kamera, telefon, muzik dan sebagainya. Disertakan dengan waranti selama 3 bulan.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

10. 4Connect V8 SmartWatch with SIM Card Slot

Terbaik untuk mereka yang menggemari kemudahan
Harga mulai RM199.00
Lazada Malaysia RM199.00

V8 smart watch bukan sahaja boleh berfungsi sebagai jam tangan tetapi juga sebagai telefon pintar. Ia memiliki pengesan kecergasan yang mempunyai pelbagai fungsi malah selepas anda memuatnaik aplikasi Android dalam telefon anda, anda bakal dapat untuk membaca laporan sukan terkini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesihatan anda. Malah jam tangan pintar ini juga mempunyai pelbagai fungsi lain seperti pemantauan sukan, pemantauan tidur dan notifikasi.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Ekstra: 10 Jam Tangan Pintar Berkualiti Tidak Lebih Dari RM500

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aznor

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!