Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Mainkan Lagu Kegemaran Anda Dengan 9 Speaker Mini Dibawah RM150

Mendengar lagu dari sumber yang mini.

Mini speaker merupakan speaker yang bersaiz kecil dan kebanyakannya lebih portable dan ringan berbanding speaker basic. Penggunaan speaker mini menjadi trend di Malaysia kerana dapat memainkan muzik anda dari smartphone or PC. Di sini kami mengesyorkan beberapa pilihan speaker mini terbaik pada harga yang murah, sesuai untuk mereka yang mahukannya tetapi berjimat-cermat dalam pembelanjaan.

Speaker mini USB terbaik
Mini speaker untuk USB terbaik
Semak S815 Soundlink Mini Speaker harga dibawah:

S815 Soundlink mini speaker mempunyai port USB membolehkan pengguna untuk mencucuk MP3 mereka dan mainkan lagu. Penggunaan USB juga dapat memudahkan pengguna kerana ianya bersifat universal dan lebih mudah. Baterinya juga boleh di cas semula melalui port USB tersebut, sekali cas, ia boleh bertahan sehingga 8 jam walaupun memainkan lagu secara berterusan

Beratnya hanya 700 gram  dan berbentuk petak sesuai untuk diletakkan di atas meja belajar ataupun masukkan ke dalam beg.  Badannya yang diperbuat daripada aloi aluminium menjadikannya tahan lebih lasak dan memberikan rupa yang simplisiti.

Terbaik untuk komputer
Mini speaker terbaik untuk komputer
Semak ERA Mini Speaker harga dibawah:

ERA mini speaker tidak memerlukan kabel yang berselirat, pengguna hanya boleh terus mencucuknya pada audio jack komputer mereka dan digunakan seperti biasa. Pengguna juga tidak perlu install apa-apa driver daripada internet untuk menggunakannya kerana ianya bersifat universal, malah boleh digunakan pada mac dan windows.

Bentuknya yang bulat dan saiznya yang kecil memudahkan pengguna untuk menyimpannya atau di bawa bersama (On-The-Go). Penggunaan bateri litium menjadikannya tidak mudah panas dan mengurangkan risiko overheated dan kerosakan bateri.

Speaker mini LED terbaik
Semak Popupine M01 mini Speaker harga dibawah:

Popupine M01 mini speaker mempunyai lampu LED di dalamnya yang akan berkelip apabila dihidupkan. Penggunaan speaker mini yang mempunyai LED agak popular di kalangan gamer kerana ia akan menampakkan anda seorang professional. Lampu LEDnya juga akan berkelip secara perlahan-lahan menjadikannya lebih menarik pada waktu malam. Reka bentuknya yang berunsurkan berlian menampakkannya lebih futuristik dan elegan.

Pengguna tidak perlu untuk mencari driver untuk PC mereka atau download aplikasi khas di dalam smartphone untuk menggunakannya. Anda hanya perlu cucuk sahaja di audio jack peranti anda dan seterusnya anda boleh mainkan lagu-lagu kesukaan anda.  

Speaker mini terbaik untuk handphone
Speaker mini terbaik untuk handphone
Semak New-Xigang Lenrue A2 harga dibawah:

New-Xigang Lenrue A2 menggunakan sambungan Bluetooth 2.1 sesuai untuk penggunaan handphone. Antara ciri khasnya iaitu terdapat mikrofon yang dipasang bersama padanya sesuai untuk voice recording ataupun menjawab panggilan walaupun sedang asyik mendengar lagu. Hal ini dapat memudahkan pengguna daripada perlu menutup sambungan dan call semula kerana suara anda tidak dapat disampaikan.

Reka bentuknya yang berbentuk silinder dan kecil memudahkan pengguna untuk membawanya bersama untuk mendengar lagu. Tambahan pula, terdapat port untuk SD card di mana pengguna tidak perlu lagi membuka Bluetooth untuk memainkan lagu dari handphone mereka. Hanya perlu pasangkan SD card dan nikmati lagu secara berterusan.

Speaker mini Bluetooth
Speaker mini sambungan bluetooth terbaik
Semak Xiaomi Mi Mini Speaker harga dibawah:

Penggunaan bluetooth semakin hari semakin hebat, Xiaomi Mi Mini speaker menggunakan sambungan Bluetooth versi 4.0 yang merupakan versi yang agak terbaru. Penggunaan sambungan Bluetooth 4.0 lebih cekap dalam penggunaan bateri dan boleh digunakan pada smartphone yang terkini seperti iPhone 6S dan Samsung Galaxy S6 sehingga yang terkini.

Ia menggunakan bateri litium menjadikannya lebih cekap dalam penggunaan tenaga dan mengelakkan overheated. Di samping itu, boleh berfungsi sehingga 4 jam walaupun dibuka pada kekuatan 60dBA

Terbaik untuk travel
Speaker mini terbaik untuk travel
Semak Kuwo S7 mini speaker harga dibawah:

Kuwo S7 mini speaker sangat sesuai untuk di bawa bersama ketika travel kerana bersifat kalis air dan ringan. Sifat kalis air ini menjadikannya lebih sesuai untuk di bawa bersama ke kawasan berair seperti pantai atau air terjun. Jadi, anda boleh nikmati lagu anda walaupun sedang bermandi manda. Saiznya yang sebesar tapak tangan juga memudahkan penyimpanan dan dibawa bersama ketika travel

Tambahan pula, baterinya yang boleh dicas semula serta boleh digunakan untuk memainkan lagu pada 75% kekuatan volume secara berterusan sehingga 6 jam. Kualiti lagu yang dikeluarkan juga sangat memuaskan dengan bunyi bassnya.

Speaker mini bass mantap
Speaker mini bass mantap
Semak Aukey SK-M31 harga dibawah:

Lagu yang mempunyai bunyi bass yang mantap merupakan trend terkini anak muda. Untuk mendapatkan lagu yang bassnya mantap anda perlukan speaker yang sesuai, oleh itu anda boleh mendapatkan Aukey SK-M31. Tambahan pula, terdapat bass enchanced menjadikan lagu-lagu yang dimainkan akan diedit dan dikeluarkan pada kadar bass yang besar.  

Walaupun bersaiz kecil, baterinya yang boleh bertahan selama 10 jam menjadikannya lebih sesuai untuk permainan lagu yang berterusan. Ia mempunyai fungsi automatik pair di mana ia akan secara sendirinya pair bersama peranti yang hendak digunakan.

Speaker mini yang unik
Speaker mini yang unik.
Semak Sony SRS-X11 harga dibawah:

Sony SRS-X11 mempunyai reka bentuk yang unik iaitu berbentuk kubus, bersaiz kecil dan ringan. Pengguna juga boleh menjadikannya seperti keychain yang digantungkan pada beg kerana mempunyai tali padanya. Tali ini juga akan memudahkan pengguna untuk penyimpanan, hanya perlu gantung sahaja tidak perlu susun di atas meja!

Terdapat dua speaker menjadikan lagu yang di main lebih bersifat menyeluruh dan menghasilkan kualiti lagu yang sangat best. Pengguna juga boleh mendengar lagu dengan kelebihan sekali sentuh NFC. Hal ini dapat memudahkan pengguna dan tidak perlu tunggu masa yang lama untuk pairing.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Related articles

 

End of Article