Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Main Game Realiti Maya Dengan 7 Headset VR di bawah RM100

Nikmati dunia maya bagaikan realiti.

VR headset ialah sebuah alat yang dipakai di kepala yang menukarkan dunia maya seperti permainan video dan movie menjadi seolah-olah berlaku dihadapan kita. Penggunaan VR semakin popular di Malaysia kerana bersifat privasi, realistik dan menarik apabila digunakannya.

Kos bagi membelinya memang agak mahal tetapi kami berjaya memilih beberapa VR headset yang terbaik di bawah RM 250. Sesuai untuk mereka yang menginginkan dunia maya mereka menjadi realiti tetapi masih lagi ingin berjimat-cermat dalam perbelanjaan.

VR headset paling murah – terbaik untuk iPhone
VR headset paling murah – terbaik untuk iPhone
mulai
RM26.00
Semak Remax VR01WH harga dibawah:

Boleh memuatkan smartphone yang bersaiz 4.7 inci sehingga 6 inci sesuai untuk saiz iPhone yang basic. Diperbuat daripada bahan ABS yang berkualiti tinggi menjadikannya lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak atau pecah jika terjatuh atau terhentak. Juga terdapat fungsi cermin mata 3D menjadikan movie anda lebih menarik dan realistik dengan keadaan yang 3D.

Penggunaannya juga mudah, hanya perlu buka ruang letak phone, masukkan phone dan tutup.

 

VR headset yang ringan
VR headset yang ringan
mulai
RM84.90
Semak Xiaomi Mi VR Play2 harga dibawah:

Headset VR ini hanya seberat 183 gram sahaja dan tidak memberikan beban tekanan kepada kepala pengguna jika menggunakannya. Hal ini kerana ia diperbuat daripada bahan PBT yang menjadikannya lebih ringan dan mengurangkan tekanan. Tambahan pula, penggunaan bahan ini menjadikan pengaliran udara lebih baik serta dapat mengurangkan ketidakselesaan pengguna jika menggunakannya dengan lama.

Radius penglihatan sehingga 93 darjah menjadikannya lebih menarik untuk menglihat gambaran panorama. Di bantu dengan lensa optik Resin Aspheric menjadikan cahaya yang dipancarkan jelas tetapi tidak merosakkan mata.

VR headset terbaik untuk gaming
VR headset terbaik untuk gaming
mulai
RM34.00
Semak Smart VR Shinecon II harga dibawah:

Dapat menghasilkan radius penglihatan 360 darjah khas bagi andauntuk gaming. Ditambah lagi dengan kelebihan 3D menjadikan permainan video anda lebih realistik dan gempak. Ini sesuai untuk permainan FPS dan RPG kerana anda seolah-olah menjadi watak game yang anda pilih. Warnanya yang hitam dan reka bentuk yang elegan menjadikan anda lebih dipandang professional jika menggunakannya ketika gaming.

Juga terdapat fungsi yang membolehkan pengguna melaraskan jarak penglihatan dan pembiasan anda dengan tayangan 720P pada kadar 19 pixel per darjah . Hal ini dapat mengurangkan risiko pengguna pening atau berasa penat jika menggunakannya dengan jangka masa yang panjang.

VR headset terbaik sesuai untuk rabun
VR headset terbaik sesuai untuk rabun
mulai
RM33.90
Semak VRBox 2.0 harga dibawah:

Lensa menegak dan mendatar yang boleh dilaraskan dapat memberikan pelarasan terbaik untuk mendapatkan fokus pada gambar atau video. Hal ini juga memberi kelebihan kepada pengguna yang rabun untuk mendapatkan titik fokus yang sempurna supaya gambar yang dipaparkan lebih jelas dan tidak kabur. Sesuai digunakan pada smartphone yang mempunyai saiz 4.7 hingga 6 inci dan universal dengan semua operasi sistem.

VR headset ergonomik
VR headset ergonomik
mulai
RM78.00
Semak BOBOVR Z4 harga dibawah:

Salah satu VR headset yang sangat ergonomik yang terdapat dalam senarai ini. Hal ini kerana terdapat sistem saluran udara padanya yang dapat mengurangkan bahang yang dikeluarkan oleh phone mengelakkan daripada ketidakselesaan pengguna atau cermin berkabus. Talinya yang boleh dilaraskan dan fleksibel juga memberikan keselesaan kepada pengguna ketika memakainya.

Apabila bermain permainan video atau menonton movie, smartphone anda akan cepat panas dan boleh menyebabkan kemalangan seperti overheat. Untuk mengurangkan risiko ini, ia menggunakan 0543 besi anti-karat untuk membenarkan keseimbangan terma berlaku dan mengurangkan suhu smartphone anda.

mulai
RM39.90
Semak VR Box III 3.0 LEJI harga dibawah:

Boleh memuatkan smartphone yang bersaiz 4.7 inci sehingga 5.5 inci dan menyokong semua operasi sistem secara universal tanpa memerlukan software tambahan. Ia dicipta untuk menayangkan movie anda secara privasi walaupun di mana-mana sahaja. Juga terdapat fungsi 3D menjadikan tayangan movie anda lebih gempak dengan kesan yang menarik. Pengguna boleh menggunakannya dimana-mana sahaja sama ada ketika travel atau di rumah.

VR headset yang mempunyai motion sensor
VR headset yang mempunyai motion sensor
mulai
RM239.00
Semak Xiaomi VR harga dibawah:

Merupakan  keluaran Xiaomi yang mempunyai sensitiviti motion sensor bersesuaian untuk aplikasi yang memerlukan gerakan ketika menggunakan VR. Dibekalkan dengan alat kawalan jauh motion 9-axis yang agak kecil dan ringan serta menggunakan hanya 2 AAA bateri menjadikannya lebih konvenien.

Badannya diperbuat daripada ABS dan foam menjadikannya lebih ringan dan memberikan keselesaan kepada pengguna jika menggunakannya pada jangka masa yang lama. Alat kawalan jauhnya menggunakan sambungan Bluetooth, sesuai untuk semua penggunaan smartphone.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Related articles

End of Article