Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Cuti Hujung Minggu Kami Diperhabiskan Bersama MeCool M8S Pro L Android Box

Rancangan anda lebih menarik dengan siaran pintar.

Saiz MeCool M8S Pro L sangat kecil iaitu hanya sebesar tapak tangan anda sahaja. Menjadikannya lebih padat, saya juga kagum dengan keupayaannya yang boleh disimpan pada tempat yang sempit atau kecil - badannya yang bewarna hitam tidak akan merosakkan apa-apa estetik yang telah anda lakuka.

Adakah ia boleh menandingi set up box yang lebih besar daripadanya? Adakah ia juga berkebolehan untuk streaming episode terkini American Crime Story dengan lancar tanpa masalah? Saya sering sambungkan laptop ke TV menggunakan HDMI kabel untuk menonton filem melalui laptop. Adakah TV box ini mampu menukarkan kaedah untuk saya?

Saya lakukan sedikit ujian terhadapnya untuk mengetahui bagaimana ia berfungsi. Di sini terdapat beberapa pengulasan saya mengenai MeCool M8S Pro L Android Box.

Specs
CPU 8 Core
RAM 3 GB
FPS 4K, 60 FPS
ROM 32 GB – 25 GB disediakan untuk kegunaan

Apa itu Android Box?

Android box adalah sebuah peranti yang menukarkan TV biasa anda kepada TV pintar. Hanya perlukan sambungan internet, pasangkan pada TV anda, dan anda boleh gunakannya – setel.  

Kebanyakan android box  mempunyai servis yang tersendiri dan berbeza daripada box lain, mengikut keinginan anda. Terdapat yang sesuai untuk menonton rancangan sukan atau movie, lagu-lagu yang dimainkan melalui TV, atau untuk permainan video.

Ia dipanggil Android box kerana berfungsi dengan perisian Android. Namun, anda tidak perlu mempunyai telefon pintar Android untuk menggunakan peranti ini. Jadi, jika anda sangat-sangat menginginkan TV pintar tetapi masih ingin menjaga perbelanjaan, anda bolehlah dapatkan Android box.

Jadi, Android box MeCool ni, hebat tak?

Kami diberikan satu Android Box daripada salah seorang perniaga di Lazada. Kotaknya sangat besar. Sejurus saya membukanya, Android box itu hanya sekecil tapak tangan saya sahaja. Di dalam kotak tersebut juga disediakan alat kawalan jauh dan kabel-kabel penting untuk disambungkan pada TV anda. Ada juga manual pengguna disediakan untuk anda.

Pemasangan sangat mudah. Saya sambungkan beberapa kabel dan dapatkan sambungan internet untuk Android box – sudah boleh digunakan! Oh ye, proses ini mungkin sedikit sukar kepada mereka yang tidak mempunyai sambungan internet yang laju kerana MeCool M8S Pro L berfungsi dengan baik pada kelajuan internet 4MBPS dan ke atas.

Jika kelajuan internet anda tidak capai minima 4MBPS, tontonan anda akan agak lag dan berpixel.

Pemasangan yang mudah menjadikannya produk yang terbaik untuk ahli keluarga yang agak tua. Maklumlah, kebanyakan warga emas tidak begitu tech-savvy. Jadi, Android box memang pilihan yang sesuai untuk mereka. Anda juga boleh download aplikasi tambahan untuk mengisi masa lapang mereka. MeCool M8S Pro L berfungsi dengan alat kawalannya sendiri yang agak senang digunakan juga.

Tadi sebut tentang apps, apps apa yang ada?

Oleh kerana Android box beroperasi pada OS Android, terdapat beberapa aplikasi Android yang diinstalkan. Terdapat Google Play Store dan APK Installer – dua aplikasi Android yang perlu ada. Juga terdapat Netflix dan Iflix. Ia juga mempunyai Kodi bertujuan untuk streaming cerita Bollywood.

Ada juga aplikasi Mega Box untuk filem Korea, dan Terrarium TV untuk rancangan cerita terbaru. Newest Movie HD untuk movie terbaru dalam HD, dan Kokotime yang membolehkan anda menonton movie dan rancangan TV secara percuma. Namun, kebanyakan filem terbaru mungkin tidak begitu jelas, jadi lebih baik untuk tunggu beberapa bulan jika ingin menonton movie yang jelas.

Android box MeCool M8S Pro ini mempunyai 32 GB simpanan untuk anda simpan segala apps, filem, dan juga game.

Apa pendapat  awak mengenainya?

Soalan yang menarik. Seperti yang dikatakan, saya sering menggunakan laptop untuk download dan stream movie serta rancangan TV. Jika saya ingin menontonnnya bersama rakan atau ahli keluarga, saya akan sambungkan laptop saya kepada TV menggunakan kabel HDMI. Tetapi kaedah ini kadang-kadang lambat dan menyusahkan.

MeCool M8S Pro L sangat konvenien untuk mengakses movie-movie terbaru dan episod terbaru rancangan TV kesukaan saya. Saiznya yang kecil dan warna hitam yang tak menonjol menyebabkannya lebih tersorok. Saya juga agak teruja selepas dapat tahu bahawa saya boleh download dan simpan filem dan TV show keminatan saya di dalam Android box ini. Tak perlu internet untuk menonton!

Adakah ia mempunyai keburukan?

Ya. Walaupun ia mempunyai banyak kebaikan, ada juga beberapa aspek yang tidak begitu menyeronokkan. Pertama, anda memerlukan kelajuan internet sehingga 4 MBPS dan keatas supaya rancangan TV dan movie jelas dan tajam.

Saya berjaya dapatkan kelajuan internet tersebut, tetapi masih lagi banyak rancangan TV yang saya stream ditayangkan kurang HD daripada yang diharapkan. Mungkin juga kerana penyedia Internet di Malaysia masih lagi tidak mampu mencapai kelajuan tersebut.

Untuk mereka yang tiada wireless keyboard, stress juga semasa hendak taip untuk cari rancangan atau movie. Anda perlu gunakan alat kawalan jauh yang disediakan untuk “taip” secara perlahan-lahan. Jika boleh, belilah wireless keyboard mini untuk kegunaan Android box ini. Senang sedikit.

Kesimpulannya?

Saya paham kenapa sesetengah orang sangat menginginkan Android box. Hal ini kerana ianya yang kecil, padat, dan mudah untuk disambungkan serta digunakan. Pada keadaan tertentu, ia juga boleh berfungsi dengan sangat sempurna.

Jadi, jika anda memerlukan kaedah yang pantas dan mudah, dan tidak mahu melakukan sambungan laptop kepada TV menggunakan kabel HDMI, belilah Android box MeCool ini. Review kami tidak meyakinkan? Lihatlah senarai kami tentang Android box terbaik di Malaysia.

Kelebihan Kekurangan
Terdapat banyak rancangan TV dan movie bagi Android Box sekali bayar Rancangan TV dan movie mungkin tidak HD, bergantung pada kelajuan internet
Luaran yang padat dan warna yang neutral Akibat daripada saiznya yang kecil dan prestasi yang menjanjikan, mungkin boleh berlaku overheat
Pelbagai aplikasi yang boleh diinstall Terdapat aplikasi yang masih memerlukan langganan seperti Netflix dan iFlix
Sangat mudah digunakan- segala akses pada alat kawalan jauhnya Tiada keyboard!- anda perlu beli keyboard tanpa wayar sendiri
Terdapat jaminan, jika berlaku kerosakan Respon yang lambat antara alat kawalan jauh dan skrin

Anda boleh dapatkan Mecool M8S Pro L di Lazada  atau 11street pada harga RM 379.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article