Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Anda Takkan Kecewa Dengan Pilihan 8 Mouse Komputer Logitech Ini

Mouse merupakan peranti input yang amat penting dan diperlukan untuk berinteraksi dengan komputer. Terdapat banyak jenama mouse di dunia ini. Tetapi, hanya terbaik sahaja yang dipilih iaitu mouse Logitech. Logitech merupakan jenama terkenal bagi peranti komputer lebih-lebih lagi peranti khas untuk gaming seperti mouse gaming. Pada masa yang sama, ia juga mengeluarkan mouse basic yang lebih murah dan digunakan untuk tujuan pejabat dan rumah.

Sukar memilih mouse Logitech yang terbaik kerana terlalu banyak pilihan mouse yang dikeluarkannya? Kami bantu anda mengecilkan skop pilihan untuk mendapatkan mouse Logitech yang terbaik bagi penggunaan dan keinginan anda.

Mouse Logitech yang paling murah
Mouse Logitech yang paling murah
Semak Logitech B100 harga dibawah:

Logitech B100 mempunyai resolusi 800 DPI dan menggunakan sensor optikal menghasilkan input yang lebih jitu kepada PC. Ia tidak memerlukan driver – pengguna hanya perlu mencucuknya pada sambungan port USB dan boleh digunakan seperti biasa. Harga yang sangat-sangat murah dan berpatutan.

Kepada mereka yang masih belajar atau yang ingin jimat dalam penggunaan wang tetapi masih menginginkan mouse baik, anda boleh memilih ini.

Mouse wireless terbaik untuk tangan kiri
Mouse wireless terbaik untuk tangan kiri
Semak Logitech M170 harga dibawah:

Logitech M170 mempunyai reka bentuk yang universal bagi pengguna yang mempunyai penggunaan tangan kiri. Amat sukar untuk mencari mouse yang sesuai untuk pengguna yang menggunakan tangan kiri, oleh itu anda boleh memilikinya. Tambahan pula, bentuknya yang tinggi dibahagian belakang menghasilkan keselesaan ketika menggunakannya untuk jangka masa yang panjang.

Tidak perlu serabut lagi dengan kabel yang berselirat, mouse ini merupakan mouse wireless yang terbaik dalam penggunaannya. Pengguna hanya perlu memasang penerimanya pada PC mereka dan boleh menggunakannya sehingga 10 meter radius. Juga, input yang dihasilkan adalah sempurna, tiada tercicir atau lagging.

Mouse mini Logitech terbaik
Mouse mini Logitech terbaik
Semak Logitech M187 harga dibawah:

Logitech M187 hanya setinggi 49.4 mm, selebar 81.9mm dan sepanjang 31.8mm yang boleh dianggarkan secara fizikalnya iaitu sebesar tapak tangan sahaja. Jangan terkejut atau bertanyakan mustahil kerana mouse ini boleh muat di dalam poket anda, beg tangan anda malah dompet wanita anda.

Penerimanya juga sangat kecil dimana apabila dipasang pada PC seolah-olah tiada, pengguna juga boleh menyimpannya di bawah mouse ini mengelakkan daripada mudah hilang. Resolusinya sehingga 1000 DPI dan menggunakan sensor optikal yang canggih.

Mouse Logitech dengan kabel terbaik
Mouse Logitech dengan kabel terbaik
Semak Logitech G90 harga dibawah:

Logitech G90 membawa legasi terbaik mouse Logitech G1 dan G100 iaitu sensor khas Logitech Delta Zero di mana sensor lebih jitu berbanding sensor lain. Kecekapannya boleh diubah melalui satu klik pada butang dibelakang scroll wheel untuk mengubah kecekapannya daripada 250 DPI sehingga 2500 DPI. Memberi kelebihan kepada pengguna untuk mendapatkan kelajuan yang ideal bagi penggunaan anda.

Ia hanya menggunakan sambungan USB yang standard, sesuai untuk penggunaan port USB 2.0 atau 3.0  yang berbeza tanpa memerlukan port khas. Pengguna juga boleh terus menggunakannya tanpa memerlukan drive.

Mouse silent terbaik
Mouse silent terbaik
Semak Logitech M590 harga dibawah:

Logitech M590 mampu mengurangkan bunyi klik sehingga 90%, menghasilkan keadaan yang lebih aman dan senyap ketika menggunakannya. Sesuai untuk mereka yang berasa jengkel dengan bunyi mouse yang diklik serta menjaga ketenteraman orang lain, lebih-lebih lagi rakan sebilik anda. Tapaknya yang diperbuat daripada getah juga tidak menghasilkan bunyi geseran ketika meluncur di atas permukaan.

Terdapat dua butang pada bahagian ibu jari pengguna yang boleh disetkan kegunaannya. Pada awalnya butang ini digunakan untuk scrolling laman web, tetapi pengguna boleh mengubah fungsinya melalui Logitech Options Software.

Mouse Logitech jenis Bluetooth terbaik
Mouse Logitech jenis Bluetooth terbaik
Semak Logitech M557 harga dibawah:

Logitech M557 menggunakan teknologi sambungan tanpa wayar Bluetooth dan tidak perlukan penerima, hanya perlu tethering dengan PC anda. Tambahan pula, penggunaan Bluetooth ini boleh digunakan pada Mac dan Windows tablet juga. Pengguna hanya perlu menekan butang “connect” pada bawahnya untuk melakukan tethering. Baterinya juga boleh bertahan selama satu tahun tanpa off.

Reka bentuknya yang slim memberikan kebolehan kepada pengguna untuk mengawal pergerakannya luncur dengan mudah kerana tangan pengguna seolah-olah berada di atas permukaan. Ia juga mempunyai butang khas di belakang scroll wheel di mana dapat membuka Start Tab Windows dengan cepat.

Mouse yang ergonomic
Mouse yang ergonomic
Semak Logitech MX Master S2 harga dibawah:

Selamat datang ke masa hadapan dengan adanya Logitech MX Master S2. Buat pertama kalinya, Logitech memperkenalkan kelebihan tersendiri bernama Logitech Flow di mana satu mouse boleh mengawal dua PC anda. Bukan itu sahaja, anda boleh memindahkan audio, gambar, dan file antara dua PC dengan mudah. Anda hanya perlu copy dari PC lain dan paste ke PC lain. Tahniah, anda baru sahaja memindahkan bahan dari sebuah PC ke dalam PC lain tanpa memerlukan pendrive.

Bentuknya pelik tapi ergonomik.  Ibu jari pengguna direhatkan di atas permukaan yang terlebih di bahagian kiri memberikan keselesaan ketika menggunakannya untuk jangka masa panjang. Mouse ini juga boleh dicas semula. Hanya 3 minit cas sahaja, anda sudah boleh menggunakannya selama 70 hari.

Mouse gaming terbaik dari Logitech
Mouse gaming terbaik dari Logitech
Semak Logitech G502 Proteus Spectrum harga dibawah:

Logitech G502 Proteus Spectrum menggunakan sensor optik khas G Delta Zero dengan 5 tetapan daripada 200 DPI kepada 12,000 DPI yang menghasilkan sedikit pergerakan fizikal tetapi besar pergerakan kursor. Ia juga sangat tahan lasak – setiap butang di atasnya mampu ditekan sebanyak 20 juta kali dan jatuh daripada 5 meter tinggi tanpa menyebabkan rosak atau kecacatan.

Mouse ini penuh dengan ciri-ciri yang boleh diubah mengikut keinginan pengguna. Salah satunya –  dibawahnya terdapat satu ruang yang boleh dibuka dan diletakkan pemberat yang dibekalkan, bertujuan untuk mendapatkan kelicinan luncur mengikut cita rasa pengguna. Ia mempunyai 11 kekunci yang boleh diprogramkan dan sensor yang boleh diubah fungsinya mengikut permukaan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article