Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Tripod Yang Boleh Dipercayai untuk Menyokong Peranti Anda

Kita semua pernah mengalami rasa penatnya untuk memegang kamera digital atau smartphone untuk jangka masa yang lama. Tambahan pula dalam keadaan berdiri. Tidak perlu berasa penat atau lenguh lagi dengan penggunaan tripod. Tripod merupakan sebuah alat yang memegang peranti anda untuk jangka masa yang lama pada ketinggian tertentu.

Sekarang, anda boleh berehat dan biarkan tripod pilihan terbaik kami melakukan tugas memegang gadget anda. Anda hanya perlu duduk berehat sahaja!

Tripod mini terbaik
Tripod mini terbaik
mulai
RM29.99
Semak Yunteng 228 harga dibawah:

Hanya setinggi 20 cm dan lebar bukaan 20.4 cm sahaja menjadikan Yunteng 228 sebagai tripod mini terbaik. Mampu medongakkan dan menundukkan pemegang sehingga 35 darjah, boleh disengetkan sehingga 35 darjah dan boleh dipusing sehingga 360 darjah. Pemegangnya yang boleh diregangkan sehingga 8.8 cm sesuai untuk phone yang bersaiz sederhana.

Juga boleh digunakan untuk meletakkan kamera. Berat kapasiti yang boleh dipegang boleh sehingga 1.5 KG. Saiznya yang kecil juga memudahkannya untuk disimpan. Gambaran dari sudut bawah memang menarik, oleh itu tripod ini sesuai untuk mengambil gambar anda dengan dramatik dari permukaan lantai atau tanah.

Tripod untuk kamera yang murah
Tripod untuk kamera yang murah
mulai
RM45.00
Semak Keep Camera Tripod TR54 harga dibawah:

Keep Camera Tripod TR54 boleh dipanjangkan sehingga 1330 mm memberikan peluang untuk menangkap gambar daripada keadaan yang tinggi. Dengan kapasiti berat yang boleh ditanggung sehingga 3 KG, menjadikannya salah satu tripod yang sesuai untuk penggunaan kamera. Tambahan pula, beratnya hanya 750 gram sahaja memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana.

Reka bentuknya yang ideal sesuai untuk mengelakkan daripada mudah bergegar ketika mengambil gambar. Bahan yang diperbuat adalah aluminium ringan menjadikannya tahan lasak dan tersangat ringan. Juga terdapat tapak bergetah pada setiap kakinya sesuai untuk penggunaan indoor.

Tripod stand terbaik untuk iPad
Tripod stand terbaik untuk iPad
mulai
RM55.50
Semak Dynamite Tripod Stand harga dibawah:

Saiz iPad yang besar dan berat boleh menjadikan tangan pengguna penat untuk memegangnya tegak. Oleh itu, Dynamite Tripod Stand membantu anda yang menghadapi masalah ini dengan memegangkan iPad anda dengan pemegang khas untuk iPad. Ia boleh dipanjangkan dari 50.8 cm hingga 152.4 sesuai untuk pengambilan gambar dan gaming, mengikut paras yang sesuai tanpa perlu berlenguh tangan memgangnya.

Tapaknya yang boleh dibuka besar memberi kestabilan ketika memegang iPad. Diperbuat daripada plastik bagi pemegang dan besi bagi rodnya menjadikannya lebih fleksibel dan tahan lasak.

Terbaik untuk smartphone seperti iPhone
Terbaik untuk smartphone seperti iPhone
mulai
RM79.00
Semak YunTeng VCT-5208 harga dibawah:

YunTeng VCT-5208 mempunyai kelebihan tersendiri iaitu alat kawalan jauh yang menggunakan sambungan tanpa wayar Bluetooth. Pengguna iPhone tidak perlu risau kerana alat kawalan jauh ini juga berfungsi pada iPhone anda. Pengguna hanya perlu on Bluetooth tethering mereka dan biarkannya disambungkan. Pengguna juga tidak perlu risau alat kawalannya kehabisan bateri, kerana boleh dicas semula.

Ia mudah digunakan dan boleh dipanjangkan dari 43cm hingga 125cm untuk mendapatkan pandangan yang tinggi dan cantik. Berat maksimum juga sehingga 1.5 kg sesuai untuk memgang smartphone.

Tripod terbaik untuk kamera digital
Tripod terbaik untuk kamera digital
mulai
RM159.00
Semak Johoyo JY5315 Tripod harga dibawah:

Johoyo JY5315 Tripod diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi dan direka khas untuk lebih lebih padat dan mengurangkan getaran, sesuai untuk pengambilan gambar secara profesional melalui kamera digital. Terdapat alas getah pada hujung kakinya menjadiknnya universal dengan penggunaan indoor atau outdoor. Reka bentuk dan bahan yang digunakan juga dapat menghasilkan tripod yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

Ia mempunyai sistem pengunci khas yang membolehkan pengguna untuk membuka dan melipat kakinya  dengan mudah dan lebih cepat tanpa memerlukan tenaga dan masa yang lama.

Terbaik untuk kamera DSLR dan juga boleh dijadikan monopod
Terbaik untuk kamera DSLR dan juga boleh dijadikan monopod
mulai
RM268.00
Semak QZSD Q666 harga dibawah:

QZSD Q666 diperbuat daripada bahan yang tersangat tahan lasak iaitu campuran aloi antara magnesium dan aluminium menghasilkannya lebih mudah dilentur, tidak mudah patah dan kuat. Kapasiti maksimumnya boleh sehingga 8 KG seolah-olah 3 kamera DSLR boleh dipegangnya serentak. Kelebihan daripada ciri-ciri ini menjadikannya tripod yang terbaik dan paling sesuai untuk kamera DSLR.

Boleh ditinggikan sehingga 156cm tetapi masih stabil kerana mempunyai tapak yang lebar dan setiap kakinya mempunyai getah untuk memberi sokongan geseran supaya tidak mudah tumbang. Rod utamanya boleh dipisahkan dan dijadikan sebagai monopod supaya pengguna boleh membawa DSLR mereka untuk melakukan penggambaran bergerak dengan mudah dan selamat.

Tripod terbaik untuk travel
Tripod terbaik untuk travel
mulai
RM388.00
Semak Manfrotto Element Tripod harga dibawah:

Kepada mereka yang suka merantau demi mencari gambar panorama yang indah, mereka harus memiliki Manfrotto Element Tripod. Ia hanya seberat 4 KG dan boleh dilipat sehingga setinggi 32 cm. Tambahan pula, juga disediakan beg khas untuk tripod ini disimpan dan dibawa bersama oleh pengguna. Ia boleh dipanjangkan dari 36 cm hingga 134 cm sesuai untuk mendapatkan tinggi yang ideal.

Diperbuat daripada aluminium padu menjadikannya sangat-sangat tahan lasak dan tidak mudah karat,  ia boleh digunakan untuk semua kamera digital serta mudah dipasang kerana menggunakan kekunci bebuli. Terdapat juga sokongan padanya untuk mengelakkan getaran apabila berada dalam keadaan tinggi. Kakinya juga boleh dibuka secara bebas demi mendapatkan kestabilan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article