Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Case iPhone 11 Terbaik, Beri Perlindungan Sepenuhnya Untuk Smartphone Mahal Anda

Pelindungan #1 untuk iPhone baru anda!

Wah nampaknya anda sudah memiliki gadget yang viral baru-baru ini iaitu iPhone 11. Tidak kiralah samada membeli iPhone 11, iPhone 11 Pro mahupun iPhone 11 Pro Max, anda haruslah beringat bahawa casing smartphone amat penting dalam penggunaan harian. Ianya dapat melindungi iPhone anda daripada kesan calar atau lebih parah, pecah jika iPhone anda terjatuh. 

Justeru, pada edisi kali ini, kami bawakan beberapa jenis-jenis casing untuk iPhone anda. Daripada yang slim sehingga full body case, semuanya ada disini. Sebelum membuat pembelian, ayuh kita lihat casing yang menepati citarasa dan keperluan anda.

Casing berkualiti serta murah - terbaik untuk iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max
mulai
RM9.00
Semak Magnetic Absorption Kickstand with Finger Ring Case harga dibawah:

Murah tak semestinya tidak bagus. Casing heavy duty ini diperbuat daripada material dual lapisan dengan getah yang tahan lasak untuk pelindungan maksimum. Ianya juga didatangi dengan phone stand berbentuk ring dibelakang. Rekaan casing ini sesuai untuk anda yang sukakan reka bentuk lebih rugged dan trendy.

Clear case terbaik untuk iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max
LEEU
mulai
RM18.00
Semak LEEU Air Bag Case harga dibawah:

Kebanyakan individu lebih menggemari clear case kerana ianya menunjukkan reka bentuk iPhone tersebut. Clear case ini diperbuat daripada material TPU yang jernih, ringan, slim dan berkualiti tinggi. Ianya mempunyai pelindungan untuk lensa kamera. Casing kalis calar dan anti-shock ini adalah must-have untuk semua pemilik variasi iPhone 11.

Terbaik untuk iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max – slim case pilihan ramai
mulai
RM29.84
Semak HOCO Ultra Slim Lightweight Casing harga dibawah:

Casing ini amat slim dan ringan namun masih memberikan pelindungan yang cukup untuk iPhone anda. Diperbuat daripada TPU yang berkualiti, casing slim ini juga suatu must-have item untuk pemilik iPhone. Ini kerana iPhone sudah mempunyai keberatan tersendiri, jadi kita harus memilih casing yang ringan untuk keselesaan.

Sesuai untuk iPhone 11 Pro Max - casing terbaik untuk pelindungan menyeluruh
Supcase
mulai
RM79.00
Semak SUPCASE Unicorn Beetle Pro Full Body Holster Case harga dibawah:

Dinobatkan sebagai pemenang untuk Best Case Scenario drop test pada CNET annual, anda harus memiliki full case ini untuk perlindungan 360 darjah. Material TPU dan polikarbonatnya menjadikan ianya dapat memberi ketahanan yang baik. Casing ini didatangi dengan built-in screen protector serta klip untuk menyangkut iPhone anda pada tali pinggang.

Sesuai untuk iPhone 11 : Casing iPhone dengan strap terbaik
Skinarma
mulai
RM89.00
Semak SKINARMA Drop Protection Fashion Case with Strap harga dibawah:

Untuk anda yang gemar casing dengan strap, ini pilihan terbaik. Ianya memberikan anda grip yang lebih secure agar iPhone tidak mudah jatuh. Strap yang diperbuat dari PU leather ini juga boleh digunakan sebagai stand jika anda hendak menonton video. Datang dalam corak yang menarik, ianya pasti membuatkan smartphone anda menjadi perhatian ramai.

Casing dengan wireless charging untuk iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max
X-Doria
mulai
RM88.00
Semak X-DORIA Defense Tactical Case harga dibawah:

Milik casing diperbuat daripada material tahan lasak yang boleh membuatkan iPhone anda dilindungi dengan baik walaupun jatuh dari aras 3 meter. Ianya menyokong sistem wireless charging tanpa perlu menanggalkan casing. Plus point untuk casing ini adalah ianya mempunyai salur bunyi yang tersendiri untuk memberikan kualiti bunyi yang lebih menarik.

Casing dan wallet 2-in-1 pilihan terbaik, sesuai untuk iPhone 11
Urban Armor Gear
mulai
RM139.00
Semak UAG Metropolis Wallet Case harga dibawah:

Kini anda tidak perlu membawa wallet dan smartphone berasingan. Hanya masukkan kad penting dan wang dipoket sisi dalam casing ini dan anda ready to go! Casing ini mempunyai cover linen lembut untuk melindungi iPhone anda. Plus point untuk casing ini, ianya menyokong penggunaan aplikasi Apple Pay dan wireless charging.

Casing jenis leather terbaik untuk iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max
Mous
mulai
RM179.00
Semak Mous Leathercase Aeroshock harga dibawah:

Untuk iPhone anda bergaya lebih premium, dapatkan casing leather ini. Diperbuat daripada material Aeroshock, ianya direka untuk memberi pelindungan yang tinggi pada iPhone anda disamping menggayakan style ala-ala timeless. Mempunyai lebih dari 3 pilihan leather, pasti ada satu yang menarik minat anda.

MOUS Limitless 3.0 Case
Mous
mulai
RM179.00
Semak MOUS Limitless 3.0 Case harga dibawah:

Dinamakan casing kelas pertama yang boleh menahan impak yang kuat, casing ini menjanjikan pelindungan yang optimum buat iPhone anda. Ianya juga direka untuk melindungi skrin smartphone anda daripada pecah atau retak akibat terjatuh dari tempat yang tinggi. Diperbuat daripada Aramid Carbon Fibre, casing ini sesuai untuk anda yang selalu berada dalam situasi kerja yang lebih agresif dan lasak.

Sesuai untuk iPhone 11 Pro - Casing iPhone lengkap dengan pop soket
Otterbox
mulai
RM239.00
Semak Otterbox + Pop Series harga dibawah:

Casing stylish ini didatangi dengan ciri pop soket yang dimasukkan didalam casing tersebut. Tidak seperti yang kita sering lihat adalah menggunakan pelekat, pop soket ini lebih dijamin ketahanannya. Casing ini juga mempunyai bumper pada skrin yang lebih tinggi untuk melindungi permukaan skrin iPhone anda.

Artikel Berkaitan 

End of Article