Product in this article

Pasti anda pernah tertanya-tanya bagaimanakah video aksi seperti sukan skateboarding tidak nampak bergegar. Jika anda seorang penggemar merakam video, pasti tahu bahawa penggunaan objek bernama gimbal adalah kuncinya. 

Apa itu gimbal dan bagaimana ianya berfungsi?

Gimbal adalah sebuah aksesori yang menggunakan motor dan sensor untuk menstabilkan kamera. Ini bermaksud, anda boleh merakam video yang lancar walaupun dalam keadaan bergerak. Gimbal boleh digunakan pada smartphone, kamera DSLR, handycam dan banyak lagi mengikut kesesuaian gadget anda. 

Gimbal boleh didapati dengan 2 atau 3 paksi dimana ianya dikawal oleh motor digital dan sensor di dalamnya akan membantu menstabil dan menyeimbangkan kamera. Setiap gadget memerlukan gimbal yang tersendiri. Untuk membuat pembelian yang tepat, ayuh baca dahulu senarai gimbal bersesuaian dengan kegunaan anda.

1. HOHEM ISteady Pro 3-Axis Handheld Gimbal

Gimbal untuk kegunaan pada video kamera seperti handycam

Harga mulai RM289.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM318.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM289.00

Gimbal ini merupakan gimbal one-piece forming dimana ianya datang dalam satu part sahaja. Anda tidak perlu menyambungkan apa-apa lagi sebelum menggunakannya. Gimbal ini boleh digunakan dengan handycam dan juga action camera. Gimbal Hohem ini digelar time lapse expert kerana ianya mampu merakam video matahari terbenam dengan kualiti yang mantap.

2. DJI Osmo Mobile 2 Smartphone Gimbal

Gimbal untuk smartphone dengan sistem iOS

Harga mulai RM329.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM339.00 search Cari produk di Lazada Malaysia

Jenama DJI adalah nama yang tidak asing dalam dunia gadget. Jika anda menggunakan iPhone, gimbal ini sesuai digunakan. Ianya boleh digunakan dengan kamera depan mahupun belakang. Anda boleh merakam video terang walaupun dalam keadaan kurang cahaya/gelap. 

Mempunyai Activetrak, ianya memastikan fokus objek atau manusia tidak tampak kabur dan lari dari frame ketika merakam.

3. SNOOPA Atom Compact Smartphone Gimbal

Gimbal untuk smartphone, dilengkapi dengan sistem Android

Harga mulai RM375.00

Gimbal kompak dan mudah lipat ini menyokong penggunaan pada smartphone yang mempunyai sistem Android. Ianya mudah untuk dikendali, hanya dengan memasangkan smartphone anda ke gimbal dan mula merakam. Gunakan satu suis sahaja untuk penukaran rakaman dari menegak ke melintang, gimbal ini sesuai untuk beginner (pemula).

Saiznya yang kompak pula, sangat menjimatkan ruang. Hanya simpan sahaja di dalam poket, anda boleh bawa gimbal ini kemana sahaja.

4. FREEVISION Vita-M Pro 3-Axis Handheld Gimbal

Gimbal terbaik untuk smartphone – harga mesra poket dan berkualiti tinggi

Harga mulai RM480.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM480.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM480.00

Jika anda gemar merakam video melalui smartphone dan inginkan kualiti video yang cantik, miliki gimbal ini. Ianya direka khas untuk smartphone. Antara ciri menarik adalah beauty shoot, motion time lapse auto dan manual, pengecaman wajah dan objek, video slow motion serta dolly zoom.

5. FEIYU G6 Plus 3-Axis Handheld Gimbal

Gimbal untuk kegunaan dengan kamera aksi (action cam) seperti Go Pro

Harga mulai RM749.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM749.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM779.00

Gimbal ini mampu memberi 12-jam runtime dan ianya juga kalis percikan. Jika anda mecari gimbal untuk kamera aksi seperti go pro, ini pilihan terbaik. Cuma download aplikasi Feiyu pada smartphone anda. Dilengkapi dengan ciri tilt motion 260 darjah dan roll motion 320 darjah, video aksi anda akan tampak lebih stabil.

6. ZHIYUN Crane M-2 Handheld Gimbal

Gimbal untuk kamera mirrorless – sesuai dengan Sony A6000

Harga mulai RM849.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM950.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM849.00

Kamera mirrorless bersaiz lebih kecil berbanding DSLR. Gimbal ini sesuai untuk kamera sebegini termasuk kamera kompak. Ianya mempunyai 6 mode kreatif untuk rakaman video dan antaranya ialah Full-Range POV Mode. Hanya gabungkan sahaja kamera dan gimbal menggunakan WiFi atau Bluetooth untuk mengawal kamera anda terus dari gimbal.

7. MOZA Air 3-Axis Handheld Gimbal

Gimbal sesuai untuk semua jenis kamera – baterinya tahan lebih lama

Harga mulai RM1,099.00

Gimbal ini mempunyai pilihan 2 laras pemegang untuk teknik handling lebih selesa. Ianya boleh digunakan pada semua jenis kamera termasuk DSLR dan mirrorless. Kesemua paksinya memberi putaran 360 darjah untuk perspektif yang lebih luas. Rakam 6 ke 8 jam berterusan tanpa hirau akan bateri low.

8. DJI Ronin-S

Gimbal pilihan terbaik untuk kamera besar seperti DSLR

Harga mulai RM1,780.00

Direka untuk kegunaan dengan DSLR dan kamera mirrorless, gimbal ini menyokong DJI Focus serta aksesori Ronin yang lain. Ianya boleh menampung berat sehingga 3.6kg dan mempunyai sistem operasi berkelajuan tinggi sehingga mencecah 75kph. Gimbal ini merupakan single hand operation gimbal iaitu dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja, anda boleh kendali gimbal ini lebih lancar. 

Ciri asas yang boleh didapati daripada gimbal ini adalah timelapse, motionlapse dan motion control.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!