Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Micro SD Card Untuk Menyimpan Kenangan Dalam Smartphone Tanpa Perlu ‘Delete’ Yang Lama

Confirm tak kehabisan memori lagi!

Kad memori didatangi dalam pelbagai format, kapasiti dan kelajuan walaupun mempunyai fungsi yang sama. Bagi memastikan smartphone anda sentiasa mempunyai memori yang cukup, pilihlah kad memori yang bersesuaian untuk telefon bimbit pintar mengikut jenis. Bukan semua smartphone boleh menerima kad Micro SD berkapasiti yang sama. Smartphone masa kini kebanyakannya mempunyai tarikan yang tersendiri. Ada yang dicipta khas untuk gaming, mengambil gambar, mendengar musik dan banyak lagi. 

Kesemua aktiviti itu memerlukan memori yang cukup. Jika memori bulit-in pada smartphone anda kecil, belilah kad memori tambahan microSD. Kenal pasti jika kad microSD tersebut bersesuaian dengan smartphone anda, barulah beli;

Kad memori microSD berkapasiti tinggi menjadi pilihan ramai!
Semak SANDISK Ultra MicroSD harga dibawah:

Kad memori Class A1 ini sesuai digunakan untuk smartphone, kamera, dash cam dan bermacam lagi. Ianya dilengkapi dengan kelajuan sehingga 100Mbps. Selain itu, dengan menggunakan kad memori microSD Sandisk, kapasiti bukan lagi satu masalah kerana memorinya boleh mencapai sehingga 200GB. 

Anda kini boleh download apa jua aplikasi kegemaran dengan kad memori microSD High Capacity ini tanpa risau kehabisan ruang penyimpanan.

Memori tambahan 64GB untuk smartphone anda
Semak TRANSCEND 4K Premium MicroSD harga dibawah:

Jika anda bercadang untuk menambah kapasiti memori 64GB untuk smartphone anda, pilihlah Transcend. Mempunyai peralihan kelajuan sebanyak 60MB/saat, ianya memastikan smartphone anda tidak lagging sewaktu melakukan muat turun atau apa jua aktiviti sekalipun. Kad memori ini juga dilengkapi dengan ciri full HD.

Kad microSD dengan berkapasiti 128GB – bermaterial kalis air
Semak TOSHIBA MicroSD UHS-I U1 Class 10 M203 harga dibawah:

Sesetengah orang tidak memerlukan memori yang banyak dan jika anda mahu membeli kad memori 128GB, microSD dari Toshiba ini amat sesuai untuk smartphone anda. Sama ada anda pengguna Oppo mahupun Samsung, kad memori yang kalis air dan hentakan ini boleh memberi jaminan agar anda tidak akan kehabisan storage dan data tidak mudah rosak atau hilang. 

Plus point yang ada dalam kad memori ini ialah ianya dapat menyokong rakaman video full HD. Tidak akan ada masalah gambar atau video berkualiti pixel.

Direka khas untuk kegunaan bergaming, sesuai pada smartphone
Semak SILICON Power High Speed MicroSD harga dibawah:

Buat si kaki gamers, tidak kiralah samada menggunakan smartphone atau konsol permainan, anda pasti mahu memori untuk bergaming sentiasa mencukupi. Kad memori daripada Silicon Power ini dicipta khas untuk kegunaan dengan apa jua peralatan bergaming. Ianya membolehkan anda menyimpan game tanpa risau akan kehabisan ruang penyimpanan. 

Proses pemindahannya juga tidak memakan masa yang lama. Kad memori ini tahan digunakan untuk tempoh masa yang panjang.

Pilihan terbaik untuk smartphone dengan kamera terbaik
Semak KINGSTON MicroSD harga dibawah:

Jika anda pengguna smartphone dngan kamera terbaik seperti Honor 8X ataupun Oppo F7, pastikan anda memilih kad memori ini. Ianya amat sesuai untuk penyimpanan video dan gambar. Videonya boleh mencapai resolusi full HD dan 3D. Proses merekod dan membacanya juga adalah 8 kali lebih laju dari kad memori microSD yang biasa. Tambahan pula, kad memori ini kalis air, haba, kejutan, gegaran serta x-ray.

Sesuai digunakan untuk smartphone serta peranti dengan OS Android.
Semak REMAX Memory MicroSD harga dibawah:

Remax adalah jenama yang agak baru dalam dunia teknologi namun prestasi kad memorinya amat bagus dan sesuai digunakan untuk smartphone serta peranti yang menggunakan sistem Android. Jenis memori pada pada microSD ini adalah SDHC dan transmisi kelajuan pemindahan datanya juga tinggi.

Kad microSD terbaik dengan kapasiti 256GB – tiada masalah lagging
Semak SAMSUNG EVO Plus MicroSD harga dibawah:

Jenama Samsung adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia gajet. Prestasi kad memori microSD ini juga tidak kurang hebatnya. Dengan memori sebesar 256GB, anda boleh memuat turun apa sahaja tanpa hirau smartphone menjadi lagging. 

Selain itu, jika kad memori anda penuh dan hendak memindahkan data ke laptop, hanya pindahkan sahaja video sebesar 3GB dalam masa 38 saat. Ciri lainnya kad microSD ini termasuklah kalis 4 sekawan iaitu air, habuk, gegaran dan x-ray.

Kad microSD berkualiti tinggi dengan kapasiti 512GB
Semak LEXAR High Performance MicroSD harga dibawah:

Dengan menggunakan teknologi UHS-I, kad memori microSD ini menjadi pilihan nombor satu jika anda memerlukan kapasiti yang besar untuk menyimpan memori. Untuk anda yang gemarkan memuat turun movie atau video ke dalam smartphone, pastikan kad memori yang digunakan adalah dari jenama Lexar. Ianya mempunyai ciri playback 1080p Full HD. 

Selain daripada mempunyai kelajuan pemindahan yang pantas, ianya juga menyokong format video 3D.  Tiada lagi masalah buffering atau lagging semasa menonton video.

Artikel Berkaitan

End of Article