Smartphone adalah salah satu alat yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Ianya boleh digunakan sebagai alat untuk berhubung, mencari info, bergaming, mendengar muzik, membuat kerja atau tugasan kuliah, merakam video dan gambar serta bermacam lagi. Smartphone adalah barangan ‘must-have’ untuk setiap individu. Tak kira peringkat umur samada anak kecil, remaja, orang tua - semuanya pasti memiliki satu smartphone untuk kegunaan harian walaupun hanya untuk menjawab Whatsapp dan call sahaja. Semasa hendak membeli, anda sudah pasti akan melihat kepada jenamanya terlebih dahulu sebelum harga. Jika anda melihat kepada jenama, sudah pasti lebih daripada kemampuan bajet yang ditetapkan. Lihatlah pada kualitinya. 

Jenama itu tidak menjadi masalah tetapi ketahanan smartphone tersebut. Jika anda masih runsing untuk membuat pilihan, disini kami bawakan beberapa jenis smartphone dengan harga kurang dari RM 1,500 lengkap dengan kelebihan masing-masing. Apa tunggu lagi, ayuh teruskan membaca dan dapati smartphone idaman anda!

1. NUBIA Red Magic

Dilengkapi dengan processor terbaik, si gamers mania enjoy bermain PUBG

Harga mulai RM1,419.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM1,499.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM1,419.00

CPU : Octa-core (4x2.35 GHz Kryo & 4x1.9 GHz Kryo)  | Grafik : Adreno 540  | Memori : 8GB RAM  | Storage : 128GB  | Skrin : 6.0”  | Berat : 185gm

Dikuasai processor terbaik, smartphone ini dicipta khas untuk permainan game yang ekstrim. Tidak kiralah anda bermain PUBG mahupun Mobile Legends, smartphone ini pasti tidak akan mengecewakan anda. Ianya tidak mudah lagging dan didatangi dengan DTS HD Sound serta grafiknya adalah yang terbaik untuk gaming. 

Smartphone ini lengkap dengan kamera 24MP, ianya menjadi pilihan gamers mania di luar sana untuk pengalaman yang menakjubkan!

2. Oppo F11 Pro

Vlogger, ini untuk anda! – kualiti video terbaik, dilengkapi kamera pop-up

Harga mulai RM1,118.00

CPU : Octa-core (4x2.1 GHz Cortex-A73 & 4x2.0 GHz Cortex-A53)  | Grafik : Mali-G72 MP3  | Memori : 6GB RAM  | Storage : 128GB  | Skrin : 6.53”  | Berat : 190gm

Sedia untuk merakam momen indah dengan smartphone Oppo ini! Vlog anda pasti tampak seolah-olah dirakam menggunakan kamera DSLR. Dilengkapi dual kamera beresolusi 48MP, pasti akan memberi efek video setanding pro-videographer! Selain itu, smartphone ini mempunyai kamera selfie pop-up dengan resolusi 16MP. Selfie dan video game on point! Fancy bukan?

3. Samsung Galaxy M20

Smartphone untuk kegunaan pelajar dengan sistem 360 surround

Harga mulai RM749.00

Kini hiburan anda lebih memuaskan dengan skrin berukuran 6.3 inci dilengkapi sistem bunyi 360 surround sound. Menonton video mahupun bermain game kini menjadi lebih syiok! Smartphone ini juga dilengkapi ciri pengecaman wajah dimana hanya dengan menggunakan feature wajah anda untuk unlock smartphone ini. 

Ianya dilengkapi ciri standard sebuah smartphone dan didatangi pula dengan harga mampu milik, pilihan tepat buat anak yang masih bersekolah. Tak perlulah beli yang mahal, cukuplah sekadar untuk kegunaan asasnya sahaja.

4. HUAWEI Nova 3i

Kamera depan terbaik untuk berselfie tanpa perlu risau angle

Harga mulai RM799.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM799.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM799.00

CPU : Octa-core (4x2.2 GHz Cortex-A73 & 4x1.7 GHz Cortex-A53)  | Grafik : Mali -G51 MP4  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 128GB  | Skrin : 6.3”  | Berat : 169gm

Satu kamera depan untuk selfie tidak cukup? Pilihlah Huawei dengan dua kamera depan. Ianya boleh menggubah gambar secara lebih natural. Dengan resolusi 24MP + 2MP, kamera AI ini mampu untuk menyesuaikan kecerahan dan kontras gambar berdasarkan keadaan pencahayaan sekeliling agar gambar yang diambil tampak seakan-akan menggunakan DSLR.

5. Vivo V15

Dilengkapi fungsi fast charging – sesuai untuk live streaming di Instagram

Harga mulai RM1,299.00

Jika anda seorang yang gemar untuk lakukan live streaming tidak kira sebarang platform seperti Instagram, Facebook atau Twitter, pasti yang menjadi kerisauannya adalah ketahanan bateri. Dengan Vivo V15, anda tak perlu risau lagi. Dilengkapi bateri Li-Po 4000 mAh, ianya tahan lebih lama serta mempunyai fungsi fast-charging untuk memastikan anda sentiasa mempunyai bekalan bateri secukupnya. 

Selain itu, smartphone ini dikuasai unit pemprosesan (CPU) yang laju agar streaming anda tidak lagging.

6. ASUS ZenFone Max Pro (M1)

Smartphone terbaik untuk pemandu Grabcar – bateri tahan lama

Harga mulai RM639.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM699.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM639.00

Pemandu Grabcar selalunya memerlukan smartphone untuk menggunakan Waze serta aplikasi Grabcar. Ini memakan bateri yang banyak. Kadang kala, charger dalam kereta pulak rosak. Dengan smartphone Asus ini, ia menawarkan bateri 5000 mAh. Baterinya tahan selama 2 hari selepas mengecas. Bateri besar sebegini amat berguna jika anda menggunakan smartphone 24 jam sehari.

Tak perlulah ada smartphone yang asing untuk kerja dan peribadi. Hanya satu sahaja sudah memadai!

7. Honor 8X

Smartphone 4GB RAM, dilengkapi nfc – mudah dikendali untuk orang tua

Harga mulai RM799.00

CPU : Octa-core (4x2.2 GHz Cortex-A73 & 4x1.7 GHz Cortex-A53)  | Grafik : Mali-G51 MP4  | Memori  : 4GB RAM  | Storage : 128GB  | Skrin : 6.5”  | Berat : 175gm

Smartphone Android dengan RAM 4GB ini mempunyai kamera setanding dengan smartphone yang mempunyai ram lebih besar iaitu 20MP. Selain itu, tetapannya mudah untuk digunakan. Anda boleh mengubah suai tetapannya bersesuaian dengan ciri yang dikehendaki pengguna. Skrinnya juga memainkan peranan penting untuk pengguna yang lebih berumur kerana ianya memaparkan keseluruhan imej pada skrin.

Ianya juga dilengkapi NFC yang menyokong pembayaran seperti Paywave. Harga berpatutan dan berkualiti terbaik.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. REDMI Note 7 Pro

Smartphone dengan kamera bagai DSLR dikuasai Snapdragon 675

Harga mulai RM999.00

CPU : Octa-core (2x2.0 GHz Kryo 460 Gold & 6x1.7 GHz Kryo 460 Silver)  | Grafik : Adreno 612  | Memori : 6GB RAM  | Storage : 128GB  | Skrin : 6.3”  | Berat : 186gm

Dikuasai Snapdragon 675 dan dilengkapi pula dengan tahap performance yang laju, smartphone ini digelar Camera Beast. Dengan lebih banyak piksel terperinci, Redmi Note 7 Pro mempunyai sensor kamera 48MP Sony IMX586, yang mempunyai 4 kali piksel kamera telefon pintar biasa dan 12MP yang menghasilkan resolusi yang menakjubkan. Setanding dengan telefon mahal, Redmi ini jenama yang digemari ramai pengguna di Malaysia.

9. GOOGLE Pixel 2

Smartphone dilengkapi kamera Google, layari internet tanpa had

Harga mulai RM1,299.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,299.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM1,330.00

CPU : Octa-core (4x2.35 GHz Kryo & 4x1.9 GHz Kryo)  | Grafik : Adreno 540  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 128GB  | Skrin : 5.0”  | Berat : 143gm

Diperbuat daripada bahan material jenis metal kalis air, smartphone ini mempunyai kamera Google iaitu kamera pintar yang mempunyai dual pixel autofocus. Rakaman video tampak lebih smooth dan tidak bergegar. Smartphone ini sesuai buat mereka yang gemarkan simplicity atau gaya yang lebih minimalis.

10. Xiaomi Mi 8 Lite

Dikuasai Snapdragon 660 – kamera lengkap dengan stabilizer

Harga mulai RM668.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM699.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM668.00

CPU : Octa-core (4x2.2 GHz Kryo & 4x1.8 GHz Kryo)  | Grafik : Adreno 512  | Memori : 6GB RAM  | Storage : 128GB  | Skrin : 6.26”  | Berat : 169gm

Jika anda mahukan smartphone dengan kamera yang mempunyai stabilizer, ini jawapannya. Ia memastikan agar kualiti gambar dan video tidak terjejas dalam apa jua keadaan. Dengan kamera AI nya, anda pasti tidak akan kecewa dengan kualiti gambar serta video. Tidak perlu lagi membuat heavy editing. Hanya guna Xiaomi Mi 8 Lite yang dikuasai 660.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Disclaimer: The pricing shown is just a good indication of how much these products are worth. The prices could change based on the e-commerce promotions that are going on. If some of the products are not available, do email us at [email protected] Thank you!

 

Tentang A. Shahirah

A mommy who plays in the rain with her son.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!