Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Smartphone Bawah RM1500 Terbaik & Berkualiti 2024

Jangan keluar rumah tanpa smartphone!

Telefon pintar merupakan alat teknologi yang sangat penting sekarang sebab boleh dikatakan semua urusan menggunakan smartphone.

Kini ada smartphone yang berharga bawah RM1500 dan boleh berfungsi sama seperti smartphone mahal yang lain.

Boleh menyimpan data,  mengambil gambar, merakam video, membuat panggilan video dan audio, menghantar email dan pelbagai lagi.

Jadi bagi memudahkan kerja anda, kami senaraikan beberapa Android terbaik dan phone bawah RM1500.


Senarai 10 Smartphone Terbaik Bawah RM1500

Smartphone terbaik untuk live streaming
Realme GT NEO 5 SE
Semak Realme GT NEO 5 SE harga dibawah:
add_circle Paparan OLED kualiti visual menakjubkan
add_circle Kamera selfie gambar potret cantik
add_circle Dilengkapi NFC
add_circle Sensor cap jari optik di sebalik skrin
add_circle Kapasiti bateri besar
add_circle Ada sokongan pengecasan pantas 100W
remove_circle Tiada audio jack
remove_circle Tidak ada perlindungan gorilla glass
remove_circle Tiada pengiktirafan kalis air dan debu
  • Chipset: Qualcomm SM7475-AB Snapdragon 7+ Gen 2 (4 nm)
  • OS: Android 13, Realme UI 4.0
  • RAM: 8GB, 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB ,512GB, 1TB
  • Saiz Skrin: 6.74-inch
  • Resolusi: 1240 x 2772 pixels
  • Bateri: 5500 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (mikro) 16MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Realme GT NEO 5 SE merupakan sebuah smartphone kelas pertengahan yang dilengkapi dengan stereo speaker

Ciri-ciri:

Fungsi keselamatan pada Realme GT NEO 5 SE yang terletak di bawah skrin sangat mengagumkan bagi sebuah phone mid-range.

Bagi anda yang mencari smartphone kelas pertengahan yang terbaik dengan kapasiti bateri besar, ini antara pilihan utama anda.

Realme GT NEO 5 SE juga turut hadir dengan versi Android 13 terbaru, dan juga interface Realme UI 4.0 yang menarik.

Salah satu ciri menarik Realme GT NEO 5 SE adalah pembesar stereo yang menyediakan audio terbaik untuk pengalaman multimedia yang menyeronokkan. 

Ciri ini amat sesuai untuk anda buat live streaming dan berborak dengan penonton.

Selain itu, telefon Android terbaik ini menyediakan sensor cap jari optik di bawah skrin untuk unlock telefon dengan pantas dan selamat. 

Paling menarik, turut disokong oleh bateri yang berkapasiti 5500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Review:

“Gambar yang diambil adalah lebih baik serta kualiti gambar jauh lebih cantik dari yang dijangka.”

Smartphone yang support Google camera
Google Pixel 6A
Semak Google Pixel 6A harga dibawah:
add_circle Prestasi baik
add_circle Saiz kecil
add_circle Kamera terbaik
add_circle Software update yang dijamin
remove_circle Bahagian belakang phone mudah calar
remove_circle Pengecasan perlahan
remove_circle Paparan 60Hz
  • Chipset: Google Tensor 
  • OS: Android 12, boleh naik taraf ke Android 13
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.1-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 4410 mAh
  • Kamera: 12MP (lebar) 12MP (ultra-lebar) 8MP (swafoto)

Google Pixel 6A merupakan sebuah smartphone kelas pertengahan yang dilengkapi dengan processor berprestasi baik bersesuai dengan harganya.

Bahagian kamera utama 12MP pada Pixel 6A ini juga dikatakan sangat mengagumkan bagi sebuah phone mid-range, jadi anda boleh mengambil gambar yang berkualiti.

Bagi anda yang mencari smartphone kelas pertengahan yang terbaik yang menyokong rangkaian 5G, ini antara pilihan utama anda walaupun saiznya sedikit kecil berbanding smartphone lain. 

Pixel 6A juga turut hadir dengan versi Android terbaru, anda juga boleh update software dengan mudah dan mendapat sokongan keselamatan sehingga 5 tahun. 

Bagaimanapun, kami sarankan anda menggunakan casing phone yang berkualiti sebab bahagian belakang smartphone ini mudah calar.

Smartphone untuk orang tua Malaysia
Samsung
Samsung Galaxy A34 5G
Semak Samsung Galaxy A34 5G harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Ada pengecasan pantas
add_circle Paparan skrin besar dengan Super AMOLED
remove_circle Kuasa pemprosesan mungkin kurang memuaskan
  • Chipset: Mediatek MT6877V Dimensity 1080 (6 nm)
  • OS: Android 13, One UI 5.1
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.6-inch, Super AMOLED
  • Resolusi: 1080 x 2340 piksel
  • Bateri:  5000 mAh
  • Kamera: 48 MP (lebar) 8 MP (ultra-lebar) 5 MP (makro) 13 MP (swafoto)

Samsung Galaxy A34 5G merupakan telefon android terbaik dengan harga berpatutan untuk orang tua. 

Dengan skrin Super AMOLED Infinity O-Display 6.6 inci FHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz, ia menawarkan kualiti paparan skrin terbaik. 

Dikuasakan oleh prosesor MediaTek Dimensity 1080 Octa-core 2.6 GHz, RAM 8GB, dan storan dalaman hingga 256GB (boleh ditambah sehingga 1TB).

Ciri ini akan memberikan anda keupayaan untuk melakukan tugasan harian dengan lancar.

Galaxy A34 5G dilengkapi dengan tiga kamera belakang (48MP F1.8 AF OIS + 8MP F2.2 Ultra Wide + 5MP F2.4 Macro) dan kamera hadapan 13MP.

Turut merupakan pilihan terbaik bagi orang tua yang mencari telefon pintar berkualiti dengan bajet terhad.

Smartphone untuk grab driver
Semak Oppo A98 harga dibawah:
add_circle Bateri besar tahan lama
add_circle Kamera hadapan 32MP
add_circle Cip Snapdragon 695 kuat
remove_circle Tidak menyokong rakaman video 4K
remove_circle Telefon mudah panas
  • Chipset: Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G (6 nm)
  • OS: Android 13, ColorOS 13.1
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Saiz Skrin: 6.72-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 2MP (mikro) 2MP (kedalaman) 32MP (swafoto)

Oppo A98 adalah telefon Android terbaik yang lengkap dengan ciri-ciri hebat pada harga yang berpatutan. 

Dengan paparan IPS LCD FHD+ sebesar 6.72 inci, anda dapat menikmati paparan skrin yang menakjubkan. 

Sementara itu, cip pemprosesan Snapdragon 695 akan memastikan prestasi yang lancar dan dapat menjalankan multitask tanpa masalah. 

Bagaimanapun, telefon ini hadir dengan satu pilihan RAM dan storan dalaman sahaja, iaitu 8GB RAM dan 256GB internal storage.

Dengan bateri 5000 mAh dan pengecasan 67W, Oppo A98 dapat digunakan sepanjang hari tanpa perlu risau bateri cepat habis. 

Ciri ini membuatkan telefon ini sesuai untuk mereka yang kerja sebagai Grab driver.

Oppo A98 dijalankan menerusi ColorOS 13 yang menyediakan antara muka yang mesra pengguna dan dapat akses kepada pelbagai aplikasi dan ciri. 

Smartphone untuk instagram
Vivo iQOO Z7
Semak Vivo iQOO Z7 harga dibawah:
add_circle Ketahanan bateri baik
add_circle Sokongan pengecasan pantas 44W
add_circle Harga berpatutan
add_circle Menyokong rakaman video 4K
remove_circle Tiada kamera optik zoom dan ultrawide
remove_circle Tiada sokongan NFC
remove_circle Kamera selfie hanya boleh rekod video 1080p
  • Chipset: Mediatek Dimensity 920 (6 nm)
  • OS: Android 13, Funtouch 13
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.38-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 4500 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)

Vivo iQOO Z7 hadir dengan paparan AMOLED yang menakjubkan sebesar 6.38 inci.

Kadar penyegaran 90Hz, sokongan HDR10+, kecerahan 1300 nits, dan perlindungan Schott Xensation Glass pasti anda dapat menikmati visual yang dinamik dan live.

Selain itu, Android terbaik ini juga menawarkan sambungan 5G dan rating IP54, menjadikannya tahan habuk dan air.

Tambahan lagi, Vivo iQOO Z7 dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 920 bagi memastikan prestasi yang lancar dan multitask yang efisien. 

Manakala, antara muka Funtouch 13 yang disesuaikan berdasarkan firmware Android 13 memberikan anda antara muka yang mesra pengguna.

Dengan storan dalaman 128GB dan RAM 6GB/8GB, anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk semua aplikasi, foto, dan fail anda. 

Telefon pintar ini boleh didapati dalam variasi warna menarik, termasuk Norway Blue dan Pacific Night.

Smartphone terbaik untuk PUBG
Xiaomi
Xiaomi Redmi Note 12 Pro 4G
Semak Xiaomi Redmi Note 12 Pro 4G harga dibawah:
add_circle OS Android 11
add_circle Paparan Full HD+ OLED & Dolby Vision
add_circle Kalis debu & percikan air
add_circle Sesuai untuk gaming & multitask
remove_circle Tiada kamera zoom optik
remove_circle Tiada perlindungan Gorilla Glass
  • Chipset: Qualcomm SM7150 Snapdragon 732G (8 nm)
  • OS: Android 11, MIUI 13
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storage: 128GB. 256GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 108MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 5MP (makro) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)

Xiaomi Redmi Note 12 Pro 4G merupakan salah satu telefon Android terbaik yang premium pada harga yang berpatutan. 

Dengan reka bentuknya yang slim, ukuran 164.2 x 76.1 x 8.1 mm dan berat 201.8 g, telefon ini selesa digenggam dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Peranti ini turut menyokong fungsi dual SIM hybrid bagi memudahkan anda menggunakan dua nombor telefon.

Selain itu, phone bawah RM1,500 ini turut menggunakan paparan AMOLED yang menakjubkan sebesar 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. 

Sudah tentu paparan visual anda semasa bermain game PUBG akan lebih menyeronokkan.

Dikuasakan oleh chipset Snapdragon 732G, telefon pintar ini menyediakan prestasi yang hebat untuk gaming, multitask dan penggunaan harian.

Smartphone gaming bawah RM1500
Honor X9a 5G
Semak Honor X9a 5G harga dibawah:
add_circle Ada sokongan 5G dan NFC
add_circle Ada port inframerah
add_circle Paparan AMOLED dengan 1 billion warna
add_circle Kadar penyegaran semula tinggi (120Hz)
add_circle Kapasiti bateri yang besar (5100 mAh)
remove_circle Tiada perlindungan kalis air dan habuk
remove_circle Tiada perlindungan Gorilla Glass
remove_circle Kualiti kamera sederhana
  • Chipset: Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G (6 nm)
  • OS: Android 12, Magic UI 6.1
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 5100 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 5MP (ultra-lebar) 2MP (makro) 16MP (swafoto)

Honor X9a hadir dengan bateri Li-Po 5100 mAh yang besar dan boleh bertahan lebih 6 jam penggunaan secara terus. 

Selain itu, telefon pintar ini turut mendapat sokongan pengecasan pantas 40W. 

Telefon Android terbaik ini menawarkan tiga warna menarik iaitu Titanium Silver, Emerald Green, dan Midnight Black.

Honor X9a menampilkan panel AMOLED 6.67 inci yang boleh memaparkan 1 bilion warna, kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan 800 nits.

Untuk kamera, terdapat tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultrawide 5MP, dan lensa makro 2MP. 

Kedua-dua kamera ini mampu merakam video dengan resolusi 1080p.

Honor X9a dikuasakan oleh chipset Snapdragon 695 5G yang dikatakan terbaik dalam kelasnya. 

Ciri tambahan ini akan melancarkan penggunaan anda dan membuatkan telefon pintar ini tidak mudah lagging.

Smartphone dengan kamera stabilizer
Vivo V27e
Semak Vivo V27e harga dibawah:
add_circle Rakaman video 4K
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Menyokong pengecasan pantas 66W
add_circle Sokongan sistem operasi Android 13 terkini
add_circle Perlindungan terhadap air dan habuk IP54
remove_circle Tiada kamera ultrawide dan zoom optik
remove_circle Tiada perlindungan Gorilla Glass
remove_circle Tiada sambungan 5G
  • Chipset: Mediatek MT8781 Helio G99 (6nm)
  • OS: Android 13, Funtouch 13
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.62-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 4600 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 2MP (makro) 2MP (kedalaman) 32MP (swafoto)

Dengan reka bentuk yang elegan dan spesifikasi yang mengagumkan, Vivo V27e menawarkan pengalaman yang hebat pada harga yang berbaloi.

Dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.62 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz yang tinggi, V27e mampu menghasilkan visual yang nampak lebih menarik. 

Paparan skrin Android terbaik ini juga menawarkan resolusi 1080 x 2400 piksel, memastikan imej yang sharp dan jelas.

Dengan menggunakan sistem operasi Android 13 dengan interface Funtouch 13, Vivo V27e memberikan anda feeling yang menyeronokkan semasa menggunakannya. 

Tambahan lagi, dengan dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G99 dan CPU octa-core, Vivo V27e mampu melakukan tugas multitask dengan lancar dan efisien.

Selain itu, kamera telefon ini turut hadir dengan teknologi penstabilan video. 

Jadi video anda tidak kelihatan bergegar semasa anda merakam sambil berjalan atau berlari.

Dilengkapi dengan bateri 4600mAh, Vivo V27e menawarkan daya tahan bateri yang lama untuk anda yang sering berada di luar kawasan.

Smartphone terbaik dengan NFC
Realme 10 Pro
Semak Realme 10 Pro harga dibawah:
add_circle Kapasiti bateri besar
add_circle Pengecasan pantas 33W
add_circle Pengimbas cap jari di sisi telefon
add_circle Menyokong sambungan 5G
remove_circle Kamera belakang dengan lensa utama 108MP
  • Chipset: Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G (6 nm)
  • OS: Android 13, Realme UI 4.0
  • RAM: 6GB, 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.72-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 108MP (lebar) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)

Realme 10 Pro merupakan telefon pintar dengan spesifikasi yang canggih dengan sokongan Android terbaik dan merupakan pilihan berbaloi untuk smartphone bawah RM1,500. 

Dengan paparan 6.72 inci yang disokong kadar penyegaran semula 120Hz, telefon ini memberikan pengalaman visual yang menakjubkan. 

Turut mempunyai prestasi yang mantap yang disokong oleh RAM dan internal storage yang besar.

Ini akan membolehkan anda menjalankan aplikasi dan menyimpan fail tanpa sebarang masalah.

Kualiti kamera pada Realme 10 Pro juga merupakan antara yang terbaik dengan 108MP pada kamera utamanya. 

Selain itu, telefon pintar ini dilengkapi dengan sambungan ke rangkaian 5G. 

Dengan rekabentuk yang menarik dan pilihan warna yang pelbagai, Realme 10 Pro nampaknya kelihatan lebih menarik berbanding telefon lain dalam kelasnya. 

Bateri tahan lama dan sokongan pengecasan pantas pula memastikan anda dapat menggunakan telefon ini sepanjang hari tanpa masalah. 

Smartphone terbaik untuk selfie
Redmi Note 12 Pro 5G
Semak Redmi Note 12 Pro 5G harga dibawah:
add_circle Ada sambungan rangkaian 5G
add_circle Bateri besar 5000 mAh
add_circle Menyokong pengecasan pantas 67W
add_circle Skrin OLED dengan 1 billion warna
add_circle Paparan dengan kadar penyegaran 120Hz
remove_circle Tiada slot kad mikro SD
remove_circle Tiada perlindungan Gorilla Glass
remove_circle Masalah pemanasan mungkin berlaku semasa main game berat
  • Chipset: MediaTek Dimensity 1080
  • OS: Android 12, MIUI 13
  • RAM: 6GB, 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (makro) 16MP (swafoto)

Redmi Note 12 Pro 5G hadir dengan paparan OLED 6.67-inci yang besar dengan kadar penyegaran 120Hz, memberikan anda visual yang lancar serta warna yang dinamik.

Sokongan HDR10+ dan penilaian kecerahan yang mengagumkan antara 500-900 nits memastikan pengalaman menonton sebarang video yang menarik.

Dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 1080 6nm dan GPU Mali-G68 MC4, telefon ini mengendalikan tugas harian anda dengan lancar dan tanpa masalah lagging.

Selain itu, dengan pilihan storan dari 128GB hingga 256GB, disokong oleh 6GB, 8GB, atau 12GB RAM. 

Ciri ini pasti memberikan ruang yang cukup untuk aplikasi, game, dan fail multimedia anda.

Lebih menarik, anda boleh rakam setiap detik aktiviti anda dengan butiran menakjubkan menggunakan kamera utama 50MP yang menghasilkan kualiti imej yang luar biasa. 

Kamera hadapan Android terbaik ini juga mampu menghasilkan foto yang jelas dan cantik untuk gambar swafoto anda.


Jenama Smartphone Terkenal Di Malaysia

Sememangnya sudah menjadi lumrah untuk orang Malaysia memiliki smartphone dari jenama yang dikenali ramai. 

Antara sebabnya adalah kerana mahu mengikuti trend terkini dan tidak mahu rasa ketinggalan. 

Namun apakah jenama paling ramai dibeli di Malaysia sehingga menjadikan jenama tersebut popular dalam kalangan pengguna?

Mungkin ada yang akan kata iPhone daripada Apple merupakan jenama paling terkenal.

Mengikut pemerhatian, iPhone boleh dikatakan sebuah smartphone yang popular dan dikenali oleh semua orang di Malaysia. 

Tapi data menunjukkan jenama Apple bukanlah smartphone yang paling banyak dibeli di Malaysia. 

Data terkini menunjukkan jenama Xiaomi menjadi jenama smartphone paling banyak dibeli oleh orang Malaysia dengan mencapai 25 peratus market share dalam pasaran smartphone.

Ini kerana penawaran harganya yang jauh lebih murah dari smartphone yang lain. 

Selain itu, smartphone Xiaomi juga banyak menawarkan features, kualiti kamera dan kuasa pemprosesan, serta reka bentuk telefon yang terbaik. 

Misalnya Redmi 12 series, Redmi Poco, Redmi 11 series dan lain-lain.

Jadi, jika anda tidak pasti nak beli jenama telefon yang mana satu, boleh lah pilih salah satu model dari jenama terkenal di Malaysia ini. 

Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara pilih smartphone terbaik.


Artikel berkaitan:

End of Article