Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Telefon Kamera Cantik dan Murah Bawah RM2000 (2024)

Jom tengok senarai pilihan smartphone yang memiliki kamera terbaik.

Merakam gambar atau video menggunakan smartphone pasti kita inginkan kualiti camera cantik ala-ala DSLR, anda setuju?

Tapi, terlalu banyak lambakan produk telefon pintar yang berkualiti untuk dipilih sampai tidak tahu yang mana satu menjadi pilihan.

Kalau anda masih mencari telefon kamera cantik bawah RM2000, kami ada jawapan untuk selesaikan pencarian anda ini.

Jom lihat senarai handphone camera cantik terbaik dan phone camera cantik berbaloi.


Senarai 8 Smartphone Mempunyai Kamera Terbaik

Smartphone kamera terbaik bawah RM1500 secara ke seluruhan
Xiaomi Mi
Xiaomi Mi 11 Lite 5G
mulai
RM1,289.00
Semak Xiaomi Mi 11 Lite 5G harga dibawah:
add_circle Reka bentuk nipis dan cantik
add_circle Pelbagai fungsi kamera yang menarik
remove_circle Ketahanan bateri yang biasa
  • Chipset: Snapdragon 780G
  • OS: Android 11
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.55-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400
  • Bateri: 4,250mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 5MP (makro) 20MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama;

Paling seronok bila dapat smartphone yang mempunyai kamera terbaik dengan harga mampu milik dan sekarang tidak perlu beli smartphone dengan harga RM2,000 ke atas untuk dapatkan yang terbaik.

Ciri-ciri;

Mi 11 memiliki banyak features seperti kamera makro dan telefon ini mempunyai megapiksel yang tinggi pada kamera utama.

Selain itu, Mi 11 Lite 5G juga mempunyai lensa yang mampu menghasilkan gambar ultra-lebar. 

Memang cukup berbaloi dengan harga bawah RM1,500 tapi anda boleh memiliki phone camera cantik serta reka bentuk telefon yang menarik.

Walaupun jangka hayat bateri pada Xiaomi Mi 11 Lite 5G tidak begitu hebat tapi mampu menyokong sambungan ke rangkaian 5G.

Review;

‘Sangat ringan dan selesa dipegang. MIUI 12.5 juga adalah sangat baik dari yang terdahulu dan pilihan warna biru pada smartphone ini nampak sangat cantik.’

Smartphone dengan kamera stabilizer
Vivo V27e
mulai
RM1,299.00
Semak Vivo V27e harga dibawah:
add_circle Rakaman video 4K
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Menyokong pengecasan pantas 66W
add_circle Sokongan sistem operasi Android 13 terkini
add_circle Perlindungan terhadap air dan habuk IP54
remove_circle Tiada kamera ultrawide dan zoom optik
remove_circle Tiada perlindungan Gorilla Glass
remove_circle Tiada sambungan 5G
  • Chipset: Mediatek MT8781 Helio G99 (6nm)
  • OS: Android 13, Funtouch 13
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.62-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 4600 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 2MP (makro) 2MP (kedalaman) 32MP (swafoto)

Dengan reka bentuk yang elegan dan spesifikasi yang mengagumkan, Vivo V27e menawarkan pengalaman yang hebat pada harga yang berbaloi.

Dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.62 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz yang tinggi, V27e mampu menghasilkan visual yang nampak lebih menarik.

Paparan skrin Android terbaik ini juga menawarkan resolusi 1080 x 2400 piksel, memastikan imej yang sharp dan jelas.

Dengan menggunakan sistem operasi Android 13 dengan interface Funtouch 13, Vivo V27e memberikan anda feeling yang menyeronokkan semasa menggunakannya.

Tambahan lagi, dengan dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G99 dan CPU octa-core, Vivo V27e mampu melakukan tugas multitask dengan lancar dan efisien.

Selain itu, kamera telefon ini turut hadir dengan teknologi penstabilan video.

Jadi video anda tidak kelihatan bergegar semasa anda merakam sambil berjalan atau berlari.

Dilengkapi dengan bateri 4600mAh, Vivo V27e menawarkan daya tahan bateri yang lama untuk anda yang sering berada di luar kawasan.

Kamera handphone yang bagus untuk Vlog
Xiaomi
Xiaomi Redmi Note 12 Pro 4G
mulai
RM1,099.00
Semak Xiaomi Redmi Note 12 Pro 4G harga dibawah:
add_circle OS Android 11
add_circle Paparan Full HD+ OLED & Dolby Vision
add_circle Kalis debu & percikan air
add_circle Sesuai untuk gaming & multitask
remove_circle Tiada kamera zoom optik
remove_circle Tiada perlindungan Gorilla Glass
  • Chipset: Qualcomm SM7150 Snapdragon 732G (8 nm)
  • OS: Android 11, MIUI 13
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storage: 128GB. 256GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 108MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 5MP (makro) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)

Xiaomi Redmi Note 12 Pro 4G merupakan salah satu telefon Smartphone dengan kamera terbaik yang premium pada harga yang berpatutan. 

Dengan reka bentuknya yang slim, ukuran 164.2 x 76.1 x 8.1 mm dan berat 201.8 g, telefon ini selesa digenggam dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Peranti ini turut menyokong fungsi dual SIM hybrid bagi memudahkan anda menggunakan dua nombor telefon.

Selain itu, phone bawah RM1,500 ini turut menggunakan paparan AMOLED yang menakjubkan sebesar 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. 

Dari segi kamera, mempunyai kamera wide 108MP yang luar biasa dan kamera ultra-lebar 8MP, serta makro 5MP menjadikannya sangat sesuai sebagai smartphone vlogging.

Dikuasakan oleh chipset Snapdragon 732G, telefon pintar ini menyediakan prestasi yang hebat untuk vlogging, gaming, multitask dan penggunaan harian.

Smartphone dengan megapiksel besar
Xiaomi
Redmi Note 10 Pro
mulai
RM995.00
Semak Redmi Note 10 Pro harga dibawah:
add_circle Speaker terbaik
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tidak menyokong 5G
  • Chipset: Snapdragon 732G
  • OS: Android 11
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400
  • Bateri: 5,020mAh
  • Kamera: 108MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 5MP (macro) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)

Redmi Note 10 Pro memiliki saiz megapiksel yang besar dengan saiz 108MP sudah cukup menjadikan sebuah phone camera cantik.

Harga yang ditawarkan adalah bawah RM1,500 dan bukan itu sahaja, telefon ini mempunyai kelebihan lain iaitu rakaman video pada resolusi 4K.

Tidak hanya dilengkapi 1 lensa, telefon ini turut mempunyai lesan 8MP ultra-lebar yang boleh membuat rakaman video seperti GoPro. 

Ciri ini selalunya hanya ada pada telefon berharga premium, tetapi ada pada Redmi Note 10 Pro pada harga mampu milik. 

Walaupun telefon ini tidak dilengkapi sambungan ke rangkaian 5G, itu tidak menjadi kekurangan. 

Paparan skrin AMOLED yang canggih menambahkan lagi kelebihan pada telefon ini.

Kamera handphone terbaik untuk fotografi
Realme 8 Pro
mulai
RM1,099.00
Semak Realme 8 Pro harga dibawah:
add_circle Dapat mengecas dengan pantas
add_circle Selesa dipegang
remove_circle Tidak dilengkapi 5G
  • Chipset: Snapdragon 720G
  • OS: Android 11
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storan dalaman: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.4-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400
  • Bateri: 4,500mAh
  • Kamera: 108MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (kedalaman) 2MP (macro) 16MP (swafoto)

Telefon kamera cantik dari Realme ini dilengkapi dengan kamera megapiksel besar iaitu 108MP. 

Bila lihat pada harga yang tak terlalu tinggi, Realme 8 Pro mempunyai chipset Snapdragon 720G yang mampu memproses telefon ini dengan lancar semasa mengambil gambar.

Selain memiliki kemampuan pengecasan pantas, reka bentuk slim, telefon ini juga mempunyai kualiti paparan skrin tinggi dengan kiraan piksel per inci yang banyak berbanding telefon lain.

Walaupun megapiksel bukanlah satu-satunya ciri yang penting, namun Realme 8 Pro mampu memberi kualiti gambar terbaik. 

Pasti setiap gambar yang anda ambil akan kelihatan jelas dengan kamera 108MP.

Smartphone yang kamera depannya 8MP
Google
Google Pixel 4a
mulai
RM1,499.00
Semak Google Pixel 4a harga dibawah:
add_circle Kamera terbaik
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Bateri kurang memuaskan
  • Chipset: Snapdragon 730G
  • OS: Android 10, boleh naik taraf ke Android 12
  • RAM: 6GB
  • Storan dalaman: 128GB
  • Saiz Skrin: 5.81-inch
  • Resolusi: 1080 x 2340
  • Bateri: 3140 mAh
  • Kamera: 12.2MP (lebar) 8MP (swafoto)

Google Pixel 4A merupakan sebuah telefon memiliki spesifikasi terbaik pada harga berpatutan.

Dilengkapi dengan kamera sensor 12MP dan mempunyai ciri penstabilan imej optik.

Selain itu, telefon pintar ini mampu untuk merakam video 4K pada kadar 30fps dan video 1080p pada kadar 120fps. 

Sementara itu, kamera swafoto telefon ini bersaiz 8MP yang mampu mengambil gambar dengan cantik. 

Memiliki chipset Snapdragon 730G dan bateri bersaiz 3140 mAh membuatkan telefon ini memproses sistem dengan lancar sepanjang hari.

Walaupun Google Pixel 4A memiliki hanya satu lensa, tapi boleh dikatakan sebuah smartphone fotografi yang terbaik dengan harga berpatutan. 

Handphone kamera bagus dengan RAM besar
Honor
mulai
RM788.00
Semak Honor 9X harga dibawah:
add_circle Dilengkapi kamera pop-up
add_circle Hadir dengan feature AI video stabilization
remove_circle Kualiti gambar kurang menyerlah
  • Chipset: Kirin 710F
  • OS: Android 9.0 (Pie), EMUI 9.1
  • RAM: 4GB, 6GB\
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.59-inch
  • Resolusi: 1080 x 2340
  • Bateri: 4000 mAh
  • Kamera: 48MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)

Honor 9X menawarkan sebuah telefon dengan reka bentuk yang cantik, kamera yang berkualiti, saiz RAM besar dan ketahanan bateri yang baik. 

Dengan spesifikasi ini anda boleh memiliki sebuah telefon dengan harga bawa RM1,000.

Bahagian kamera pula mempunyai 4 jenis saiz berbeza. 

Apa yang menarik, kamera swafoto telefon ini direka feature pop-up (tersembunyi). Erti kata lain, kamera akan keluar bahagian atas bila diaktifkan. 

Walaupun terdapat kekurangan dari segi efek bokeh, telefon ini mampu menangkap gambar dengan baik dan cantik.

Kejelasan dan juga penghasilan warna cerah pada gambar masih mampu diproses oleh kamera Honor 9X dengan baik.

Smartphone kamera selfie terbaik
Xiaomi
Xiaomi Poco X3 Pro
mulai
RM1,099.00
Semak Xiaomi Poco X3 Pro harga dibawah:
add_circle Mempunyai pembesar suara stereo
add_circle Menggunakan skrin Gorilla Glass 6
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Prestasi tidak konsisten
  • Chipset: Snapdragon 860 (7 nm)
  • OS: Android 11, MIUI 12.5 for POC
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 5160 mAh

Xiaomi Poco X3 Pro mempunyai kamera utama 48MP dengan aperture f/1.8, saiz sensor 1/2.0" dan saiz piksel 0.8µm.

Ini akan membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dan tajam dengan resolusi yang tinggi.

Aperture yang besar membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam sensor kamera.

Oleh itu, anda boleh hasilkan pengambilan gambar yang lebih baik dalam keadaan cahaya rendah.

Saiz piksel yang besar membolehkan kamera menangkap lebih banyak cahaya dengan itu menghasilkan gambar yang lebih baik dan lebih jelas.

Poco X3 Pro juga dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan seperti HDR, pengoptimuman AI.

Paling menarik, ada kemampuan merakam video 4K yang membolehkan anda mengambil gambar berkualiti tinggi dan profesional.


Bagaimanakah Cara Pilih Kamera Smartphone Yang Bagus?

Kalau diperhatikan telefon dari jenama terkemuka memang menawarkan kualiti kamera yang terbaik. 

Mungkin kerana ramai yang menekankan kualiti kamera dan menjadikan penentu sama ada berbaloi dibeli ataupun tidak. 

Ingin diingatkan, secanggih mana pun telefon, jika kualiti dan feature kamera tidak mencapai piawaian pengguna, tentu mengecewakan. 

Jadi jom lihat cara memilih kamera smartphone yang bagus. 

Megapiksel

Saiz megapiksel kamera merupakan ciri pertama dititikberat sebelum membuat pembelian telefon tapi, saiz megapiksel bukan penentu gambar diambil itu kelihatan cantik.

Ada ketika, smartphone dengan saiz megapiksel 12MP adalah jauh lebih baik berbanding yang bersaiz 20MP.

Jadi, saiz megapiksel hanyalah untuk memastikan detail dan kejelasan gambar sahaja. Pendek kata, bila nak print, gambar tak pecah.

Jika saiz besar, namun kameranya tidak mampu menyerap cahaya dengan baik, maka gambar yang diambil mungkin tidak kelihatan cantik atau jelas.

Lensa Kamera

Kalau dahulu kita akan nampak smartphone mempunyai satu lensa kamera sahaja tapi kini kebanyakkan smartphone mempunyai lebih dari satu.

Bahkan ada yang mempunyai 5 lensa kamera. Jadi ciri ini berperanan untuk menunjukkan focal length kamera.

Erti kata lain, semakin kecil nombor pada lensa itu, semakin lebar gambar yang terhasil.

Bagi smartphone yang memiliki lebih dari satu lensa kamera, setiap satu lensa itu mempunyai peranannya tersendiri.

Antara peranan pada lensa kamera smartphone adalah menghasilkan gambar lebar, ultra-lebar, dan juga telephoto.

Jadi anda boleh pilih smartphone yang menepati dengan style anda mengambil gambar. 

Saiz Sensor Kamera

Saiz sensor kamera merupakan ciri terpenting bagi sebuah smartphone dengan kamera terbaik kerana dapat menentukan sama ada gambar yang diambil jelas, cerah ataupun tidak.

Ini kerana sensor kamera berperanan untuk menangkap cahaya semasa mengambil gambar. 

Kamera smartphone dengan sensor yang tinggi mampu mengambil gambar yang sangat jelas dan cerah walaupun dalam keadaan gelap.

Jika anda gemar mengambil gambar pada waktu malam, boleh pertimbangkan ciri ini. 

Dilengkapi HDR

High Dynamic Range atau HDR dapat membantu anda mengambil gambar dengan lebih cantik.

Fungsi HDR ini akan menambahkan cahaya dan juga menjadikan gambar lebih dinamik dari segi warna.

Malah, gambar akan nampak lebih ‘hidup’ berbanding dengan gambar yang diambil tanpa HDR. 

Jadi itu antara ciri-ciri yang perlu dilihat sebelum membuat pembelian smartphone dengan kamera terbaik.

Apa pun, ciri-ciri tersebut tidak semestinya dilengkapi telefon jenama mahal.

Apa yang penting anda bijak membuat penilaian untuk memiliki smartphone kamera terbaik dengan harga yang berbaloi.


Artikel Berkaitan

End of Article