Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Tablet Terbaik di Malaysia 2024 (Untuk Kerja, Pelajar, Guru)

Pastikan guna tablet berkualiti untuk kegunaan harian anda.

Selain daripada telefon pintar, memiliki tablet juga sudah seperti satu alat teknologi yang wajib dimiliki.

Lebih lagi untuk mereka yang mempunyai anak kecil, kerja yang memerlukan tablet, cikgu atau pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Boleh dikatakan setiap hari tablet digunakan untuk bekerja atau belajar, jadi kini ramai memerlukan tablet sesuai, canggih dan berkualiti.

Apa yang menjadi masalah sekarang, mana satu tablet terbaik untuk kerja atau kegunaan harian, dan mana satu tablet terbaik dan murah?

Jom kami akan bantu anda senaraikan tab yang bagus dengan spesifikasi terbaru mengikut kesesuaian penggunaan anda.


Senarai 14 Tablet Terbaik

Tablet terbaik secara secara keseluruhan
Samsung
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra
mulai
RM5,999.00
Semak Samsung Galaxy Tab S9 Ultra harga dibawah:
add_circle Skrin AMOLED 2X Dinamik untuk kualiti paparan terbaik
add_circle Kalis air dan debu
add_circle Processor terbaik sesuai untuk gaming
remove_circle Harga mahal
  • Chipset: Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm)
  • OS: Android 13, One UI 5.1
  • Storage: 256GB 12GB RAM / 512GB 12GB RAM / 1TB 16GB RAM
  • Skrin: 14.6 inci
  • Berat: 732g

Sebab menjadi pilihan utama:

Tablet terbaru dari Samsung ini merupakan sebuah tablet Android terbaik dengan spesifikasi yang canggih dan reka bentuk cantik serta moden.

Ciri-ciri:

Tablet ini hadir dengan bateri Li-Po 11200 mAh dengan ciri pengecasan pantas dan boleh tahan sehingga 9 jam bagi penggunaan harian.

Dengan reka bentuk yang nipis dan berat 732 gram sangat mudah untuk anda bawa ke mana sahaja atau diletakkan di dalam bag!

Dari segi kamera, tab ini dilengkapi dengan kamera belakang dwi 13 MP (lebar) dan 6 MP (Ultra-lebar), manakala untuk bahagian depan pula, terdapat kamera dwi 12 MP (lebar) dan 12 MP (Ultra-lebar) untuk mengambil gambar selfie yang cantik.

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra dilengkapi dengan prosesor Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 yang mampu memberi lebih kuasa pada tablet ini supaya prestasi akan jadi lancar dan responsif.

Apa yang menarik tablet ini, turut hadir dengan skrin sentuh Dynamic AMOLED 2X bersaiz 14.6 inch dan menawarkan resolusi 1848 x 2960 piksel untuk beri anda pengalaman visual yang memukau.

Skrin untuk tab ini mendapat perlindungan Corning Gorilla Glass bagi memastikan ketahanan terhadap sebarang kesan calar.

Review:

"Saiz skrin memang sesuai untuk main game dan tengok video, cukup puas tengok Netflix. Masa travel pun puas hati sebab mudah guna sementara tunggu bas, train atau kapal terbang."

Tablet terbaik untuk trading forex
Samsung
Samsung Galaxy Tab S8
mulai
RM5,419.00
Semak Samsung Galaxy Tab S8 Ultra harga dibawah:
add_circle Multifungsi
add_circle Saiz skrin luas
add_circle Mempunyai S-Pen
remove_circle Berat
  • CPU: Octa-core (1x3.00 GHz Cortex-X2 & 3x2.50 GHz Cortex-A710 & 4x1.80 GHz Cortex-A510) 
  • OS: Android 12
  • Storage: 128GB 8GB RAM / 256GB 8GB RAM
  • Skrin: 14.6’
  • Berat: 726 g

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra memiliki ciri saiz skrin 14.6 inci, memang sangat sempurna untuk menonton movie atau melakar sesuatu pada skrin menggunakan S-Pen yang disediakan.

Malah, saiz skrin 12.4 inci dikuasakan Super Amoled skrin dengan 120 hertz refresh rate menjadikan pergerakan aplikasi dan swipe browsing sangat lancar 

Dalam masa yang sama, penggunaan S-Pen juga menjadi lebih lancar untuk membuat apa-apa lakaran atau menulis nota pada skrin.

Tablet ini juga berfungsi 2 dalam 1 dimana boleh dijadikan seperti laptop dengan menyambungkan papan kekunci dengan Bluetooth.

Sangat sesuai untuk kegunaan harian, kegunaan pekerjaan berat atau untuk trading forex kerana penggunaan bertahan selama 10 jam.

Tablet terbaik untuk guru
OPPO
OPPO Pad Air
mulai
RM1,045.00
Semak OPPO Pad Air harga dibawah:
add_circle Menggunakan Dolby Atmos
add_circle Boleh menggunakan pen stylus
add_circle Fungsi 2 dalam 1
remove_circle Pen dan papan kekunci tidak disediakan
  • CPU: Octa-core (4x2.4 GHz Kryo 265 Gold & 4x1.9 GHz Kryo 265 Silver)
  • OS: Android 12, ColorOS 12
  • Storage: 64GB 4GB RAM, 128GB 4GB RAM, 128GB 6GB RAM
  • Skrin: 10.36 inches
  • Berat: 440 g

Saiz dan berat OPPO Pad Air sangat fleksibel untuk semua orang dan semua kegunaan.

Tidak kira siapa anda, jika anda memerlukan tablet, OPPO Pad Air adalah sesuai untuk anda.

Bahagian speaker menggunakan teknologi Dolby Atmos menjadikan sangat best jika memasang apa-apa video atau mendengar lagu.

Terdapat juga pen untuk kegunaan melakar pada skrin tablet jika anda seorang pereka grafik atau pelajar yang memerlukan kerja melukis.

Tablet ini juga boleh dijadikan seperti laptop dengan menyambungkan papan kekunci dengan Bluetooth.

Paling menarik, tablet ini boleh dikawal dari jauh menggunakan telefon Android anda tau.

Maksudnya, jika anak anda terlalu lama bermain game dengan tablet, dari jauh anda boleh hentikan WiFi untuk mereka berhenti bermain.

Tablet terbaik untuk office
Apple
Apple iPad Air (2022)
mulai
RM3,349.00
Semak Apple iPad Air 5th Gen (2022) harga dibawah:
add_circle Prestasi pemprosesan M1 terbaik
add_circle Kamera berkualiti
add_circle Paparan skrin yang jelas dan menarik
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Harga tidak jauh beza dengan iPad pro
remove_circle Tidak ada Face ID
  • CPU: Octa-core
  • OS: iPadOS 15.4, up to iPadOS 15.5, planned upgrade to iPadOS 16
  • Storage: 64GB, 256GB 8GB RAM
  • Skrin: 10.9 inci
  • Berat: 460 g

Tidak seperti iPad generasi sebelum kerana rekaan kali ini anda sendiri boleh tahu produk ini merupakan keluaran iPad Air 2022.

Dengan saiz skrin 10.9 inci liquid retina LCD, visual memang sangat cantik apabila menonton video atau melakukan kerja di office.

Selain menggunakan chip M1, pihak Apple telah menaik taraf iPad Gen 5 pada bahagian kamera depan dan mempunyai sambungan 5G.

iPad ini juga berfungsi 2 dalam 1 dimana boleh dijadikan seperti laptop dengan menyambungkan papan kekunci dengan Bluetooth.

Jangan risau, walaupun harga mahal tapi anda boleh bayar secara ansuran di kedai mereka sendiri.

Tablet Android terbaik
Xiaomi
Xiaomi Redmi Pad (1)
mulai
RM899.00
Semak Xiaomi Redmi Pad harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mempunyai 4 stereo speaker
remove_circle Tidak menyokong HDR
  • CPU: Octa-core (2x2.2 GHz Cortex-A76 & 6x2.0 GHz Cortex-A55)
  • OS: Android 12
  • Storage: 64GB 3GB RAM, 128GB 4GB RAM, 128GB 6GB RAM
  • Skrin: 10.6'
  • Berat: 465g 

Pihak Xiaomi mencipta pad ini untuk kegunaan asas seperti pembelajaran, entertainment atau multimedia.

Rekaan pad ini kelihatan premium kerana mengunakan unibody design yang mengikut trend 2022 dengan harga bawah RM1,000.

Apa yang menarik, pad ini mempunyai slot SD Card yang mampu menampung sehingga 1TB jadi anda boleh simpan banyak data!

Selain itu, bahagian audio memang lantang kerana mempunyai 4 speaker sekaligus sangat sesuai untuk bermain game atau menonton filem.

Bahagian kecerahan brightness sesuai untuk kegunaan indoor kerana skrin agak malap apabila lihat skrin pada keadaan outdoor.

Tablet terbaik bersama stylus
iPad
iPad Pro 11 (2022)
mulai
RM3,899.00
Semak iPad Pro 11 (2022) harga dibawah:
add_circle Menampilkan Touch ID
add_circle Dengan iPadOS15 berkuasa unik
add_circle Kamera canggih
add_circle Menyokong Magic Keyboard, Smart Keyboard Folio & Apple Pencil (generasi ke-2)
add_circle Pembesar suara landskap stereo
remove_circle Harga mahal
  • Chipset: M2 chipset
  • OS: iPadOS 17
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB, 1TB, dan 2TB
  • Skrin: 11 inches
  • Berat: 470 g

Dalam kategori tablet bermutu tinggi, iPad Pro 11 berkuasakan cip M2 ini menonjol dengan kualiti kameranya yang luar biasa.

Ia dilengkapi dengan kamera seluas 12 mega piksel  dan kamera belakang seluas 20 megapiksel yang memberikan hasil gambar yang tajam dan kaya dengan butiran.

Tablet ini juga memperkenalkan dimensi interaksi baru dengan Apple Pencil, yang kini boleh dikesan sehingga 12 mm dari atas skrin.

Melukis atau mencatat nota, Apple Pencil akan memastikan setiap tulisan pada permukaan skrin menjadi responsif dan lancar. 

iPad Pro ini boleh didapati dalam pilihan warna perak dan kelabu, dengan konfigurasi storan sebanyak 128GB, 256GB, 512GB, 1TB, dan 2TB!

Tablet untuk pelajar IPT
HONOR
HONOR Pad X8
mulai
RM449.00
Semak HONOR Pad X8 Lite harga dibawah:
add_circle Ada sistem Magic UI 6.1
add_circle Reka bentuk moden & ringan
add_circle Skrin besar berdefinisi tinggi
add_circle Ciri Multi-Window
remove_circle Kemampuan kamera terhad
remove_circle Tiada fungsi kad SIM
  • Chipset: Mediatek MT8786
  • OS: Android 12, Magic UI 6.1
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 9.7 inches
  • Berat: 460 g

HONOR Pad X8 Lite menawarkan prestasi yang hebat dan reka bentuk yang moden, menjadikannya pilihan terbaik bagi pengguna yang mencari tablet yang boleh dipercayai dan bergaya.

Dengan sistem Magic UI 6.1, tablet ini memberikan kelajuan tanpa batas dan lancar.

Badan yang ringan dengan ketebalan 7.55mm dan permukaan melengkung memberikan cengkaman yang selesa semasa memegangnya, jadi tidak mudah terlepas dari tangan anda.

Pengalaman audio dan video yang memukau diperkukuhkan lagi oleh skrin besar berdefinisi tinggi 9.7-inci, tab ini menghasilkan sudut paparan skrin yang lebih luas. 

Tablet ini turut dilengkapi dengan pembesar suara dua ruangan HONOR Histen, memberikan kualiti bunyi yang dinamik.

Dengan ciri Multi-Window, anda dapat membuka 4 aplikasi secara serentak pada satu skrin.

Jadi, ini sangat sesuai untuk pelajar IPT yang memerlukan tablet multitask.

Tablet dengan keyboard/ keyboard terpisah
Lenovo
Lenovo Tab P11
mulai
RM1,599.00
Semak Lenovo Tab P11 2nd Gen harga dibawah:
add_circle Paparan skrin 2K luas & anti-fingerprint
add_circle Sistem audio Dolby Atmos
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Boleh jadi monitor
remove_circle Sedikit berat berbanding tablet lain
  • Chipset: MediaTek® Helio G99 (2x A76 @2.20 GHz + 6x A55 @2.00 GHz)
  • OS: Android 12
  • Storage: 128GB, 6GB RAM
  • Skrin: 11.5 inches
  • Berat: 520 g

Lenovo Tab P11 2nd Gen merupakan sebuah tablet canggih yang dilengkapi dengan saiz skrin 11.5 inci yang luas.

Tablet ini membolehkan anda menikmati streaming movie kegemaran anda dengan lebih memukau.

Sistem empat speaker dengan sokongan Dolby Atmos menciptakan pengalaman audio yang terbaik dalam kelasnya.

Selain itu, skrin pada tablet ini juga turut dilengkapi dengan full care display yang telah mendapat pengiktirafan TÜV yang akan melindungi mata anda.

Bateri pada tablet ini juga dikatakan tahan lama, jadi tidak perlu risau untuk dibawa ke mana sahaja untuk melakukan tugas anda.

Tablet ini juga boleh dijadikan sebagai monitor kedua untuk menjadikan kerja anda lebih efisien dengan menggunakan Lenovo Freestyle.

Bagaimanapun, tablet ini sedikit berat untuk dibawa di dalam bag jika dibandingkan dengan tablet lain dan harganya juga sedikit mahal.

Tablet windows terbaik
Microsoft
Microsoft Surface Pro 9 Core
mulai
RM4,549.00
Semak Microsoft Surface Pro 9 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk nipis dan ringan
add_circle Tindak balas paparan sesentuh terbaik
add_circle Berfungsi dengan baik sebagai laptop
remove_circle Keyboard dijual berasingan
remove_circle Reka bentuk lama
  • Chipset: 12th Gen Intel Core i5-1235U
  • OS: Windows 11 Home
  • Storage: 128GB dan 256GB
  • Skrin: 13 inches
  • Berat: 878 g 

Terkenal dengan kegunaan di pejabat, Microsoft Surface Pro 9 menjadi antara pilihan digemari ramai pekerja yang bekerja di office dalam kategori tablet.

Dilengkapi dengan Intel Core i5-1235U dan 128GB yang boleh ditingkatkan, tablet ini memiliki prestasi pantas dan penyimpanan yang mencukupi untuk tugas-tugas harian. 

Tarikan kedua tablet ini ialah skrin sentuh 13-inci yang cukup terang dan warna yang cerah. 

Resolusi halusnya sebanyak 2880 x 1920 piksel bermaksud ia mempunyai nisbah aspek 3:2 yang mirip kertas A4 – selesa untuk dipandang dalam jangka masa panjang. 

Bercakap tentang jangka masa panjang, baterinya juga boleh tahan selama 15 jam.

Hanya sekali cas menggunakan salah satu port Thunderbolt 4, anda boleh membawanya ke mana-mana bersama papan kekunci yang ditawarkan dengan sedikit bayaran tambahan.

Tablet Samsung terbaik
Samsung
Samsung Galaxy Tab S9
mulai
RM3,699.00
Semak Samsung Galaxy Tab S9 harga dibawah:
add_circle Bateri besar dan tahan lama
add_circle Menyokong pengecasan pantas 45W
add_circle Menggunakan OS Android terkini (Android 13)
remove_circle Tidak menyokong NFC
remove_circle Tiada kamera ultrawide
  • Chipset: Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm)
  • OS: Android 13, One UI 5.1
  • Storage: 128GB 8GB / 256GB 12GB RAM
  • Skrin: 11 inci
  • Berat: 498 g

Sebuah tablet terbaru keluaran jenama Samsung yang menawarkan ciri-ciri hebat seperti penggunaan panel Dynamic AMOLED 2X bersaiz 11 inci untuk paparan skirn terbaik.

Sementara itu, tablet ini juga mempunyai kadar penyegaran yang tinggi, iaitu 120Hz bagi memastikan kelancaran graphic dan paparan tablet jadi semua akan kelihatan smooth pada skrin tablet.

Samsung Galaxy Tab S9 ini juga hadir dengan OS atau sistem operasi terbaru (Android 13) bersama dengan UI 5.1 untuk pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Pada bahagian chipset pula, ia menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 yang boleh meningkatkan prestasi tablet ini.

Reka bentuk yang nipis dan berat 498 gram pada tablet ini akan memudahkan anda membawanya atau meletakkannya di dalam bag.

Dari segi bateri, Samsung Galaxy Tab S9 dilengkapi dengan bateri sebesar 8400 mAh dan dikatakan boleh bertahan sehingga 13 jam untuk penggunaan harian.

Dengan harga yang tidak terlalu mahal, anda boleh dapatkan tablet Android terbaik ini dan terbaru dari jenama Samsung.

Tablet terbaik untuk hiburan
Oppo
Oppo Pad 2
mulai
RM1,935.00
Semak Oppo Pad 2 harga dibawah:
add_circle Sistem audiovisual baik
add_circle Processor terkini
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Harga mahal
  • Chipset: Mediatek Dimensity 9000 (4 nm)
  • OS: Android 13
  • Storage: 64GB, 128GB, 256GB dan 512GB
  • Skrin: 11.61 inches
  • Berat: 552 g 

Untuk tablet keluaran OPPO ini, OPPO Pad 2 adalah tablet flagship serba canggih dengan harga berpatutan.

Ia cekap dan pantas kerana processor MediaTek Dimensity 9000 dan Android 13 yang terkini serta disokong oleh bateri yang bertahan selama 12 jam. 

Paparan visualnya boleh tahan berkualiti dengan nisbah aspek 7:5, serupa dengan banyak alat pejabat lain, seperti PC dan kertas A4 yang menyelesakan pandangan.

Di luar waktu pejabat, anda boleh menonton filem atau drama dengan pengalaman audio visual yang memukau.

Ini dipersembahkan dengan jelas dan mendalam melalui empat pembesar suara yang dipasang secara simetri, di samping sokongan Dolby Vision HDR dan Dolby Atmos. 

Duduk, baring, atau berada di mana saja, reka bentuk ini ringan dan fleksibel, membantu anda menyesuaikan posisi tontonan dengan mudah.

Google Pixel Tablet
Google
Google Pixel Tablet
mulai
RM2,590.00
Semak Google Pixel Tablet harga dibawah:
add_circle Butiran gambar tajam
add_circle Driver besar 44mm
add_circle Menyokong WiFi 6
remove_circle Tiada slot headphone jack
  • Chipset: Google Tensor G2
  • OS: Android 13
  • Storage: 128GB dan 256GB
  • Skrin: 11 inches
  • Berat: 473 g

Selepas percubaan kurang memuaskan dengan beberapa tablet Chrome pada tahun-tahun sebelumnya, Google telah kembali ke pasaran dengan Pixel Tablet yang jauh lebih hebat. 

Apa yang membezakan tablet ini dengan yang lain adalah daripada segi sistem visual dan audionya. 

Tablet ini boleh dipasangkan pada speaker dock menggunakan fungsi magnet atau satu set pin sambungan untuk memulakan proses pengecasan peranti dengan mudah. 

Speaker dock merujuk kepada dock yang juga berfungsi sebagai speaker jadi anda tidak perlu menggunakan peranti audio tambahan.

Dari segi visual pula, anda akan mendapat ketumpatan piksel sebanyak 276 piksel per inci (ppi) dan peak brightness setinggi 500 nits dan refresh rate selaju 60Hz.

Pilihan yang terbaik bagi pengguna yang ingin menonton video berkualiti tinggi atau membuat kerja grafik yang halus.

Tablet dual OS terbaik
OnePlus
OnePlus Pad
mulai
RM1,899.00
Semak OnePlus Pad harga dibawah:
add_circle Reka bentuk berkualiti
add_circle Skrin terang dan pantas
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Aplikasi disediakan terhad
  • Chipset: Mediatek MT6983 Dimensity 9000 (4 nm)
  • OS: Oxygen OS
  • Storage: 128GB
  • Skrin: 11.6 inches
  • Berat: 552 g

Selain tablet Google Pixel, OnePlus Pad adalah alternatif yang baik bagi mereka yang menginginkan prestasi tablet Android sehebat tablet keluaran Apple dan Samsung. 

Dengan sistem pengendalian unik Oxygen, pengguna akan memperoleh interface yang intuitif dan pengalaman penggunaan yang lancar.

Penting untuk sebuah tablet memiliki skrin mudah baca, dan dalam kes tablet ini, ia mempunyai nisbah aspek 7:5 dan ciri-ciri ReadFit Display.

Ini bermakna tablet ini tidak hanya menawarkan paparan yang cerah dan jelas, tetapi mata anda juga akan selesa setiap kali memandangnya. 

Hanya setebal 6.54mm dan seringan 552g, ia juga muat dengan mudah ke dalam beg anda tanpa menambah beban sedia ada.

Inilah tablet dengan dual OS yang terbaik anda boleh miliki, sesuai untuk yang gemar dengan gadget dan teknologi baru.

Tablet Huawei terbaik
Huawei
Huawei MatePad Pro 13.2
mulai
RM4,340.00
Semak Huawei MatePad Pro 13.2 harga dibawah:
add_circle Flexible OLED
add_circle Kemampuan bateri yang besar
add_circle Mempunyai Huawei Super Charge
remove_circle Harga Mahal
  • Chipset: Kirin 9000 Octa Core
  • OS: Harmony OS4
  • Storage: 256GB 12GB/ 512GB 12GB RAM
  • Skrin: 13.2 Inci
  • Berat: 580 gram

Anda ingin mencari tablet yang berkemampuan tinggi dan boleh dibawa kemana-mana sahaja dengan mudah? Boleh cuba guna Huawei Matepad Pro 13.2 ini.

Tab ini adalah antara tab yang terbaik untuk golongan yang bekerja terutama dalam bidang profesional kerana skrin yang besar 13.2 inci serta flexible OLED yang mempunyai refresh rate yang tinggi 144hz.

Tambahan lagi, turut hadir bersama Huawei M-pencil yang menyokong 10,000+ tahap pengesan tekanan.

Tahap kelancaran tab ini juga sangat smooth dan simple, memang kena dengan reka bentuk yang penuh bergaya dan elegan.

Bateri tab bersaiz 10,101 mAh dan 88W Super Charge membuatkan tab mampu bertahan lama walaupun menjalankan pelbagai aplikasi yang besar dan bateri cepat penuh dalam masa yang singkat.

Jika anda ingin menonton video, movie atau pembentangan, Huawei Speaker memang jelas kerana Multi-Driver Array Speaker yang mampu memenuhi setiap ruang di sekeliling anda.


Apa Tips Membeli Tablet Terbaik?

Antara perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli tablet ialah kapasiti storage dan cara penggunaan.

Jika anda menggunakan tablet untuk bekerja, anda digalakkan untuk mendapatkan tablet yang mempunyai storage yang besar.

Tapi jika anda membeli tablet hanya untuk menonton video YouTube atau filem di Netflix, kapasiti storan sebanyak 16 GB sudah memadai. 

Seterusnya, pengguna juga perlu pilih saiz skrin tablet yang sesuai dengan penggunaan harian gajet ini. 

Jika anda menggunakan gajet untuk belajar dalam talian, tablet skrin bersaiz besar sesuai kerana mudah untuk membaca tulisan, melihat gambar dan sebagainya. 

Bagi mereka yang selalu bekerja di luar, tablet ringan merupakan pilihan terbaik kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

Selain itu, resolusi skrin juga antara yang perlu ditekankan sebelum membeli tablet.

Semakin tinggi resolusi skrin, semakin jelaslah juga tulisan dan gambar pada tablet tersebut. 


Apa Beza Tablet Dengan Laptop?

Walaupun sekali imbas dua alat peranti ini kelihatan sama tapi tablet dan laptop sebenarnya berbeza. 

Antara perbezaannya, laptop sudah tersedia dengan papan kekunci tapi tablet tidak mempunyai kekunci fizikal sebaliknya menggunakan onscreen keyboard

Jika ingin menggunakan keyboard, anda harus beli keyboard untuk disambungkan pada tablet.

Malah, cara menggunakan tablet juga lebih mudah berbanding laptop kerana tablet menggunakan touchscreen sepenuhnya. 

Jangka hayat bateri tablet juga panjang berbanding komputer riba dan kebanyakan tablet mempunyai slot untuk kad sim manakala laptop tidak mempunyai fungsi ini.


Artikel Berkaitan

End of Article