Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Mesin Faks Multifungsi Dapat Melancarkan Urusan Anda Tanpa Gangguan

Urusan seharian akan menjadi lebih efisien dengan mesin faks terbaik!

Memilih mesin faks untuk bisnes anda bukanlah satu tugasan yang senang buat sesetengah orang. Ini kerana terdapat banyak jenis mesin faks yang dijual di pasaran dengan kualiti dan fungsinya yang tersendiri. Walaupun mesin faks dikatakan agak “outdated” kerana adanya teknologi lebih canggih masa kini tetapi ianya masih sebuah mesin yang sangat berguna untuk melakukan pekerjaan di pejabat dan lebih efisien. Penghantaran dan penerimaan surat rasmi lebih cekap dengan mesin faks.

Sejajar dengan peningkatan teknologi, kebanyakan mesin faks sekarang mempunyai fungsi pencetak dan scan. Besar atau kecil bisnes, mesin faks adalah satu keperluan penting bagi memudahkan anda untuk melangsaikan urusan. Ianya memastikan reputasi kerja tidak terbatas. Pastikan anda memilih mesin faks daripada cadangan dibawah selari dengan keperluan anda.

Cetak dokumen anda mudah sekali dengan mesin faks ini
mulai
RM599.00
Semak SHARP FO-1550 Fax Machine harga dibawah:

Dengan kapasiti kertas sebanyak 200 helai, mesin faks ini membolehkan anda mencetak dokumen dengan mudah dalam masa yang ringkas. Ianya juga mempunyai fungsi back-up untuk memori penuh. Sesuai digunakan di pejabat, mesin faks ini mempunyai 220 auto-dail dimana anda tidak pelu memasukkan nombor faks satu persatu.

Simpan nombor faks yang selalu anda dail pada auto-dail untuk menjimatkan masa. ID pemanggil juga sudah tersedia pada mesin faks ini. Mempunyai fungsi yang standard, mesin ini amat mudah dikendalikan.

Mesin fax thermal yang murah dan berkualiti
mulai
RM275.11
Semak PANASONIC Thermal Fax Machine harga dibawah:

Mesin faks ini menggunakan kertas thermal untuk mencetak keluar faks yang diterima. Ianya satu kaedah dimana haba digunakan bagu memindahkan cetakan lebih mudah untuk keluar. Dilengkapi dengan phonebook yang boleh memuatkan 100 nombor, tidak perlu lagi anda mencatit di kertas nombor penting untuk faks.

Ciri lain yang terdapat pada mesin ini adalah auto-disconnect dan on-hook dialing. Secara keseluruhannya, mesin ini adalah mesin faks yang cekap dimana ianya dikhaskan untuk aktiviti faks.

Mesin faks dengan teknologi laser pilihan tepat
mulai
RM680.00
Semak BROTHER Laser FAX-2840 harga dibawah:

Mesin faks laser ini mempunyai set telefon dan fungsi cetak dengan pantas. Ianya boleh menghantar faks pada kelajuan 2.5 saat sahaja. Dilengkapi dail secara berkumpulan, anda boleh menghantar faks kepada 8 kumpulan nombor pada satu-satu masa. Selain itu, mesin ini mampu menampung dokumen sebanyak 400 muka surat.

Dengan fungsi cetak sebanyak 99 keping serta printing pula sebanyak 250 keping pada satu-satu masa, mesin ini amat sesuai untuk bisnes kecil. Sangat menjimatkan ruang.

Mesin faks dengan fungsi scanner berteknologi tinggi
mulai
RM335.00
Semak HP DeskJet Ink Advantage Wireless All-in-One Fax Printer harga dibawah:

Mesin ini didatangi dengan fungsi scan, faks dan mencetak. Apa yang menarik tentang mesin ini adalah ianya dicipta untuk berfungsi dalam keadaan yang sangat senyap. Anda boleh meletak mesin ini di mana sahaja dan sangat menjimatkan ruang.

Selain itu, fail yang telah discan boleh terus dihantar dalam ruang penyimpanan peranti kecil anda seperti smartphone, tablet atau iPad. Mesin ini haruslah disambung ke internet dahulu sebelum digunakan. Pilihan yang bijak bagi yang baru hendak membeli mesin faks.

Mesin serba lengkap dengan harga yang mesra poket
mulai
RM468.00
Semak PANTUM M6600NW All-In-One Laser Printer with Fax harga dibawah:

Mesin ini amat sesuai digunakan untuk jangka masa panjang kerana reka bentuknya yang teguh dan alat pemprosesan serta memorinya yang besar. Mempunyai fungsi asas untuk kegunaan di pejabat, mesin serba guna ini boleh disambung ke internet untuk tujuan faks dan pencetakan melalui smartphone.

Sistemnya hanya memerlukan satu langkah untuk di-install. Ianya juga mempunyai mod jimat tenaga serta jangka hayat enjin yang panjang dengan kos operasi rendah. Walaupun harganya mampu untuk dimiliki tetapi kualiti dijamin.

Faks dan email dalam satu mesin yang sama
mulai
RM314.00
Semak CANON Pixma E480 Ink Efficient All In One Printer harga dibawah:

Mesin daripada Canon ini sangat kompak dan ianya didatangi dengan fungsi faks dan juga PIXMA Cloud Link. PIXMA Cloud Link adalah aplikasi yang perlu dimuat turun ke smartphone untuk memudahkan aktiviti menyimpan data, email dan media sosial. Contohnya, anda boleh scan dan email terus dokumen anda atau save dokumen ke akaun Google serta Yahoo.

Fungsi faks pada mesin ini amat mudah dikendali kerana sistemnya adalah sangat asas. Mata tambahan untuk mesin ini, anda boleh sambungkan smartphone ke mesin ini tanpa perlu menggunakan rangkaian LAN.

Mesin faks multifungsi untuk kegunaan pejabat agar lebih produktif
mulai
RM1,699.00
Semak EPSON WorkForce Pro harga dibawah:

Jika anda ingin membeli mesin yang bersifat all-in-one, mesin daripada Epson ini amat berkualiti. Ianya dilengkapi fungsi cetak, scan dan faks amat mudah untuk dikendali hanya dengan kegunaan pada satu mesin. Ianya menjimatkan masa dan boleh mencetak dokumen pada kelajuan yang tinggi.

Sambungkan sahaja pada Wi-Fi, ianya memudahkan lagi untuk menghantar dokumen pada email atau terus faks kepada penerima. Anda tidak perlu lagi membeli beberapa buah mesin berlainan kerana mesin Epson ini amat berkualiti dan sesuai digunakan untuk kesemua peringkat bisnes.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article