Product in this article

OPPO Electronics Corp. merupakan pengeluar alat elektronik berasal dari China. Ianya terkenal dengan penghasilan smartphone berteknologi maju yang direka bentuk mengikut peredaran masa. Selain produk smartphone, Oppo juga mengeluarkan pemain MP3, pemain media mudah alih, TV LCD serta pemain DVD/Blu-Ray. Ditubuhkan pada tahun 2004, syarikat Oppo telah menghasilkan banyak smartphone berasaskan Android yang kita boleh lihat di pasaran hari ini. Sudah pasti Oppo adalah antara jenama gajet yang top di pasaran sekarang kerana bentuknya yang trendy dan terkini.

Bagi anda yang masih tercari-cari smartphone apa yang hendak di beli, cubalah Oppo dan disini kami telah listkan jenis-jenis smartphone Oppo dengan ciri yang pasti menambat hati anda. Ayuh kita lihat!

1. Oppo A71

Tampil trendy dengan smartphone 3GB RAM serba boleh

Harga mulai RM419.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM470.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM419.00

CPU: Octa-core (4x1.5 GHz Cortex-A53 & 4x1.0 GHz Cortex-A53)  |  Grafik: Mali-T860MP2  |  Memori: 3GB RAM  |  Storage: 16GB  |  Skrin: 5.2”  |  Berat: 137gm

Siapa kata smartphone murah tidak berkualiti? Bagi anda yang hendak berjimat tetapi masih ingin kekal up-to-date, smartphone Oppo model A71 ini adalah pilihan terbaik. Dengan harga dibawah RM 500, ianya lengkap dengan ciri seperti smartphone yang mahal. 

Didatangi kamera 13MP, kamera selfie, dual SIM dan ruang penyimpan memori sebesar 16GB, harganya amatlah berbaloi. Reka bentuknya yang sleek dan bergaya pasti akan membuatkan anda tampak trendy!

2. Oppo F9

Dilindungi Corning Gorilla Glass, cantik dimata dan tahan lasak

Harga mulai RM1,199.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,199.00 search Cari produk di Lazada Malaysia

CPU: Octa-core (4x2.0 GHz Cortex-A73 & 4x2.0 GHz Cortex-A53)  |  Grafik: Mali-G72 MP3 |  Memori: 6GB RAM  |  Storage: 64GB  |  Skrin: 6.3”  |  Berat: 169gm

Tampak menarik dan berdaya tahan tinggi, Corning Gorilla Glass memastikan smartphone pada masa kini kekal sleek sekaligus memberi perlindungan yang top terhadap calar, goresan, hentakan pada penggunaan seharian. Itulah ciri yang terdapat pada Oppo F9 ini dan anda tidak usah ragu kerana Gorilla Glass sudah digunapakai oleh kebanyakan jenama smartphone di pasaran. 

Gorilla Glass amat sensitif pada sentuhan dan bersesuaian untuk aplikasi pada skrin smartphone masa kini. Mata tambahan untuk ciri ini adalah ianya dilengkapi dengan lapisan easy-to-clean. Anda boleh membersihkan skrin smartphone anda dengan mudah tanpa meninggalkan kesan.

3. Oppo F7

Dengan RAM 4GB, kamera bokeh buat si kaki selfie

Harga mulai RM799.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,099.00 search Cari produk di Lazada Malaysia

CPU: Octa-core (4x2.0 GHz Cortex-A73 & 4x2.0 GHz Cortex-A53)  |  Grafik: Mali-G72 MP3 |  Memori: 4GB RAM  |  Storage: 64GB  |  Skrin: 6.23”  |  Berat: 158gm

Pertingkatkan selfie anda dengan Oppo F7 ini. Didatangi dengan RAM 4GB, smartphone ini dilengkapi kamera selfie beresolusi setinggi 25MP. Bukan itu sahaja, ianya juga merupakan kamera AI-Powered. Selfie anda confirm akan nampak seperti diambil menggunakan kamera DSLR. 

Bagaikan jurugambar profesional, gambar anda akan tampil menawan dengan menggunakan teknik bokeh. Sambil berselfie, anda boleh menambah ciri bokeh pada gambar anda. Dengan skrin sebesar 6.23 inci dan full HD, tiada yang boleh tandingi kehebatan gambar anda!

4. Oppo R17 Pro

Smartphone ibarat kamera DSLR - dilengkapi NFC dan fingerprint unlock

Harga mulai RM2,699.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,699.00

CPU: Octa-core (2x2.2 GHz Kryo 360 Gold & 6x1.7 GHz Kryo 360 Silver)  |  Grafik: Adreno 616  |  Memori: 8GB RAM  |  Storage: 128GB  |  Skrin: 6.4”  |  Berat: 183gm

Jika anda seorang kaki fotografi, Oppo ini dengan dual kamera beresolusi 12MP + 20MP adalah teman setia terbaik. Ianya dilengkapi 24 juta unit fotosensitif yang akan memberikan anda hasil gambar lebih gempak, tidak kira dalam kawasan gelap atau terang.

Ianya juga dilengkapi dengan feature NFC bagi memudahkan penghantaran fail sesama Android. Oppo R17 Pro ini juga mempunyai skrin sebesar 6.4 inci yang mempunyai sensor cap jari (fingerprint) tersembunyi dimana anda hanya perlu menyentuh skrin untuk unlock. Gempak bukan?

5. Oppo Find X

Smartphone dengan Snapdragon 845, pilihan terbaik untuk si kaki gamer

Harga mulai RM3,699.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM3,699.00

CPU: Octa-core (4x2.8 GHz Kryo 385 Gold & 4x1.7 GHz Kryo 385 Silver)  |  Grafik: Adreno 630 |  Memori: 8GB RAM  |  Storage: 256GB  |  Skrin: 6.42”  |  Berat: 186gm

Berisikan chipset terbaik buat Android iaitu Snapdragon 845, smartphone ini menawarkan prestasi yang amat tinggi. Dengan 8GB RAM serta ruang penyimpanan memori sebanyak 256GB, smartphone ini merupakan pilihan terbaik untuk bermain war game seperti PUBG dan lain-lain. Pemprosesan data pada smartphone ini lebih efisien dan mode kelajuan gaming akan melancarkan permainan game menjadi lancar. 

Dengan perisian ColorOS 5.1, ianya dicipta khas untuk Panoramic Arc  Screen untuk mencapai interface dan interaksi yang lebih mesra pengguna. Smartphone ini diantara yang terbaru dan terbaik pernah dikeluarkan oleh Oppo. 

6. Oppo R15 Pro

Smartphone efisien dengan RAM 6GB ini – kelajuan aplikasi lebih pantas

Harga mulai RM859.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM859.00 search Cari produk di Lazada Malaysia

CPU: Octa-core (4x2.2 GHz Kryo 260 & 4x1.8 GHz Kryo 260)  |  Grafik: Adreno 512 |  Memori: 6GB RAM  |  Storage: 128GB  |  Skrin: 6.28”  |  Berat: 175gm

Sebagai pengguna smartphone, sudah tentu kita menginginkan peranti yang tidak mudah lagging atau slow. Kebanyakan smartphone kini, jika terlampau banyak aplikasi dibuka ianya akan menjadi lagging. Kini dengan RAM sebesar 6GB, masalah anda boleh diatasi. Oppo R15 Pro ini dijamin memberi anda kelajuan dan penukaran antara aplikasi dengan cepat.

Selain RAM yang besar, smartphone ini dilengkapi ciri menarik seperti flash charging dan kamera rising. Pendek kata, smartphone ini adalah smartphone all-in-one pada harga berpatutan.

7. Oppo A3S

Skrin seluas pemandangan dengan harga murah bawah RM500

Harga mulai RM420.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM420.00 search Cari produk di Lazada Malaysia

CPU: Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53 |  Grafik: Adreno 506 |  Memori: 2GB RAM  |  Storage: 16GB  |  Skrin: 6.2”  |  Berat: 168gm

Dilengkapi dengan skrin penuh seluas 6.2 inci, smartphone ini pilihan terbaik untuk anda yang sering membuat kerja on-the-go. Ciri tambahannya yang terdapat pada smartphone ini adalah baterinya tahan lebih lama sehingga 18 jam tanpa perlu mengecas.

Selain itu, smartphone ini juga mempunyai dual kamera dan ciri face unlock. Harganya amat mampu untuk dimiliki, smartphone ini menawarkan anda hanya pilihan yang terbaik!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Elektronik

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!