Bagi seorang gamer, selain konsol game, TV juga memainkan peranan yang amat penting dalam memberi ‘feel’ tiptop semasa bergaming. Tidak kisahlah jika anda bermain menggunakan konsol apa jenis sekalipun tetapi jika tanpa TV yang berkualiti, tidak syioklah pengalaman gaming itu.

Pemilihan TV untuk tujuan gaming bergantung kepada ciri yang dikehendaki gamer sendiri terutamanya tv yang mempunyai spesifikasi berbeza. Contohnya jenama, kualiti, skrin, saiz dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, pada masa kini TV 4K adalah kegemaran ramai namun bergantung kepada jenis game kerana masih ada beberapa game yang belum menyokong resolusi 4K untuk TV anda. Ayuh kita lihat 8 TV pilihan terbaik untuk keperluan gaming anda.

1. LG OLED 55” Smart TV

Pilihan TV paling ‘cun’ untuk PS4 Pro

Harga mulai RM7,399.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM7,399.00

TV ini mempunyai ciri produk Perfect Colour dimana ianya memberikan warna menakjubkan berbanding TV konvensional yang biasa. TV ini adalah antara yang pertama dilengkapi dengan perincian Dolby Vision dan Dolby Atmos. Dolby Vision dilengkapi dengan teknologi Active HDR bagi mendapatkan kualiti gambar yang seakan-akan hidup manakala Dolby Atmos akan memberikan anda sistem bunyi seperti didalam panggung wayang.

Ketebalan TV ini berukuran 55 inci, dicipta teramat nipis bagi mendapatkan reka bentuk yang sleek. Sudah tentu padan dengan hiasan dirumah anda.

2. SONY 50” Full HD Smart TV

TV yang sesuai untuk konsol PS4 Slim

Harga mulai RM1,999.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM1,999.00

Dengan berukuran 50 inci, TV ini dilengkapi teknologi X-Reality PRO yang mampu meningkatkan kualiti setiap pixel gambar. Setiap babak gambar akan nampak lebih bersih dan teratur. Selain itu, TV ini boleh menampung format HDR yang tinggi dimana kebanyakan game PS4 menggunakan kualiti HDR. Selami diri anda dalam pengalaman gaming menyeronokkan dengan tekstur gambar yang terang serta warna lebih menyerlah.

TV Sony ini juga didatangi dengan sistem bunyi ClearAudio+ yang mengeluarkan bunyi jelas dan menyelubungi seluruh bilik. Nikmati hiburan anda tanpa gangguan dengan adanya X-Protection PRO.

3. SHARP 40” Full HD LED TV

TV terbaik dengan resolusi Full HD untuk PS4

Harga mulai RM748.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM748.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM760.00

Dilengkapi resolusi Full HD, TV dari jenama Sharp ini mampu memberikan kualiti gambar yang jelas, lebih halus dan terang. Sistem X2 Master Engine didalam TV ini akan meningkatkan lagi pengalaman video mahupun gambar anda. Ianya juga mempunyai Eagle View serta AQUOMOTION LITE.

Dengan adanya kualiti gambar sebegini, Sharp menawarkan  perisian Super ECO Mode bagi menambahbaik penggunaan tenaga pada skrin TV. Stereo pada TV ini tidak ketinggalan canggihnya dengan menggunakan sistem Sound Reflect Design agar anda boleh menikmati bunyi yang lebih tersusun dan menyeluruh.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. TCL 32” LED TV

Buat kegunaan PS4, TV bersaiz 32 inci terbaik untuk konsol game

Harga mulai RM495.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM495.00

TV buatan Amerika Syarikat ini menawarkan resolusi sehingga 1080p, memberi kualiti gambar yang cantik dan terperinci. Reka bentuknya yang sofistikated akan mudah dipadankan dirumah anda. Ianya mempunyai bingkai yang nipis bagi menampakkan reka bentuk moden.

Sambungan digital pada TV ini terpelihara agar kurang risiko kehilangan signal dan transmisi diantara konsol PS4 dan TV tanpa kompromi terhadap gambar serta bunyi. Jika sudah penat bermain PS4, TV ini juga dilengkapi DVB-T2 MyTV dimana boleh menonton rancangan diatas talian jika anda melanggannya.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. PENSONIC 24” LED TV

TV bersaiz 24 inci pilihan gamer tegar

Harga mulai RM405.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM405.00

Jika anda sudah mempunyai TV bersaiz besar dan ingin memiliki TV bersaiz sederhana, jenama dari Pensonic berukuran 24 inci ini adalah pilihan terbaik. Nikmati sesi gaming anda dengan TV yang mempunyai resolusi maksimum 1366 x 768 ini. TV ini juga mudah untuk dikendalikan oleh semua peringkat umur.

6. DENN 17” VGA HD LED TV

TV kecil berkualiti tinggi untuk bermain konsol game PS4

Harga mulai RM240.99

shopping_cart Lazada Malaysia RM240.99

Saiznya yang kecil tidak hebat daripada kualitinya. Berukuran 17 inci, TV ini memberi kualiti HD yang tinggi untuk kepuasan semasa bermain game. Dilengkapi power off secara automatik tidak perlu risau jika anda tertidur ketika bermain game, TV ini akan off dengan sendirinya bagi memastikan penggunaan kuasa yang optima.

Saiznya yang kompak dan beratnya agak ringan memudahkan anda untuk memindahkan TV ini kemana sahaja serta ianya tidak memerlukan ruang besar untuk dipasang. Tidak ingin diganggu ketika bermain PS4? Ubah sahaja TV dan konsol kedalam bilik. 

7. TOSHIBA 43” PRO Theatre FHD LED TV

Gunalah LED TV ini untuk pengalaman gaming yang menakjubkan

Harga mulai RM2,829.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,829.00

Bawa hiburan HD yang mengagumkan kerumah anda dengan TV Toshiba ini. Menggunakan ciri lampu yang terkawal, ia memberi pencahayaan ideal untuk mengekalkan kualiti gambar. TV ini didatangi dengan sistem Pro Theatre bagi memberikan bunyi keseluruhan yang realistik dan dinamik serta dilengkapi DTS TruSurround untuk pengalaman stereo secara menyeluruh.

Reka bentuknya yang berinspirasikan “Lounge Style Concept” membuatkan penonton berasa lebih tenang dan membuatkan ruang TV anda tampak bergaya.

8. SAMSUNG 65” Smart 4K UHD TV

Resolusi 4K yang unggul untuk aktiviti bermain PS4

Harga mulai RM3,259.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM3,899.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM3,259.00

Nikmati imej yang lebih jelas dengan TV UHD ini yang mempunyai 4 kali lebih piksel dari TV FHD. Ianya juga memberi detail skrin terang dan gelap secara tepat. Ciri-ciri yang terdapat pada TV ini adalah PurColour semestinya akan memberi pewarnaan lebih meriah dikaca TV anda. Perincian kecil pada imej akan mudah dikenalpasti dengan adanya UHD Dimming. Reka bentuknya juga amat slim dan bergaya moden sesuai untuk isi rumah masa kini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang A. Shahirah

A mommy who plays in the rain with her son.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!