Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Keyboard Gaming Terbaik Dengan Harga Mampu Milik!

Pilihan keyboard haruslah bersesuaian dengan tujuannya

Apa sahaja berkaitan dengan permainan video pasti memerlukan perbelanjaan yang besar. Tak kira model siap sedia atau pra-model pasang sendiri, semuanya memerlukan kos. 

Belum termasuk aksesori asas seperti keyboard, tetikus, headphone, desktop dan lain lain.

Apa yang kami nak ketengahkan dalam artikel kali ini adalah kepelbagaian keyboard gaming murah serendah RM200 yang boleh dibeli melalui atas talian.


Isi kandungan

  • 8 Senarai keyboard gaming terbaik
  • Cara pilih keyboard gaming
  • Artikel berkaitan

8 Senarai keyboard gaming terbaik

Redragon K552 KUMARA LED Backlit Mechanical Keyboard
Semak Redragon K552 KUMARA LED Backlit Mechanical Keyboard harga dibawah:
add_circle Mempunyai suis Cherry MX Blue
add_circle Kualiti kukuh
add_circle Mempunyai RGB backlighting boleh laras
add_circle Mempunyai sistem anti-ghosting
remove_circle Tidak mempunyai kekunci bernombor

Kenapa menjadi pilihan utama kami?

“Dengan papan kekunci jenis mechanical dan kualiti bahan yang digunakan pada keyboard ini menjadikan pembelian yang berbaloi buat kami gamers kerana keyboard ini dapat memberi keselesaan sekaligus pilihan terbaik untuk mencari keyboard gaming murah,”

Keyboard mekanikal dari jenama Redragon antara paling murah tapi mempunyai rekaan yang sleek, selesa dan menggunakan bahan material ABS.

Model keyboard mekanikal ini menggunakan suis Cherry MX Blue dimana dapat memberi kepantasan tindak balas ketika bermain game. 

Antara perincian hebat yang lain, keyboard ini boleh laraskan RGB backlighting, mempunyai sistem anti-ghosting dan mempunyai kualiti yang bagus pada getah wayar USB.

Jangan risau, keyboard ini sesuai juga untuk tugasan menaip.

Keyboard gaming murah wireless
Logitech
Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard
Semak Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard harga dibawah:
add_circle Mempunyai sistem Bluetooth
add_circle Papan kekunci yang selesa
add_circle Ringan
remove_circle Tidak mempunyai RGB backlighting
remove_circle Tidak mempunyai macro keys

Secara teknikalnya, keyboard Logitech K380 Wireless ini bukanlah keyboard gaming kerana tidak mempunyai RGB backlighting dan macro keys yang dapat membuatkan keselesaan ketika bermain game.

Namun tetap boleh berfungsi sebagai keyboard gaming tapi untuk permainan game yang kasual saja.

Apa yang menjadikan keyboard model ini menarik, ia boleh disambungkan dengan alat pintar hanya menggunakan sistem Bluetooth. 

Maknanya, anda bukan sahaja boleh guna keyboard untuk bermain game tapi boleh membalas teks mesej menerusi telefon pintar. 

Malah, rekaan bentuk kekunci yang direka berbentuk bulat dapat memberi keselesaan pada jari ketika mengetik keyboard berjam lamanya.

keyboard gaming mouse set murah
Cooler Master
Cooler Master Devastator 3 Plus Keyboard & Mouse Combo
Semak Cooler Master Devastator 3 Plus Keyboard & Mouse Combo harga dibawah:
add_circle Harga yang berpatutan
add_circle Sesuai untuk gamers dan menaip
add_circle Lampu LED boleh laras
remove_circle Tidak mempunyai wrist-rest pad

Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala memilih keyboard dan mouse terbaik, pembelian keyboard Cooler Master Devastator 3 adalah pilihan yang tepat kerana dijual bersama mouse. Malah, harganya juga berbaloi berbanding beli berasingan.

Keunikan model Cooler Master Devastator 3 ini adalah rekaan half-mechanical and half-membrane keyboard layout dimana dapat memberi keselesaan ketika mengetik keyboard tidak kira untuk penggunaan pejabat atau permainan game.

Selain itu, model ini mempunyai lampu LED dimana anda boleh menukar sehingga  7 pilihan pencahayaan yang berbeza.

Bahagian tetikus pula cukup canggih kerana mempunyai sistem DPI on-the-fly dengan sensitiviti sentuhan yang disesuaikan sehingga 2,400.

Keyboard mini gaming murah
Armaggeddon
ARMAGGEDDON MKA-3C Mechanical Gaming Keyboard
Semak Armaggeddon MKA-3C Mechanical Gaming Keyboard harga dibawah:
add_circle Ketikan kunci yang cekap
add_circle Lampu LED mudah laras
add_circle Suis mudah alih
remove_circle Tidak mempunyai wrist-rest pad

Rekaan keyboard Armaggeddon MKA-3C ini sangat ringkas dan ringan malah menggunakan suis mekanikal Outemu untuk ketikan keyboard yang pantas. 

Ia juga dilengkapi lampu LED boleh dilaras mengikut kecerahan dan warna yang anda inginkan.

Selain itu, getah kabel wayar keyboard ini tahan panas dan bahagian suis pula boleh ditukar dengan mudah. 

Jangan risau, harga keyboard ini berpatutan dengan kualiti yang diberikan.

Keyboard gaming led murah
Philips
Keyboard Philips G294
Semak Keyboard Philips G294 harga dibawah:
add_circle Kekunci senyap
add_circle Backlighting RGB boleh laras
add_circle Set kombo tambahan bersama tetikus
remove_circle Kualiti produk sederhana

Mungkin ada yang merasa pelik apabila mengetahui jenama Phillips mengeluarkan aksesori keyboard gaming tapi, apabila melihat bahagian spesifikasi keyboard ini, pasti anda tak percaya. 

Bahagian papan kekunci keyboard ini tidak mengeluarkan bunyi jika anda mengetik dan sangat lembut.

Terdapat juga RGB backlight yang boleh diubahsuai mengikut mood anda dan paling best, keyboard gaming dari Philips ini datang bersama pasangannya iaitu tetikus!

Jangan risau, harga diberikan bawah RM100 saja!

Keyboard gaming bawah RM100
Razer
Razer Cynosa Lite
Semak Razer Cynosa Lite harga dibawah:
add_circle Kekunci senyap
add_circle Kualiti produk terbaik
add_circle Kekunci boleh diprogram semula
remove_circle Rekaan kurang menarik

Sama seperti sesetengah keyboard yang lain, apabila mengetik papan kekunci tidak akan mengeluarkan bunyi.

Dari segi material pula, keyboard ini diperbuat daripada plastik dan mampu kalis air. Malah, anda juga boleh menambah ciri tetapan sendiri pada kekunci keyboard. 

Setanding dengan harga jualan, keyboard ini hanya sebuah keyboard gaming untuk penggunaan permainan game asas sahaja.

Keyboard gaming Armageddon murah
Armaggeddon
Armaggeddon SMK-2C
Semak Armaggeddon SMK-2C harga dibawah:
add_circle Kekunci yang cekap
add_circle Tambahan kaki boleh laras
add_circle Wayar mudah pasang
add_circle Mempunyai N-key rollover (kunci tiada had)
remove_circle Keyboard nipis dan kualiti sederhana

Anda gilakan lampu LED pada keyboard gaming? Kami mengesyorkan keyboard Amaggedon model SMK-2C kerana mempunyai 9 pilihan lampu  LED yang boleh adjust mengikut mood anda. 

Walaupun saiz keyboard ini nipis namun wayar sambungan pada keyboard ini boleh dicabut bagi memudahkan penyimpanan dan mudah dibawa kemana saja.

Pada bahagian belakang keyboard terdapat kaki khas untuk tugasan menaip yang selesa dan sama seperti model keyboard Armageddon yang lain ia dilengkapi dengan suis mekanikal Outemu.

Keyboard gaming serendah RM50 sahaja
HP
HP KK10
Semak HP KK10 harga dibawah:
add_circle Keyboard dengan rekaan ergonomik
add_circle Mempunyai sokongan pergelangan tangan
add_circle Lengkap 26 kekunci anti-ghosting
remove_circle Tidak mempunyai fungsi suis tutup untuk RGB backlighting

- Tidak mempunyai fungsi suis tutup untuk RGB backlighting

Keyboard HP KK10 direka khas untuk keadaan posture tangan yang lebih baik ketika menaip untuk penggunaan jangka masa yang lama. 

Paling penting, ketikan kunci keyboard ini senyap tapi bagi anda yang gemar mahukan bunyi seperti keyboard mekanikal. Yup, ia boleh diubahsuai. 

Sama seperti keyboard gaming yang lain, ia dilengkapi RGB backlighting yang menarik. Namun, lampu keyboard tidak boleh ditutup dan hanya sekadar boleh laras sahaja. 

Terdapat 26 kekunci yang boleh diprogram sebagai anti-ghosting iaitu bertukar fungsi isyarat. Hebat bukan?


Cara pilih keyboard gaming

Sebenarnya tiada ciri-ciri khas untuk pilih keyboard gaming. Lebih lagi sekarang ini rekaan dan teknologi keyboard meluas sehingga boleh diubah suai mengikut citrasa pengguna. 

Jadi, anda boleh membuat perbandingan ciri keyboard gaming sendiri. Tapi, ingin kami tekankan, terdapat perkara penting yang boleh anda fokus apabila memilih keyboard gaming.

Antaranya, ukuran saiz keyboard dimana saiz penuh (104 kekunci), keyboard tanpa kekunci nombor (87 kekunci) dan 60% TKL (68 kekunci). 

  • Saiz penuh

Apa yang dimaksudkan dengan keyboard saiz penuh adalah terdapat ruang kekunci nombor pada sebelah kanan. 

Jadi, keyboard ini sesuai untuk mereka yang suka bermain permainan multi-player (MOBA).

Kelebihan kekunci yang banyak membolehkan juga pemain mengisi tetapan sendiri untuk pengalaman bermain dengan lebih seronok dan mudah. 

  • Keyboard tanpa kekunci nombor atau TKL

Jenis keyboard ini bersaiz agak kecil dan rekaan lebih ringkas kerana tidak mempunyai bahagian kekunci bernombor. 

Keyboard ini khas untuk mereka yang ingin memberi ruang lebih besar untuk bahagian komputer dan peralatan yang lain seperti monitor, speaker dan sebagainya.

Artikel berkaitan:

End of Article